SPECIAL OFFER!!!

Dapatkan Kata-Kata Hikmah Setiap Hari





Untuk mendapatkan Kata-Kata Hikmah dan info menarik ke email anda setiap hari, sila daftarkan email anda di bawah.


(Jangan lupa selepas masukkan email, buka email untuk mengesahkan pendaftaran)

Sila masukkan email anda:

Delivered by FeedBurner

Ads Google

Saturday, March 19, 2011

Mengurangkan Berat Badan, Bagaimana Memulakannya?

Memang mengecewakan apabila segala usaha yang telah kita ambil untuk mengurangkan berat badan menemui kegagalan. Bukan kita tidak pernah cuba untuk mengurangkan berat badan, malah pelbagai cara telah kita lakukan untuk mencapai berat badan yang kita impikan. Akhirnya, impian hanya tinggal impian apabila setiap kali kita menjejakkan kaki ke atas penimbang, jarum itu tidak terhenti di tempat yang kita harapkan. Sedikit demi sedikit semangat kita mula luntur dan kita mula berputus asa. Dan akibatnya, kita dulu yang memakai saiz S, mungkin kini selesa dengan saiz XL atau XXL. Lama kelamaan kita mula selesa dengan keadaan itu dan kita tidak mempedulikan lagi dengan keadaan sekeliling.

Pernahkah kita renungkan secara mendalam kenapa usaha kita dalam menurunkan berat badan mencapai kegagalan ? Paling penting, adakah kita benar-benar serius dalam mengurangkan berat badan ? Mungkin anda tidak bersetuju dengan saya, tetapi kebanyakkan daripada kita tidak serius dalam mengurangkan berat badan. Kita mungkin hanya bersungguh-sungguh pada mulanya, tetapi lama-kelamaan semangat kita mula berkurangan. Ini ditambah lagi dengan godaan-godaan makanan yang enak di depan mata. Kita tidak berdaya untuk menahan nafsu makan. Kita tidak berdaya menolak makanan-makanan enak yang biasanya tinggi lemak serta tinggi kalori setiap kali perut meminta makanan. Malah, kadang-kadang kita makan bukan kerana kita lapar. Anehnya, walaupun kita sudah termengah-mengah kekenyangan, tapi bila melihat makanan di depan mata, kita masih lagi mampu mengunyah dan menelan makanan tersebut tanpa belas kasihan pada perut kita. Semuanya kerana kita tidak dapat menahan nafsu makan.

Ada juga yang mengambil pendekatan ”tak pe”. Tak pe lah badan macam ni pun suami sayang jugak. Tak pe badan macam ni pun isteri tak komplen. Inilah salahnya bila kita mula membuat sesuatu kerana orang lain, bukan kerana diri kita sendiri. Cuba tanamkan keazaman untuk mengurangkan berat badan kerana diri sendiri. Cuba fikirkan faedah dan kebaikan kepada kesihatan kita apabila kita berjaya mengurangkan berat badan. Pernah tak kita sedar bahawa berat badan yang berlebihan dan obesiti sebenarnya merupakan salah satu faktor risiko penyakit-penyakit kronik yang semakin menular di kalangan masyarakat kita. Kita seringkali mendengar saudara mara, sahabat handai serta jiran satu taman atau satu kampung yang meninggal kerana kencing manis, darah tinggi atau sakit jantung. Tapi, pernahkah kita sedar dengan berat badan yang berlebihan kita juga mungkin boleh menyumbang kepada statistik tersebut.

Bagi mereka yang serius untuk mengurangkan berat badan, di sini ada beberapa panduan mudah yang anda boleh jadikan asas permulaan untuk mengurangkan berat badan. Namun anda harus ingat, mengurangkan berat badan bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan semalaman. Anda harus banyak bersabar dan konsisten dengan apa yang anda lakukan. Perlu di ingat, dengan mengambil jalan pintas anda mungkin tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi.


Bagaimana bermula ?

1. Perhatikan saiz hidangan anda. Mungkin selama ini kita tidak sedar bahawa kita mengambil makanan secara berlebihan. Oleh itu, kurangkan sedikit kuantiti makanan yang anda makan daripada biasa.
2. Makan secara teratur dalam kuantiti yang kecil. Kunci untuk mengurangkan berat badan bukan berlapar sepanjang hari tetapi mengambil makanan secara teratur. Ini penting untuk meningkatkan kadar metabolisme asas badan anda.
3. Mulakan hari anda dengan sarapan yang berkhasiat. Sarapan yang seimbang bukan sahaja penting untuk tenaga sepanjang hari, tetapi juga untuk mengelakkan anda makan berlebihan di waktu malam.
4. Hadkan pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak. Makanan ini biasanya tinggi kandungan kalori dan lemak walaupun dalam kuantiti yang sedikit.
5. Berhati-hati dengan karbohidrat ringkas. Makanan ini biasanya tinggi kandungan gula seperti gula-gula, kek, biskut berkrim, donut serta minuman manis seperti air bergas atau air kordial.
6. Minum banyak air kosong. Kurangkan pengambilan air manis terutama semasa waktu makan utama.
7. Elakkan makan lewat malam. Anda tidak memerlukan banyak tenaga untuk tidur.
8. Makan sayur dan buah pada setiap kali waktu makan utama. Elak pengambilan sayur-sayuran yang dimasak menggunakan santan.
9. Fikir dulu sebelum makan. Tanya diri anda ”Adakah makanan ini memberi faedah kebaikan atau memudaratkan saya ?”.
10. Bulatkan tekad, kuatkan azam. Cabar diri anda agar tidak mudah kalah dengan godaan nafsu makan.



Selamat Mencuba.

Friday, March 18, 2011

When There is No Enemy Within, Enemies Outside Cannot Hurt You


"When There is No Enemy Within,
Enemies Outside Cannot Hurt You..."

Begini alihbahasanya ke bahasa melayu:

"Jika tiada musuh dalam selimut, musuh di luar tidak akan dapat mengapa-apakan kita"

- Apa yang kita faham mengenai definasi musuh? Musuh adalah orang atau sesuatu yang berlawan dengan kita, melawan kita, menentang kita.

- Adakah musuh itu baik? Sudah tentu tidak. Sebab musuh cuma hendakkan kita musnah dan hancur.

- Bagaimana jika ada musuh yang berdekatan dengan kita? Adakah kita akan selamat? Tanya kepada diri sendiri... Sudah tentu tidak! Kita akan sentiasa dalam ketakutan kerana kita tidak tahu siapa musuh kita dan bila dia akan menunjukkan taringnya.

Jadi, memang jelas, boleh kita katakan jika sesuatu Negara, Organisasi atau Syarikat, BERSATU, tiada musuh dari dalam, maka tiada apa yang dapat menghalang kejayaan mereka.

Begitulah juga dengan diri kita. Musuh yang paling dekat dengan kita terdapat dalam diri kita. Iaitu MINDA kita. Minda yang NEGATIF. Kenapa pula Minda? Dengan minda inilah kita akan merangka pelan. Dengan minda ini lah kita akan mengerakkan tubuh kita untuk mencapai kejayaan. Kuasa minda amat kuat. Ia mampu menggerakkan diri kita untuk melakukan perkara-perkara yang diluar jangkaun fikiran.

Jadikan MINDA kita SAHABAT yang paling akrab dengan berfikir perkara-perkara yang POSITIF, agar kehidupan kita menjadi semakin baik setiap hari.

Bak kata pepatah baru,
Buangkan yang Negatif, ambil yang Positif...

Wassalam...

Ikhlas
-Asfandi-

Thursday, March 17, 2011

Halaman Blog Jualan

Assalamualaikum Semua...

Kali ini saya ingin mewujudkan satu halaman baru, iaitu halaman Blog Jualan Para Pembaca.



Halaman ini akan memaparkan senarai blog jualan para pembaca yang ingin blog jualan mereka diiklankan. Diharap dengan kaedah ini akan dapat meningkatkan Traffik dan Jualan Para Blogger sekalian.



Bagaimana ingin Meletakkan iklan Blog ke dalam Halaman ini?
1- Sila isikan borang permohonan di sini.
2- Tunggu sehingga permohonan di sahkan, dan saya akan hantarkan email menyatakan permohonan telah diterima.


Wassalam...

Ikhlas,
-Asfandi-

Dunia Ini Dipenuhi Dengan Orang Yang Gagal

"Dunia Ini Dipenuhi Dengan Orang Yang Gagal,
Dan Orang Yang Berjaya Adalah Yang Bangkit Selepas Gagal Berulang Kali"

Jika dunia dipenuhi dengan orang yang Gagal, siapakah orang-orang yang berjaya? Orang yang Berjaya adalah orang yang Bangkit selepas gagal berulang kali. Kita akan menempuhi kegagalan dalam hidup ini,paling kurang pun mungkin sekali. 


Kegagalan yang berlaku dalam hidup kita bukanlah bermakna kita ni akan gagal selama-lamanya. Kegagalan mengajar kita untuk lebih bersedia dan berhati-hati di masa depan. Kegagalan juga akan menjadikan kita lebih bijak merancang pelan agar ia menjadi lebih berjaya.

KEGAGALAN ITU BIASA, TAPI TERUSKAN BERUSAHA, ITU LUAR BIASA...



Teruskan usaha setelah gagal agar kita berjaya mencapai kejayaan yang Gemilang...



Wassalam...

Ikhlas,
-Asfandi-

Wednesday, March 16, 2011

Kejayaan Tidak Pernah Berakhir

"Kejayaan Tidak Pernah Berakhir,
Kegagalan Tidak Pernah Tamat..."

Madah kali ini lebih kepada memotivasikan diri kita. Dalam mengharungi Kejayaan, banyak sekali dugaan dan cabaran yang perlu diharungi. Kegagalan demi kegagalan akan selalunya ditemui. Namun, setiap kegagalan itu perlu menjadi pemangkin kepada kejayaan. Matlamat terakhir adalah kejayaan. Ramai orang yang terus mengalah setelah gagal buat kali pertama. Maka, orang tersebut tidak akan berjaya selama-lamanya.


Orang yang berjaya adalah orang yang bangkit selepas beberapa kali gagal untuk mencapai kejayaan. Bayangkan, jika Thomas Edison mengalah selepas lebih daripada 1000 eksperimen untuk mencipta mentol lampu gagal, adakah kita akan dapat menikmati lampu mentol pada hari ini? Dan yang lebih penting lagi, adakah diri beliau akan menjadi terkenal dan Kaya seperti yang kita ketahui sekarang jika beliau menghentikan usaha untuk mencipta lampu mentol? "Saya bukan Gagal 1000 kali, tetapi saya telah mendapati lebih daripada 1000 cara bagi lampu mentol tidak dapat menyala". Begitu la kata-kata dan keyakinan beliau. Minda beliau sentiasa berfikiran positif, dan beliau yakin akan berjaya.



Jika seseorang itu yakin dia akan berjaya, dia akan berusaha mencari jalan untuk merealisasikan impian tersebut. Begitulah kuatnya minda manusia. Sentiasa sematkan dalam fikiran kita, "Saya Boleh". Kita mesti akan dapat lakukan, dan Kejayaan Akan Pasti Menjadi Milik Kita.

Wassalam...

Ikhlas,
-Asfandi-

Tuesday, March 15, 2011

Setiap Hari adalah hari yang Baik

Hari ni merupakan hari yang baik sekali...
Hari esok akan menjadi lebih baik dari hari ini...
Hari-hari saya merupakan hari-hari yang baik...

Setiap hari pelbagai peristiwa akan berlaku. Mungkin peristiwa sedih; dimarahi majikan atau guru, bergaduh, kemalangan. Mungkin juga peristiwa gembira; dipuji majikan atau guru, berjumpa dengan kawan lama, memenangi hadiah cabutan bertuah dan macam-macam lagi... Setiap apa yang berlaku, akan mempengaruhi emosi kita. Tapi bagaimana kita dapat mengawal agar kita tidak dikawal oleh emosi yang melampau?

"Kita Adalah Apa Yang Kita Fikirkan"

Minda kita memainkan peranan yang amat besar dalam hidup kita. Kekuatan minda akan mencorak perilaku kita dan tindakan kita.

Lihat contoh ini:

Jika seseorang dimarahi oleh majikan;

Pemuda A : Dia menjadi hilang 'mood'. Dia akan mudah marah-marah dan buat kerja lebih kurang je. Hubungan dengan rakan sejawat menjadi tegang(walaupun hal dia dimarahi tiada kena-mengena dengan rakan sejawat). Dan macam-macam lagi perkara negatif yang akan dilakukannya.

Pemuda B : Dia menjadi hilang 'mood'... Tapi dengan segera berfikiran baik. Bos marah kerana dia tersilap melakukan kerja(berfikiran akan menjadikan kerjanya lebih sempurna dan "zero defect"). Teruskan dengan senyuman untuk menjadikan orang disekitarnya merasa selesa(walaupun mereka tahu dia baru je dimarah dan mungkin "bad mood"). Hubungan dengan rakan sejawat tetap macam biasa dan boleh bekerjasama untuk menyelesaikan tugas yang diberi.

GUNAKAN KUASA SENYUMAN





Jadi macamana pendapat pembaca semua? Pemuda yang manakah akan berjaya dalam hidupnya? Sudah tentulah Pemuda B kan? Pemuda B berjaya mengawal mindanya untuk berfikiran positif dan mengawal keadaannya menjadi seperti biasa. Dia tidak mudah dipengaruhi oleh anasir-anasir negatif yang mampu mengugat emosi dan juga persekitarannya.

"Kita Adalah Apa Yang Kita Fikirkan"

Oleh itu janganlah kita mudah melatah atau "bad mood" dengan perkara-perkara sekitar kita. Tiada perkara yang baik akan datang kalau kita berfikiran negatif dan mengambil tindakan negatif. Setiap tindakan kita adalah tanggungjawab kita sendiri. Tiada siapa yang harus dipersalahkan diatas segala tindakan buruk kita.
Mulakan hari ini, sematkan perkara-perkara baik dalam minda fikiran kita agar kita sentiasa hidup ceria dan tenang selalu.
Wassalam...















Ikhlas,
-Asfandi-

Sunday, March 13, 2011

Madah Hari Ini (2011-03-13)

"Ilmu dari Buku dan Gurunya..."
"Kemahiran dari Pengalamannya..."
"Kejayaan daripada Usahanya..."




Setiap ilmu yang kita dapat itu adalah daripada pembelajaran melalui guru atau pun buku-buku ilmiah yang banyak terdapat di pasaran ketika ini. Kaedah penyampaian guru-guru berlainan diantara guru-guru yang lain. Oleh itu, penyerapan ilmu oleh murid-murid yang menuntut pun berbeza untuk setiap guru yang menyampaikan ilmu tersebut. Begitu juga, kaedah penyampai penulisan di dalam buku akan memberi kesan terhadap penyerapan ilmu kepada pembaca tersebut.


Ilmu bukan sahaja boleh di dapati dengan pembelajaran secara formal, tetapi juga setiap hari dalam kehidupan kita, kita akan mempelajari sesuatu benda yang baru. Melainkan kita duduk sahaja kat rumah dan tidur... Setiap perjalanan kita, setiap langkah yang kita ambil akan akan dapat perhatikan sesuatu... Perkara di sekeliling kita akan sentiasa berubah. Begitulah juga dengan ilmu yang kita ada, akan sentiasa bertambah.


Dalam pekerjaan yang kita lakukan, pengalaman akan memahirkan kita terhadap sesuatu perkara tersebut. Semakin kerap kita melakukan sesuatu kerja itu, semakin bertambah kemahiran kita dalam sesuatu perkara tersebut. Seperti kata pepatah orang putih "Practise make Perfect".



Kejayaan yang digapai bukan lah secara nasib. Ia di usahakan dengan ilmu dan titik peluh serta ketekunan agar dapat direalisasikan. Jika kita kata setiap orang yang berjaya itu kerana dia bernasib baik apa akan jadi dengan sesebuah syarikat yang hendak ditubuhkan dengan nasib. Tulis nama di atas sekeping kertas dan cabut undi(nasib) siapa jadi Presiden Syarikat, pastu Naib Presiden Syarikat, CEO, cabut lagi untuk Esekutif, jangan lupa kerani dan pekerja am pun perlu ada... Nah, kan ke kerja gila tu?

Nasib bukanlah penentu kejayaan seseorang itu, tapi usaha yang gigih dan diiringi dengan ketekunan bersertakan Ilmu dan Kemahiran yang akan melahirkan individu yang berjaya. (Saya akan kupaskan mengenai hal ini ,"Berfikiran Positif dan Berfikiran Besar" dalam post akan datang)

Oleh yang demikian, jangan la kita menggunakan alasan yang si "Dia tu bernasib baik sebab tu dapat Markah tinggi dalam pelajaran". "Dia tu bernasib baik sebab tu dapat Kontrak bernilai Jutaan ringgit". Dan macam-macam lagi alasan mengenai kejayaan seseorang itu. Ingatlah, Usaha akan melakar kejayaan seseorang itu. Mungkin bukan dalam masa yang singkat, tetapi Kejayaan itu pasti takan dapat dicapai dengan Usaha yang tekun.





Wassalam...

Ikhlas,
-Asfandi-

Saturday, March 12, 2011

Madah Hari Ini (2011-03-12)

A step backward doesn't mean you are giving up...
it is just your only way of regaining your balance and be able to move two steps forward...

Salam semua...
Kata-kata motivasi diri hari ini...

"Berundur selangkah tidak bermakna menyerah kalah.
Tetapi ia satu-satunya cara untuk menstabilkan diri supaya kita dapat melangkah dua langkah ke hadapan..."


Dalam kehidupan kita sehari-hari kita mungkin akan mengalami suatu keadaan yang amat sukar. Sehingga kita merasakan yang kita tidak dapat meneruskan perancangan dan perjalanan hidup kita. Rehat seketika... Kumpulkan kekuatan baru... Cari jalan penyelesaian... Cari jalan keluar lain... Untuk kita terus maju kehadapan... Lebih kehadapan daripada perancangan awal kita!!!

Ikhlas,
-Asfandi-

Friday, March 11, 2011

Lagu: Syukur - Raihan

Dalam kehidupan ini, banyak perkara yang menjadi dambaan kita. Kekayaan, Kekuasaan, Harta yang banyak dan macam-macam lagi yang bersifat Duniawi. Namun sikip Tamak dan Haloba kita mengundang banyak keburukan daripada kebaikan. Penindasan, Keangkuhan, Pergaduhan sesama ahli keluarga kerana berebutkan harta dan pelbagai lagi perangai dan sifat-sifat buruk yang kita lakukan untuk memenuhi keinginan nafsu kita.
Jadilah orang yang bersyukur dan sentiasa beringat, untuk membantu orang yang dalam kesusahan. Jangan kerana mengejar harta, orang miskin diabaikan. Jangan kerana mengejar Pangkat, orang bawahan di abaikan. Jangan kerana berebut Harta, kekeluargaan digadaikan.
Sentiasalah bersyukur... Renungkan lirik lagu dan Lagu Nasyid di bawah...

Ikhlas,
-Asfandi-


LAGU SYUKUR - RAIHAN

Sila Click Play untuk mendengar lagu ini.
Raihan-Syukur


Ucaplah Alhamdulillah
Syukur kita kepada Allah
Ucaplah Alhamdulillah
Syukur kita kepada Allah
Selawat ke atas Nabi
Muhammad Ya Rasulullah
Selawat ke atas Nabi
Ya Rasulullah

Ucaplah Alhamdulillah
Syukur kita kepada Allah
Ucaplah Alhamdulillah
Syukur kita kepada Allah
Selawat ke atas Nabi
Muhammad Ya Rasulullah
Selawat ke atas Nabi
Ya Rasulullah

Tanda syukur itulah taat
Setiap tempat setiap waktu
Syukur itu dapat dilihat
Pada sikap dan tingkah laku
Marilah bersama kita bersyukur
Kepada Allah kita bersyukur

Ucaplah Alhamdulillah
Syukur kita kepada Allah
Ucaplah Alhamdulillah
Syukur kita kepada Allah
Selawat ke atas Nabi
Muhammad Ya Rasulullah
Selawat ke atas Nabi
Ya Rasulullah

Syukur itu sifat mulia
Hindar dari tamak haloba
Rasa cukup apa yang ada
Hati tenang hidup sejahtera
Mari amalkan rasa bersyukur
Hidup bahagia aman dan makmur

Syukur, Syukur, Syukur Ya Allah,
Syukur Alhamdulillah...

Syukur, Syukur, Syukur Ya Allah,
Syukur Alhamdulillah...

Ucaplah Alhamdulillah
Syukur kita kepada Allah
Ucaplah Alhamdulillah
Syukur kita kepada Allah
Selawat ke atas Nabi
Muhammad Ya Rasulullah
Selawat ke atas Nabi
Ya Rasulullah

Syukur itu banyak caranya
Taat beribadah tekun berusaha
Saling membantu berkasih sayang
Murah senyuman hulur sedekah
Marilah kita beramal bersama
Rasa bersyukur kita suburkan

Syukur, Syukur, Syukur Ya Allah,
Syukur Alhamdulillah...

Syukur, Syukur, Syukur Ya Allah,
Syukur Alhamdulillah...

Syukur, Syukur, Syukur Ya Allah,
Syukur Alhamdulillah...

Syukur, Syukur, Syukur Ya Allah,
Syukur Alhamdulillah...

Syukur, Syukur, Syukur Ya Allah,
Syukur Alhamdulillah...

Madah Hari Ini (2011-03-11)

Kita boleh merasa Miskin atau merasa Kaya mengikut sudut pandangan & fikiran kita sendiri.
Jika kita memikirkan apa yang kita tiada, kita akan merasa miskin sentiasa.
Sebaliknya kalau kita memikirkan apa yang kita ada, kita akan merasa kaya.
Hitung kesyukuranmu, bukan kesukaranmu...


Sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita ada. Adakalanya kita rasa, kita lah orang yang paling miskin di dunia ini, tetapi ada lagi orang yang lebih teruk hidupnya sehingga terpaksa meminta sedekah setiap hari. Jangan terlalu melihat sangat pada apa yang kita tiada, lihatlah pada apa yang orang lain tiada dan apa yang kita ada. Bersyukurlah, insyaallah Allah akan tambahkan lagi nikmat kepada kehidupan kita.


Wassalam...

Ikhlas
-Asfandi-

Thursday, March 10, 2011

Madah Hari Ini (2011-03-10)

"Knowledge Shared is Knowledge Gained
Once Knowledge is Gained, it is Always Yours"


Madah hari ini lebih kepada kepentingan berkongsi ilmu.
Saya umpamakan seperti ini:

Saya ada 1 epal kamu ada 1 epal,
Kita bertukar Epal, Saya ada 1 Epal, kamu ada 1 Epal...
Tapi jika...
Saya ada 1 Ilmu, Kamu ada 1 Ilmu,
Kita bertukar Ilmu, Saya ada 2 Ilmu, Kamu ada 2 Ilmu.


Lihatlah betapa baiknya skim bertukar ilmu ni. Semakin banyak kita bertukar-tukar ilmu dengan orang lain, Ilmu kita akan semakin bertambah dan tak akan berkurang. "Once Knowledge Gained, It is Always Yours".

Oleh itu, sentiasa kita berkongsi-kongsi Ilmu dengan orang lain. Jangan merasa dah terlalu pandai dan angkuh, sehingga semua yang orang katakan tidak betul. Orang yang pandai tidak akan mengaku pandai. Cuma orang yang bodoh sahaja akan mengaku pandai. Ilmu tidak akan habis dituntut, teruskan menuntut Ilmu kerana menuntut Ilmu itu adalah Wajib.



Wassalam...

Ikhlas,
-Asfandi-

Sunday, March 6, 2011

Kisah 20sen



Pada suatu hari, seorang Imam membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.



Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.



Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. "Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".



Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan..Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!.


"Barangsiapa mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya pula.”
( Surah Az-Zalzalah ayat 7-8 )

Ingatlah, setiap amal dan perbuatan kita, sama ada baik atau jahat akan dinilai dan dibalas oleh Allah kelak. Sentiasalah berniat baik dan melakukan perkara-perkara baik dalam kehidupan kita.




Ikhlas,
-Asfandi-

Madah Hari Ini (2011-03-06)

"Always remember to forget the things that made you sad, But never forget to remember the things that made you glad."

Salam semua...
Kali ini madah dalam bahasa Inggeris.
'Translation' kepada bahasa Melayu lebih kurang berbunyi begini:

"Sentiasa ingat untuk melupakan sesuatu perkara yang membuatkan kita sedih, Tetapi jangan lupa untuk sentiasa ingat perkara yang menggembirakan kita".
(translate bulat-bulat BI-BM)

Sedikit Huraian:
Dalam kehidupan kita sehari-hari tentu akan ada perkara-perkara yang menyedihkan dan menggembirakan hati kita. Suka dan duka kehidupan memang ada. Tidak kira Status, Ugama, Bangsa, Kedudukan atau Darjat. Apa yang penting, bagaimana kita menghadapinya ketika berada dalam situasi tersebut. Selepas melalui detik-detik itu, janganlah kita lupa, akan muncul situasi yang bertentangan pula. Jika dulu suka, akan datang duka. Jika kita dalam berduka, suka pasti akan menjelma. Ingatlah...



Ikhlas,
-Asfandi-

Saturday, March 5, 2011

Madah Hari Ini (2011-03-05)

ALLAH BREAKS OUR HEART TO SAVE OUR SOUL,
HE FAILS OUR HOPE TO MAKE US WHOLE,
HE GIVES US PAIN SO WE CAN BE STRONGER,
HE MAKE US FAIL SO WE CAN BE HUMBLE,
HE SENDS US ILLNESS SO WE CAN TAKE CARE OF OURSELVES,
AND SOMETIMES ALLAH TAKES EVERYTHING AWAY FROM US SO WE CAN LEARN THE VALUE OF EVERYTHING HE GAVE US....


Renung-renungkan....


Ikhlas,
-Asfandi-

Thursday, March 3, 2011

E-PLUS Faucet Water Purifier


Penapis dan pembersih air E-Plus merupakan suatu penapis air yang menjamin kebersihan air dan kualiti air.





Terdapat 3 peringkat penapisan dalam Penapis Air ini:

Peringkat pertama - Penapis Seramik
Rawatan yang berkesan dalam mencegah bakteria berbahaya seperti typhoid, bilharzias dan ameba dan pencemaran kimia. Menghalang karat, menapiskan rasa klorin, menapis bau yang tidak menyenangkan. Penapisan oleh seramik 0.3 micron ini boleh dicuci semula.

Peringkat kedua - Nano KDF
Air yang dirawat menggunakan bio-ceramik adalah kaya dengan ion-ion minerals seperti kalsium, magnesium, potassium dan sodium. Di mana akan memecahkan air kepada molekul-molekul kecil yang mampu untuk meningkatkan kadar metabolisma badan serta meningkatkan daya tahan badan. Dalam masa yang sama, ia meningkatkan penyerapan kandungan oksigen dalam air untuk keperluan badan kita. Akhir sekali KDF 55 di cipta untuk menghapus dan mengurangkan kandungan klorin dan logam berat yang merbahaya di dalam air.

Peringkat ketiga - Karbon Aktif berkualiti tinggi
Berkesan dalam menghilangkan bahan cemar seperti klorin, bau yang tidak menyenangkan, bahan organik, warna, logam berat (spt tembaga, raksa, merkuri dan sebagainya), Trihalomethanes(THMS), Methyl tert-butyl ether(MTBES) dan lain-lain bahan kimia dengan cara penyerapan. Ia di hasilkan menggunakan bahan yang berkualiti untuk memastikan air yang ditapis dalam keadaan suci dan lebih bersih.


Kajian makmal telah mengenal pasti bahawa, air yang keluar daripada paip rumah secara terus, mengandungi kandungan logam berat seperti raksa dan merkuri dalam kuantiti yang banyak atau sedikit. Walaupun penapis air digunakan untuk menapis air menggunakan sistem perpaipan dari luar ke sistem perpaipan dalam rumah, kandungan bahan cemar ini masih lagi ada. Hal ini kerana sistem perpaipan dalam rumah telah pun lama tercemar dengan paip yang berkarat, yang boleh menjadi sebab pembiakan bakteria yang merbahaya.

Dengan menggunakan E-Plus Faucet Water Purifier ini, boleh memberikan anda air bertapis yang bersih dan bebas dari bahan cemar.


Diantara bahan cemar yang terdapat pada air di rumah:

1. Bakteria

Bakteria
% pembasmian Penyakit Simtom
Salmonella typhus >99.9% Demam Typhoid Demam, sakit kepala, tubuh merasa lemah, bahagian bawah abdomen merasa sakit, dan tanda-tanda ruam merah pada kulit.
Shigella >99.9% Shigellosis atau Bacterial Dysentery Sakit bahagian abdomen, demam, cirit-birit, terdapat pendarahan dan lendir ketika buang air besar.
Vibrio cholera >99.9% Kolera Mual-mual, muntah-muntah, sakit bahagian abdomen, cirit-birit, nyahidrat diikuti dengan pitam atau pengsan, kejutan dan dalam beberapa kes, kematian.
Klebsiella Tarragona >99.9% Gastroenterocolitis Cirit-birit dan kejang bahagian abdomen
E-coli >99.9% Gastroenterocolitis Cirit-birit dan kejang bahagian abdomen



2. Klorin (Bau dan Rasa)

Di sebahagian besar kawasan seluruh negara, klorin ditambah kedalam punca air utama ketika rawatan untuk membunuh dan meminimakan pembiakan bakteria di dalam saliran air. Klorin memang berkesan dalam membunuh bakteria tetapi terdapat kesan sampingan lain yang tidak disukai dan merbahaya kepada manusia.

a - Bakteria yang mati tidak dikeluarkan dari dalam air. Bermakna, kita memakan bakteria mati. Jika orang tahu bahawa banyak bakteria yang mati terdapat di dalam air, tentu mereka teragak-agak untuk meminumnya, walaupun ia tidak merbahayakan kesihatan.

b - Klorin boleh bertindak-balas dengan bahan organik di dalam air untuk menghasilkan trihalomethanes(THMS). Ini dikenali sebagai Carcinogens (boleh mengakibatkan kanser)

c - Rasa dan bau yang tidak menyenangkan.


Karbon aktif adalah cara yang terbaik untuk mengeluarkan klorin dari dalam air.


3. Karat dan bendasing lain

Sumber bahan karat di dalam air adalah dari paip besi yang dah lama yang telah pun dipasang sejak dulu lagi.
Selalunya terdapat bendasing yang melalui saluran paip dari punca air ke paip rumah kita. Saiz dan jumlah bendasing yang melalui saluran paip bergantung kepada berapa banyak cemaran yang dibawa sepanjang perjalan air ke rumah kita. Walaupun pihak berkenaan telah sedaya upaya untuk merawat dan memberikan air yang bersih kepada pengguna, pencemaran air dalam saluran paip tetap akan berlaku walaupun tidak dapat di lihat dengan mata kasar.

Penyelidik bebas telah mengesahkan bahawa Penapis Air E-Plus berkesan dalam menghalang sehingga lebih daripada 99.99% bendasing berada dalam air.

4. Raksa
Kesan buruk raksa yang diketahui umum yag berlaku terutama sekali kepada kanak-kanak atau wanita yang hamil adalah kecacatan akal dan tubuh badan, kesukaran untuk belajar pada kanak-kanak dan tingkah laku yang bermasalah. Raksa tidak secara tiba-tiba hadir di dalam saliran air, ia hadir melaluipaip lama di dalam saliran paip rumah dan juga bahan daripada alat pateri yang digunakan dalam menyambungkan paip baru dengan paip lama di dalam rumah. Walaupun dalam kuantiti yang terlalu kecil, amat merbahaya untuk kesihatan kita.

Beginilah keadaan paip saluran air dan juga tangki di dalam rumah kita:

(klik pada gambar untuk besarkan)



Adakah anda ingin terus menikmati air daripada sumber yang tercemar seperti di dalam gambar di atas? Sudah tentu tidak bukan? Oleh itu gunalah Penapis Air E-Plus bagi menjamin kebersihan air yang anda gunakan dalam kehidupan sehari-hari.

Murah, Mudah dan Berkesan

E-PLUS Faucet Water Purifier

Cuma RM50
(Harga Promosi untuk 50 unit pertama sahaja-Termasuk harga pos)



Set Lengkap untuk di pasang pada paip rumah. Pelbagai jenis paip sesuai untuk dimuatkan dengan Penapis ini.





Refill untuk cartrige penapis air ini perlu di tukar mengikut kekerapan pengunaan. Jika pengunaan untuk mencuci, memasak minuman. Kekerapan 3 bulan sekali tukar yang baru. Jika kegunaan untuk berus gigi dan mandi, bolehlah di tukar 6 bulan sekali. Di bawah adalah refill untuk Penapis air ini:



Satu refill cuma
RM25

(tidak termasuk harga pos)



PROMOSI PENGENALAN!!!

Satu set "E-PLUS FAUCET Water Purifier" + "Refill Cartridge"
Berharga RM70
(Harga Promosi untuk 50 unit pertama sahaja-Termasuk harga pos)







Pesan dan gunalah sekarang sebelum terlambat. Kesihatan kita adalah tanggungjawab kita sendiri. Pastikan Keluarga kita sihat, Diri kita sihat agar kita hidup bahagia sentiasa.




AIR YANG BERSIH MENJAMIN KESIHATAN BAIK YANG BERTERUSAN


Servis penghantaran bergantung kepada berat barang yang di tempah. Selalunya dalam lingkungan sekitar RM5 - RM10 sahaja.
Penghantaran akan menggunakan Pos Laju atau Pos Malaysia.
Boleh semak status barangan yang di pesan melalui pautan berikut:


Sebarang pertanyaan boleh terus emailkan kepada saya di asfandi.azlyme@gmail.com.
atau smskan ke no. 019-4309555 (sms sahaja)
Graf Bilangan Pengunjung Yang Melawat Blog Ini

Terima Kasih Kepada Semua yang mengunjungi Blog Saya

Ads Google

Design by : Asfandi