SPECIAL OFFER!!!

Dapatkan Kata-Kata Hikmah Setiap Hari





Untuk mendapatkan Kata-Kata Hikmah dan info menarik ke email anda setiap hari, sila daftarkan email anda di bawah.


(Jangan lupa selepas masukkan email, buka email untuk mengesahkan pendaftaran)

Sila masukkan email anda:

Delivered by FeedBurner

Ads Google

Monday, August 30, 2010

Lawak Jenaka-Kentut

Kentut

Seorang wanita tua pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan. Doktor bertanyakan kepada wanita tersebut apa masalahnya.

Wanita tua menjawab dia menghadapi masalah kentut yang tidak berbunyi dan tidak berbau, sedangkan dia telah kentut sehingga sepuluh kali banyaknya ketika berada di pejabat. Memandangkan kentutnya tidak berbunyi dan berbau dia langsung tidak menyedari ianya berlaku. Doktor mendengar dengan teliti dan memberi wanita tua tersebut senarai beberapa jenis pil yang perlu di ambil. Doktor mengarahkan wanita tua itu mengambil pil-pil tersebut selama seminggu dan selepas itu datang berjumpa dengannya semula.

Selepas seminggu wanita tua itu datang semula ke klinik untuk menyatakan rasa tidak puas hatinya kepada doktor.

"Saya tak tau apa yang doktor berikan kepada saya, tapi bau udara di sekitar saya sangat busuk, tak dengar bunyi apa-apa pun tapi busuknya sangat dahsyat", kata wanita itu.

"Bagus, sekarang deria bau awak dah pulih, kita akan usaha untuk pulihkan deria pendengaran awak pula", kata doktor.

moral : Kita perlu berfikir dari pelbagai perspektif untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Jangan jumud, dan tidak mahu mendengar nasihat orang lain atau menerima hakikat yang ilmu orang lebih tinggi daripada kita.

Sunday, August 29, 2010

Teka-Teki Hari ini (2010-08-29)

Soalan 1:
Adakah ayam berkokok "siang-siang"???
Jawapan : Tidak. Ayam berkokok, (kok kokok kok)

Soalan 2:
Katak diterbalikkan jadi katak..kopi di terbalikkan jadi....???
Jawapan : Tumpahlah kopi tu...

Soalan 3:
Pohon apa paling banyak di hari lebaran???
Jawapan : Pohon Maaf Zahir dan Batin.

Jawapan untuk 3 Soalan ini: sila tekan "Ctrl+A"

Friday, August 27, 2010

Mukjizat Al-Quran



Banyak kajian serta cubaan mengelirukan kebenaran kitab suci tetapi temui kegagalan

JIKA kita ingin mengetahui dan rasai kehebatan satu-satu mukjizat seperti yang pernah berlaku ke atas umat sebelum kita, kemudian kita mengisytiharkan keimanan serta-merta dan memeliharanya, sila perhatikan al-Quran al-Karim.
Al-Quran ialah mukjizat kekal sebagai bukti kebenaran bahawa Muhammad adalah Rasulullah SAW. Pengekalan mukjizat al-Quran akan tetap dirasai oleh seluruh manusia hingga ke akhir zaman. Ini berbeza dengan mukjizat seketika yang hanya dirasai oleh umat sebelum kita, bahkan mukjizat yang dirasai oleh sahabat nabi, selain al-Quran.

Sebagai contoh, Nabi Nuh AS dengan mukjizat taufa
n dan air bah yang hanya berlaku untuk dirasai umatnya saja. Nabi Saleh AS dengan mukjizat unta hanya berlaku untuk dirasai umatnya saja. Nabi Musa AS dengan mukjizat membelah air laut dan hanya berlaku untuk dirasai umatnya saja. Nabi Isa AS dengan mukjizat boleh menghidupkan yang mati atas izin Allah dan hanya berlaku untuk dirasai umatnya saja.



Tetapi Nabi Muhammad SAW dengan mukjizat al-Quran berlaku untuk dan dirasai seluruh umat manusia ketika dan sesudah Baginda tidak kira masa dan tempat sampai hari kiamat dan ia akan kekal dipelihara seperti ditetapkan al-Quran yang bermaksud: "Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya" (Surah al-Hijr: 9), Dengan jaminan Allah ini, terpeliharalah kitab suci al-Quran daripada sebarang perubahan, dan bersinarlah cahayanya ke seluruh dunia.

Al-Quran itu sendiri boleh menjadi sebab kepada seseorang untuk memeluk agama Islam sama ada menerusi isi, bahasa, bacaan, lagu, suara, hiasan, nilai ekonomi bahkan tulisan atau kaligrafinya. Begitu pula ia menakutkan dan menggerunkan musuhnya menerusi isi, bahasa, bacaan, lagu, suara, hiasan, nilai ekonomi bahkan tulisan atau kaligrafinya. Ramai orang memeluk al-Quran dengan karakter al-Quran dan tidak sedikit pula yang memusuhinya bahkan menyeru untuk berperang melawannya seperti disebutkan al-Quran sendiri dengan ayatnya yang bermaksud: "Dan orang yang kafir berkata: "Janganlah kamu mendengar al-Quran ini dan tentanglah ia (dengan nyanyian dan jeritan riuh rendah serta tepuk sorak), supaya kamu berjaya (mengganggu bacaan atau menenggelamkan suara pembacanya)" (Surah Fussilat: 26)

Antara orang yang pernah menentang al-Quran ialah seorang profesor Matematik dan logik di Universiti Toronto, Kanada bernama Gary Miller. Pada 1977, beliau membuat keputusan untuk mengkaji al-Quran dengan tujuan mencari kesilapan dan kesalahan ilmiah dan sejarah yang ada di dalamnya.

Dia berharap dengan kajian itu boleh membantu rakannya, pendakwah Kristian untuk mengelirukan umat Islam dan mengajak mereka keluar daripada agama Islam dan memeluk Kristian. Pihak gereja dan yang berkepentingan menyokong tujuan 'mulia' ini dan memberikan apa jua keperluan kewangan dan moral bagi menjayakannya.

Apa yang diinginkan manusia lain dengan apa yang diinginkan oleh Allah dan yang pasti akan berlaku ialah apa yang diinginkan Allah, maka takdir yang baik menyebelahi Prof Miller dan kemudian membawanya untuk memeluk Islam setahun kemudian iaitu pada 1978 selepas menamatkan kajiannya. Kajiannya ini kemudian dibukukan dan diterjemahkan ke dalam bahasa Arab dengan tajuk al-Quran al-Muzhil (al-Quran Yang Mempesona) atau tajuk asalnya The Amazing al-Quran. Beliau menukar namanya menjadi Abdul Ahad Omar kemudian bekerja sebagai pensyarah di University of Petroleum and Mines, Dhahran, Saudi Arabia hingga ke hari ini masih menjadi pendakwah antarabangsa dan banyak menulis mengenai Islam.

Perkara pertama yang menarik perhatian Prof Miller ialah cabaran al-Quran yang mendakwa bahawa di dalamnya tidak ada kesalahan atau kesilapan apa pun juga. Beliau berkata: "Tidak ada seorang penulis pun di dunia ini yang memiliki keberanian kemudian dia menulis buku dan mendakwa bahawa bukunya itu tidak ada sebarang kesalahan mahupun kesilapan kecuali al-Quran, bahkan ia mencabar seandainya anda mencari-cari kesalahan itu anda pasti tidak akan menemukannya."

Beliau juga mengungkapkan kepesonaannya terhadap al-Quran dengan mengambil contoh bahawa dalam al-Quran ada satu surah yang diberi nama Surah Mariam yang mana di dalamnya ada diberitakan mengenai kemuliaan beliau yang tidak dijumpai di mana-mana kitab suci lainnya. Kita tidak menemukan surah yang dijoloki nama orang kesayangan Nabi SAW seperti Aisyah dan Fatimah. Malah nama baginda pun tidak banyak disebut al-Quran iaitu hanya lima kali jika dibandingkan dengan nama Nabi Isa as yang disebut sebanyak 25 kali.

Penentang kebenaran al-Quran mendakwa bahawa syaitanlah yang mengajarkan al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW tetapi bagaimana di dalam al-Quran ada ayat yang maksudnya: "Oleh itu, apabila engkau membaca al-Quran, maka hendaklah engkau (terlebih dulu) memohon perlindungan kepada Allah daripada hasutan syaitan yang kena rejam." (Surah al-Nahl: 98)

Dr Miller berkata: "Seandainya aku berada dalam keadaan Rasulullah bersama Abu Bakar di gua di mana seandainya seorang daripada pengepungnya melihat ke bawah pasti mereka akan ternampak, maka jawapan ketakutan Abu Bakar akan dijawab secara semula jadi dengan ucapan 'mari kita cari jalan belakang' atau 'diam, jangan berkata-kata'. Akan tetapi Rasulullah SAW menjawab dengan tenang: "Janganlah engkau risau sesungguhnya Allah bersama kita." Adakah jawapan ini boleh dikeluarkan oleh seorang penipu atau jawapan seorang nabi yang percaya seratus peratus kepada pertolongan Allah?

Surah al-Masad (Tali Yang Dipintal) iaitu surah nombor urut 111 dalam al-Quran diturunkan 10 tahun sebelum matinya Abu Lahab. Ini bermakna bahawa di hadapan Abu Lahab ada sebanyak 365 x 10 = 3,650 peluang untuk membuktikan bahawa al-Quran adalah satu khayalan dan pembohongan. Selama itulah ada cabaran tetapi Abu Lahab tetap dalam kekufuran dan kekafirannya dan tidak tergerak hatinya untuk masuk Islam walaupun secara pura-pura. Surah ini sampai hari ini masih dibaca, bagaimana Rasulullah SAW yakin atas kebenaran yang dibawanya selama 10 tahun dan Abu Lahab sememangnya tidak akan memeluk Islam. Keyakinan ini membuktikan bahawa al-Quran memang wahyu Allah yang mengetahui segala sesuatu dan ia diturunkan kepada nabi terakhir yang diutus untuk umat manusia, Muhammad SAW.

Prof Abdul Ahad juga merujuk kepada New Catholic Encyclopaedia dalam topik 'al-Quran' dikatakan bahawa walaupun banyak kajian dan percubaan untuk mengelirukan kebenaran al-Quran tetapi pada akhirnya: "Selama berabad-abad muncul banyak teori mengenai sumber al-Quran tetapi tidak satu pun daripada teori itu boleh diguna pakai oleh seorang yang berakal." Beliau menambah ada gereja yang pada mulanya teruja untuk mengadaptasi teori berkenaan tetapi pada akhirnya mereka semua menolaknya dan malangnya mereka tidak berani untuk mengakui kebenaran teori umat Islam. Apa pendapat anda? Adakah anda masih meragui kebenaran al-Quran yang mempesonakan? Terima kasih Profesor Abdul Ahad.

Dipetik dari halaman www.Halaqah.net
Pengirim : Seharum Jannah
Editior : Ummi Munaliza

Sunday, August 22, 2010

Teka -Teki Hari ini (2010-08-22)

Soalan 1:
Binatang apa yang tiada kepala???
Jawapan : Ketam.

Soalan 2:
Buah apa yang ada susu???
Jawapan : Tembikai Susu

Soalan 3:
Dia hidup di udara, darat, dan air. Siapakah dia???
Jawapan : Burung Raja Udang

Jawapan untuk 3 Soalan ini: sila tekan "Ctrl+A"

Friday, August 20, 2010

Rumah Adalah Nikmat

Assalamualaikum w.b.t.

Rumah adalah tempat berteduh bagi kita. Tempat kita mengelakkan diri daripada panas dan hujan. Tempat beristirehat dan makan. Tempat kita menyimpan barang-barang kita dan pelbagai lagi fungsi yang kita sendiri adakan bagi keselesaan dan keselamatan diri dan keluarga kita. Namun tidak semua orang bernasib baik mempunyai rumah untuk berteduh. Ketika saya melalui jalan di sekitar Ibu Bandar di bulan Ramadhan ini. Saya mendapati ada beberapa orang lelaki dewasa yang tidur di perhentian bas, tepi-tepi jalan. Terdapat juga, seorang Ibu yang mendukung anaknya membentangkan tikar di kaki lima kedai yang ditutup dan duduk berehat bersama anak-anak kecilnya seramai 3 orang. Beg baju tersusun sebagai tempat bersandar dan mengalas kepala anak-anaknya yang keletihan pada cuaca yang panas. Jika di bulan-bulan yang lain, keadaan ini adalah amat jarang kelihatan. Tetapi di bulan Ramadhan ini kelihatan ramai “orang yang tidak berumah”.


Allah Subhanahu
wa Ta'ala berfirman : “Dan Allah menjadikan bagi kamu rumah-rumah (yang kamu dirikan itu) tempat tinggal dan Dia menjadikan bagi kamu dari kulit binatang binatang ternak: Khemah-khemah (tempat berteduh), yang kamu mendapatinya ringan (di bawa ke mana-mana) semasa kamu merantau dan semasa kamu berhenti dan (Dia juga menjadikan bagi kamu) dari berjenis-jenis bulu binatang-binatang ternak itu, berbagai barang perkakas rumah dan perhiasan, (untuk kamu menggunakannya) hingga ke suatu masa.” (An-Nahl : 80)
Di dalam al-Quran ada di sebutkan nikmat rumah dan tempat berteduh. Betapa susahnya kalau tidak berumah dan betapa peritnya hendak membesarkan anak-anak tanpa rumah. Di Malaysia terdapat satu siaran rancangan bertajuk “Bersamamu”. Rancangan ini memaparkan kisah-kisah keluarga yang susah, yang terdapat di dalam Negara kita sendiri. Kadang-kadang kita tidak pernah terfikir pun adakah wujud orang yang terlalu susah sehinggakan tempat berteduh berdindingkan plastik, rumah terletak di dalam hutan, jarak ke sekolah satu jam berjalan kaki, kerana tidak mempunyai kenderaan, lagipun kenderaan tidak dapat memasuki kawasan tersebut. Jika hujan sudah tentu basah, jika panas sudah tentu hangat. Nyamuk, agas, serangga hutan, tidak jemu datang bertandang. Betapa susah dan peritnya jika rumah yang ada tidak sempurna dan daif. Alhamdulillah, dengan bantuan pihak-pih
ak tertentu dan usaha Rancangan Bersamamu di TV3, kehidupan keluarga-keluarga yang kurang bernasib baik ini dapat dibela. Anak-anak dapat belajar hingga melanjutkan pelajaran ke universiti. Alhamdulillah...


Ibnu Katsir rahimahullah berkata: “Allah Subhanahu wa Ta'ala menyebutkan kesempurnaan nikmatNya atas hambaNya, dengan apa yang Dia jadikan bagi mereka rumah-rumah yang merupakan tempat tinggal mereka. Mereka kembali kepadanya, berlindung dan memanfaatkannya dengan berbagai macam manfaat.”

Banyak sekali kegunaan rumah bagi seseorang. Ia adalah tempat makan, tidur, istirehat, dan berkumpul dengan keluarga, isteri dan anak-anak, juga tempat melakukan kegiatan yang peribadi bagi diri masing-masing di dalam anggota keluarga. Allah berfirman : “Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah yang dahulu.” (Al-Ahzab :33)

Jika kita renungkan keadaan orang-orang yang tidak memiliki rumah, yakni orang-orang yang hidup di pengasingan, di tepi-tepi jalan serta para pelarian yang terusir di perkemahan-perkemahan sementara, nescaya kita akan memahami, nikmatnya ada di rumah.

Tentu kita akan tersentuh dan terharu mendengar orang misalnya dia mengatakan : “Saya tidak punya tempat tinggal tetap, kadang-kadang saya tidur di rumah si Fulan, kadang-kadang di kedai kopi, kebun atau di pantai, almari bajuku ada di dalam kereta.” Apabila mendengar ini kita akan lebih memahami makna kesusahan kerana tidak memiliki tempat tinggal atau rumah.

Ketika Allah mengazab orang-orang kafir, Allah mengambil dari mereka nikmat rumah ini, Allah mengusir mereka dari kampung halaman mereka. Allah berfirman : “Dialah yang telah mengeluarkan orang-orang kafir di antara Ahli Kitab dari kampung halaman mereka pada julung-julung kali mereka berhimpun hendak memerangi Rasulullah. Kamu (wahai umat Islam) tidak menyangka bahawa mereka akan keluar (disebabkan bilangannya yang ramai dan pertahanannya yang kuat) dan mereka pula menyangka bahawa benteng-benteng mereka akan dapat menahan serta memberi perlindungan kepada mereka (dari azab) Allah. Maka Allah menimpakan (azabNya) kepada mereka dari arah yang tidak terlintas dalam fikiran mereka, serta dilemparkanNya perasaan cemas takut ke dalam hati mereka, (lalu) mereka membinasakan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri (dari dalam) sambil tangan orang-orang yang beriman (yang mengepung mereka berbuat demikian dari luar). Maka insaflah dan ambillah pelajaran (dari peristiwa itu) wahai orang-orang yang berakal fikiran serta celik mata hatinya.” (Al-Hasyr : 2)

Oleh itu bersyukurlah kepada Allah, jika kita cuma mempunyai rumah yang kecil. Kerana di luar sana terdapat lebih ramai lagi orang-orang yang tidak mempunyai rumah dan terpaksa tidur di jalanan. Allah sentiasa bersama dengan orang-orang beriman dan bersyukur...


Ikhlas
-Asfandi-

Tuesday, August 17, 2010

Membuat Air Penawar

Pada post sebelum ini, saya ada memberikan artikel mengenai Khasiat Air. Oleh itu bagi sesiapa yang ingin menggunakan air sebagai penawar sakit, mencerdaskan fikiran dan macam-macam lagi, selalunya mereka akan meminta Ustaz-ustaz menjampi(menggunakan ayat al-Quran dan doa-doa) pada air tersebut dan dengan izin Allah air tersebut menjadi penyebab seseorang itu sihat atau cerdas akal fikirannya. Salah-satu kebiasaan lagi adalah dengan pembacaan Yasin pada Air tersebut. Pada post kali ini saya ingin berkongsi dengan para pembaca semua bagaimana kita boleh sediakan air penawar untuk kegunaan sendiri atau orang lain; Insyaallah...

Berikut adalah cara-caranya:
1. Sediakan air:
antara air yang boleh digunakan:-
>>a. Air Zam-zam (yang paling baik).
>>b. Air jernih biasa yang telah dibacakan Surah Yaasin oleh 40 orang atau lebih.
>>c. Air Mineral semulajadi.
>>d. Lain-lain air mutlak yang jernih serta suci.

2. Bacakan :

(Klik pada doa untuk besarkan)

“Bismillaahisy syafi, bismillaahil kaafi bismillaahil mu’aafi, Bismillaahil la-dzi laa ya-dhur-ru ma’asmihi syai-un fil ardhi walaa fis-samaa’i wahuwas samii’ul aliim”

(Ertinya : Dengan nama Allah yang menyembuhkan, Dengan nama Allah yang mencukupkan, Dengan nama Allah yang bersama nama-Nya segala sesuatu yang ada di bumi dan di langit tidak akan berbahaya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui)

Teruskan dengan bacaan:
- Surah Al-Fatihah 7x
- Ya Baari (Maha Perancang /Mengadakan) 33x
- Ya Syakuur (Maha Pengampun) 33x
- Ayat Qursi 7x
- Surah Al-Ikhlas 7x
- Surah Al-Falaq 7x
- Surah An-Nas 7x
- Selawat Nabi Muhammad saw 7x

3. Doa dibacakan pada air

4. Jangan putus asa untuk mencuba. Lakukan berkali-kali sehingga nampak hasilnya.

5. Penyembuh yang mutlak adalah Allah S.W.T.


INSYAALLAH... Berkesan...


Sunday, August 15, 2010

Khasiat Air

KHASIAT AIR

Apabila kita renungkan berpuluh-berpuluh ayat Quran tentang air, kita akan terpegun bahawa Allah rupanya selalu menarik perhatian kita kepada air. Bahawa air tidak sekadar benda mati. Air menyimpan kekuatan, daya ingatan, daya penyembuh dan sifat-sifat aneh lagi yang menunggu disingkap oleh manusia. Islam adalah agama yang paling sinonim dengan air. Menyucikan najis, bersembahyang , memegang Quran, mandi hadas dan mandi jenazah; semua itu dengan menggunakan air.

Tubuh manusia memang 75% terdiri daripada air. Otak 74.5%. darah 82% air. Tulang yang mampat pun mengandungi 22% air. Air diproses di tubuh meneruskan pesanan kepada air di otak dan pembuluh darah. Dengan izin Alah, pesanan tadi akan dilaksanakan oleh tubuh tanpa kita sedari.

Rasulullah s.a.w. bersabda,

Air zam-zam akan melaksanakan pesanan dan niat orang yang meminumnya.

Sesiapa meminumnya untuk kenyang, dia akan merasa kenyang. Sesiapa yang meminumnya untuk kesembuhan penyakit, dia akan sembuh.

Kajian Saintifik ke Atas Air

Seorang ilmuan Jepun Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama telah merintis kajian saintifik tentang molekul air. Beliau dengan tekun melakukan penyelidikan tentang perubahan molukel air. Hasil kajiannya mendapati air ternyata boleh “mendengar” katakata, “membaca” tulisan dan boleh “mengerti” pesanan. Dalam bukunya The Hidden Message in Water, Dr Masaru Emoto menghuraikan bahawa air bersifat boleh merakam pesanan, seperti pita magnetik atau compact disk. Apabila kata-kata yang baik diungkapkan pada air, didapati molukel air terbentuk seperti krsital yang sangat indah dan bersinar. Manakala apabila kata-kata kesat dan buruk diungkapkan kepadanya, molukelnya berubah menjadi buruk rupanya dan menggerunkan seperti sel barah. Ketika musik heavy metal diperdengarkan, kristal hancur. Beliau juga telah telah membuat kajian ke atas air-air yang dibacakan ayat-ayat suci Quran dan mendapati hasilnya molekul air tadi seperti berlian yang berkilau-kilau, cantik bercahaya.

Mengikut hasil kajiannya juga, antara molukel air yang paling cantik bercahaya ialah air zam-zam. .Molekulnya tersusun cantik, seperti berlian bersegi-segi, bersinar-sinar dan berwarna-warni melebihi dua belas warna ! Tidak hairanlah air zam-zam menjadi begitu berkhasiat kerana ianya menyimpan doa jutaan manusia selama ribuan tahun sejak Nabi Ibrahim a.s. Demikianlah juga dengan air kolah masjid yang telah merakam suara azan, bacaan ayat-ayat Quran, zikir, doa dan pengajaran ilmu agama di masjid tersebut.

Semakin kuat konsentrasi orang yang berkata-kata atau berdoa pada air, semakin kuat kesannya yang terhasil pada molekul air. Air boleh memindahkan bacaan tadi melalui molekul air yang lain. Barangkali penemuan ini dapat menjelaskan kenapa air biasa yang dioakan boleh menyembuhkan penyakit.

Semoga amalan kita membaca Yasin dan kombinasi doa-doa para anbia’ dari Nabi Adam a.s. sehingga Nabi Muhammad s.a.w. kepada air biasa dapat mengubah molekulnya menjadi lebih cantik dan seterusnya berkesan dapat menyembuhkan penyakit atau melindungi dan mencegah kita daripada terkena penyakit sama ada fizikal atau rohani.

Friday, August 13, 2010

Pendinding Diri

Assalamualaikum semua...

Seperti yang saya janjikan. Saya ingin berkongsi sedikit ilmu bersama dengan anda semua.

Pendinding

Mungkin sudah ramai yang mengetahui kaifiat amalan Tiga Qul iaitu;
Surah Al-Ikhlas
Surah Al-Falaq
Surah An-Naas

Ayat-ayat ini di panggil Al-Muawwizat (Pelindung-Pelindung)
Amalkan lah insyaallah kita akan di lindungi oleh Allah.









Cara-cara:

1. Lunjurkan kaki kearah Qiblat

2. Menganggkat dua tangan seperti berdoa

3. Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (Tidak termasuk Al-Fatihah)

4. Tarik nafas sedikit kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangan sehingga habis nafas ke seluruh anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit

5. Lakukan sekali sebelum tidur dan selepas solat subuh

Thursday, August 12, 2010

Doa Supaya Diberi Keampunan, Ketenangan Dan Kesucian Jiwa


Doa Supaya Diberi Keampunan, Ketenangan Dan Kesucian Jiwa(Frame)


(Click Pada Gambar Untuk Besarkan)

"Doa adalah antara ajaran Islam yang terpenting yang menjadi tunjang atautulang belakang kepada ajaran akidah Islamiah kerana rapatnya hubungan doa dengan kekuasaan Allah SWT, Tuhan yang menjadikan dan mentadbir alam ini." -Daripada: Buku Indahnya Amalan Doa-

Buku 'Indahnya Amalan Doa' yangditulis oleh Al-Ustaz Dato' Ismail Kamus, adalah sebuah buku yang bukan sahaja menyampaikan Takrif Doa, tetapi juga menunjukkan cara bacaan doa dengan betul di mana satu sudut dalam buku ini ada 'Ralat Bacaan Doa'. Buku ini ada menyampaikan 3 Bahagian Tentang Doa.
Bahagian 1: Konsep Doa.
Bahagian 2: KaitanIstighfar dan Selawat dengan Berdoa.
Bahagian 3: Beberapa Amalan Doa.



Dalam Bahagian 1, iaitu Konsep Doa, ia menerangkan tentang keutamaan Berdoa, adab dan sifat berdoa sebagai kaedah bagi kemustajaban doa, masa mustajab doa,tempat berdoa yang Mustajab, Pemakbulan Doa, Antara sebab-sebab Doa ditolak serta Doa dan Takdir.

Manakala dalam Bahagian 2, pula iaitu Kaitan Istighfar dan Selawat Dengan Berdoa, ia menerangkan Takrif Istighfar, kepentingan Istighfar, Adab Istighfar, Keutamaan Istighfar, Masa Istighfar, Antara bacaan berkaitan Istighfar dan kepentingan Berselawat dan Hal yang Berkaitan Dengannya.

Bahagian yang terakhir iaitu Bahagian 3, ia menyampaikan Beberapa Amalan Berdoa. Dalam bahagian ini kita akan mendapat banyak doa-doa yang mungkin antara kita tidak pernah tahu atau masih jahil lagi tentang doa-doa yang tertentu.


Petikan dengan sedikit olahan dari Facebook.


Ikhlas,
-Asfandi-

Wednesday, August 11, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan

Assalamualaikum...

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.
Semoga Segala Ibadah kita diberkati dan di terima oleh Allah swt.
Insyaallah...





Ikhlas
-Asfandi-

Isteri Cerdik Yang Solehah

Sifat-sifat isteri yang dijanjikan syurga.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“...Wanita (isteri) solehah adalah yang taat (kepada Allah) dan memelihara diri ketika suaminya tidak ada, kerana Allah telah memelihara (mereka)...” (al-Nisa': 34)
Dalam ayat ini Allah menghimpun beberapa sifat yang wajib ada pada seorang wanita solehah, antaranya adalah taat kepada Allah SWT dan kepada suaminya dalam perkara yang makruf (perkara baik) lagi memelihara dirinya ketika suaminya tidak berada di sampingnya.

Al-Sheikh Abdul Rahman bin Nashir As-Sa'di r.h. berkata:

"Tugas seorang isteri adalah menunaikan ketaatan kepada Allah dan taat kepada suaminya,” kerana itulah Allah berfirman:

“Wanita solehah adalah yang taat, iaitu taat kepada Allah SWT, lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada di rumah atau di sampingnya". Iaitu taat kepada suami mereka bahkan ketika suaminya tidak ada, dia menjaga suaminya dengan menjaga dirinya dan harta suaminya.” (Taisir, hal. 177)

Ketika Rasulullah menghadapi permasalahan dengan isteri-isterinya sampai beliau bersumpah tidak akan mencampuri mereka selama sebulan, Allah SWT menyatakan kepada baginda SAW dengan firman yang bermaksud:

“Jika sampai Nabi menceraikan kalian, mudah-mudahan Tuhannya akan memberi ganti kepadanya dengan isteri-isteri yang lebih baik daripada kalian, muslimat, mukminat, qanitat (taat kepada Allah), taibat (sentiasa bertaubat), 'abidat (sering beribadat), saihat (kerap berpuasa) dari kalangan janda ataupun gadis.“ (at-Tahrim: 5) [Al-Jami' li Ahkamil Quran, 18/126-127, Tafsir Ibnu Katsir, 8/132]

Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud:

"Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai". (riwayat Ahmad 1/191, Shahihul Jami' no. 660, 661)

Berdasarkan dalil-dalil tersebut, dapat kita simpulkan bahawa sifat isteri yang solehah adalah sebagai berikut:

1. Mentauhidkan Allah dengan mengabdikan diri hanya kepada-Nya tanpa menyekutukan-Nya dengan sesuatupun.

2. Tunduk kepada perintah Allah, terus menerus dalam ketaatan kepada-Nya dengan banyak melakukan ibadah seperti solat, puasa, bersedekah dan selainnya.

3. Menjauhi segala perkara yang dilarang dan menjauhi sifat-sifat yang rendah yang boleh menghakis sifat-sifat mulia.

4. Selalu bertaubat kepada Allah hingga lisannya sentiasa dipenuhi istighfar dan zikir kepada-Nya. Sebaliknya ia jauh dari perkataan yang sia-sia, tidak bermanfaat dan membawa dosa seperti dusta dan lainnya.

5. Taat kepada suami dalam perkara kebaikan, bukan dalam bermaksiat kepada Allah & melaksanakan hak-hak suami sebaik-baiknya.

6. Menjaga diri ketika suami tidak berada di sisi. Ia menjaga kehormatannya dari tangan yang hendak menyentuh, dari mata yang hendak melihat, atau dari telinga yang hendak mendengar.

Demikian juga menjaga anak-anak, rumah, dan harta suami.

Sifat isteri solehah lainnya boleh diperincikan berikut:

1. Penuh kasih sayang, selalu kembali kepada suami dan mencari maafnya. Rasulullah SAW bersabda:
"Mahukah aku beritahukan kepada kalian, isteri-isteri kamu yang menjadi penghuni syurga ialah isteri yang penuh kasih sayang, banyak anak, selalu kembali kepada suaminya. Di mana jika suaminya marah, dia mendatangi suaminya dan meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya berkata: "Aku tak dapat tidur sebelum engkau reda". (riwayat al-Nasai dalam Isyratun Nisa no. 257.)

2. Melayani suami (berkhidmat kepada suami) seperti menyiapkan makan minumnya, tempat tidur, pakaian dan seumpamanya.

3. Menjaga rahsia-rahsia suami, lebih-lebih yang berkenaan dengan hubungan intim antara dia dan suaminya.

Asma' bintu Yazid r.ha menceritakan dia pernah berada di sisi Rasulullah. Ketika itu kaum lelaki dan wanita sedang duduk. Baginda bertanya: "Barangkali antara kalian ada suami yang menceritakan apa yang diperbuatnya dengan isterinya (hubungan suami isteri), dan barangkali ada isteri yang memberitahu apa yang diperbuatnya bersama suaminya?" Maka mereka semua diam tidak ada yang menjawab. Aku (Asma) pun menjawab: "Demi Allah! Wahai Rasulullah, sesungguhnya mereka (para isteri) benar-benar melakukannya, demikian pula mereka (para suami)".
Baginda bersabda bermaksud: "Jangan lagi kalian lakukan, kerana yang demikian itu seperti syaitan jantan yang bertemu dengan syaitan betina di jalan, kemudian digaulinya sementara manusia menontonnya". (riwayat Ahmad 6/456)

4. Selalu berpenampilan cantik dan menarik di hadapan suami sehingga apabila suami memandang akan menyenangkannya.

5. Ketika suami sedang berada di rumah, ia tidak menyibukkan dirinya dengan melakukan ibadah sunnah yang dapat menghalangi suami untuk istimta' (bernikmat-nikmat) dengannya seperti puasa, terkecuali bila suami mengizinkan.

6. Pandai mensyukuri pemberian & kebaikan suami, tidak melupakan kebaikannya.

7. Bersegera menerima ajakan suami bagi memenuhi hasratnya, tidak menolaknya tanpa alasan yang syarie, dan tidak menjauhi tempat tidur suaminya, kerana ia tahu dan takut terhadap berita Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidaklah seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu si isteri menolak ajakan suaminya (enggan) melainkan Allah SWT murka terhadapnya hingga si suami reda padanya.” (riwayat Muslim no. 1436)

Tuesday, August 10, 2010

10 Sahabat Dijamin Syurga

10 Sahabat Dijamin Syurga

1. Abu Bakar Siddiq ra.
Beliau ialah khalifah pertama sesudah wafatnya Rasulullah Saw. Selain itu Abu bakar juga merupakan lelaki pertama yang masuk Islam, pengorbanan dan keberanian beliau tercatat dalam sejarah, bahkan juga di dalam al-Quran (Surah At-Taubah ayat ke-40) sebagaimana berikut : “Jikalau tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seseorang daripada dua orang (Rasulullah dan Abu Bakar) ketika keduanya berada di dalam gua, pada waktu dia berkata kepada temannya:”Janganlah berduka cita, sesungguhya Allah bersama kita”.

Maka Allah menurunkan ketenangan kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentera yang tidak kamu melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” Abu Bakar Siddiq meninggal dalam umur 63 tahun, daripada beliau diriwayatkan 142 hadis.

2. Umar Bin Khatab ra.
Beliau adalah khalifah kedua sesudah Abu Bakar, dan termasuk salah seorang yang sangat dikasihi oleh Nabi Muhammad Saw semasa hidupnya. Sebelum memeluk Islam, Beliau merupakan musuh yang paling ditakuti oleh kaum Muslimin. Namun semenjak ia bersyahadat dihadapan Rasul (tahun keenam sesudah Muhammad diangkat sebagai Nabi Allah), ia menjadi salah satu benteng Islam yang mampu meredakan penentangan kaum Quraisy terhadap diri Nabi dan sahabat. Pada zaman pemerintahan beliau, Islam berkembang seluas-luasnya dari Timur hingga ke Barat, kerajaan Parsi dan Rom Timur dapat ditakluki dalam waktu hanya satu tahun. Beliau meninggal dalam umur 64 tahun karana dibunuh, dikuburkan berdekatan makam Abu Bakar dan Rasulullah, bekas rumah Aisyah yang sekarang terletak di dalam masjid Nabawi di Madinah.

3. Usman Bin Affan ra.
Khalifah ketiga setelah wafatnya Umar. Semasa pemerintahan beliau, seluruh tulisan-tulisan wahyu yang pernah dicatat oleh sahabat semasa Rasul hidup dikumpulkan, kemudian disusun menurut susunan yang telah ditetapkan oleh Rasulullah Saw sehingga menjadi sebuah kitab (suci) sebagaimana yang kita dapati sekarang. Beliau meninggal dalam umur 82 tahun (ada yang meriwayatkan 88 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.

4. Ali Bin Abi Thalib ra.
Merupakan khalifah keempat, beliau terkenal dengan siasat perang dan ilmu kerana pengetahuan yang tinggi. Selain Umar bin Khatab, Ali bin Abi Thalib juga terkenal keberaniannya di dalam peperangan. Beliau sudah mengikuti Rasulullah sejak kecil dan hidup bersama Beliau sampai Rasul diangkat menjadi Nabi hingga wafat. Ali Bin Abi Thalib meninggal dalam umur 64 tahun dan dikuburkan di Kufah, Iraq.

5. Thalhah Bin Abdullah ra.
Masuk Islam dengan perantaraan Abu Bakar Siddiq ra, selalu aktif dalam setiap peperangan selain Perang Badar. Di dalam perang Uhud, beliaulah yang mempertahankan Rasulullah Saw sehingga terhindar daripada mata pedang musuh, sehingga putus jari-jari beliau. Thalhah Bin Abdullah gugur dalam Perang Jamal pada zaman pemerintahan Ali Bin Abi Thalib dalam usia 64 tahun, dan dimakamkan di Basrah.

6. Zubair Bin Awaam
Memeluk Islam juga melalui Abu Bakar as-Siddiq ra, ikut berhijrah sebanyak dua kali ke Habsyah dan mengikuti semua peperangan. Beliau gugur dalam perang Jamal dan dikuburkan di Basrah pada umur 64 tahun.

7. Sa’ad bin Abi Waqqas
Memeluk Islam sejak umur 17 tahun dan mengikuti seluruh peperangan, pernah ditawan musuh lalu ditebus oleh Rasulullah dengan ke-2 ibu bapaknya sendiri sewaktu perang Uhud. Meninggal dalam usia 70 (ada yang meriwayatkan 82 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.

8. Sa’id Bin Zaid
Sudah Islam sejak kecilnya, mengikuti semua peperangan kecuali Perang Badar. Beliau bersama Thalhah Bin Abdullah pernah diperintahkan oleh rasul untuk memata-matai pergerakan musuh (Quraisy). Meninggal pada usia 70 tahun dan dikuburkan di Baqi’.

9. Abdurrahman Bin Auf
Memeluk Islam sejak kecilnya melalui Abu Bakar Siddiq dan mengikuti semua peperangan bersama Rasul. Turut berhijrah ke Habasyah sebanyak 2 kali. Meninggal dunia pada umur 72 tahun (ada yang meriwayatkan 75 tahun), dimakamkan di baqi’.

10. Abu Ubaidah Bin Jarrah
Masuk Islam bersama Usman bin Math’uun, turut berhijrah ke Habsyah. Beliau mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah Saw. Meninggal pada tahun 18 H di urdun (Syam) karana wabak taun, dan dimakamkan di Urdun yang sampai saat ini masih sering diziarahi oleh kaum Muslimin.

Monday, August 9, 2010

Madah Pilihan Minggu ini.

Saya ada 1 epal, anda ada 1 epal..kita tukar epal, anda ada 1 epal & saya tetap ada 1 epal...
jika anda ada 1 ilmu..saya ada 1 ilmu..kemudian kita tukar ilmu tersebut..anda ada dua ilmu & saya ada 2 ilmu...somethin' is better than nothin'


Di petik dari: Click Link Ini

Ilmu kalau di kongsi akan bertambah-tambah dalam diri seseorang itu. Dalam banyak-banyak perniagaan, ini lah MLM yang paling menguntungkan sekali!!!

Bayangkan... Kita menyampaikan ilmu kepada 10 orang, 10 orang tersebut menyampaikan lagi kepada 10 orang setiap seorang, kemudian mereka menyampaikan lagi kepada 10 orang dan begitula seterusnya sehingga la ilmu tersebut tidak lagi disampaikan kepada sesiapa pun... Berjuta-juta orang akan mendapat ilmu yang bermanfaat untuk kegunaan dunia dan akhirat.
Dan kita juga mendapat Balasan Kebaikan setimpal dengan apa yang kita berikan. Semua ini adalah rahmat dari Allah SWT...

Ikhlaskan diri dalam beramal, dan berilmu. Insyaallah kita akan di rahmati Allah.


Ikhlas,
-Asfandi-

Takut Kepada Allah

Allah berfirman:

"Wahai orang yang beriman, takutlah kepada Allah! Dan hendaklah (tiap-tiap) orang memperhatikan apa yang hendak diusahakan besok (hari kiamat). Takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan." (Q.S. Al-Hasyr:18)

"Tanda-tanda takut kepada Allah itu kelihatan dalam tujuh perkara" (Abul-Laits)

1. Pada Lisannya.
Dia menghindarkan daripada dusta, ghibah, menyebar fitnah, berbual kosong & bercakap banyak. Malah menyibukkan diri dengan zikir, membaca al-Qur'an & muzakarah ilmu.

2. Pada hatinya.
Dia membuang rasa permusuhan, kebodohan & kedengkian terhadap sahabatnya. Lantaran kedengkian dapat menghapuskan kebaikan.

"Hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu" (sabda nabi)

Ketahuilah bahawa hasad itu penyakit hati yang amat bahaya. Tidak ada ubat untuk penyakit hati selain daripada ilmu & amal.

3. Pada pandangannya.
Tidak suka memandang kepada makanan, minuman, pakaian atau hal-hal lain yang haram. Tidak pula terpikat pada dunia tetapi dia memandangnya dengan mengambil iktibar.

"Barangsiapa memenuhi matanya dengan perkara haram, maka Allah akan memenuhinya daripada api neraka pada hari kiamat" (sabda nabi)

4. Pada Perutnya.
Perutnya tidak diisi barang yang haram.

"Manakala sesuap daripada barang haram masuk ke perut seseorang, maka seluruh Malaikat di langit & di bumi melaknatinya selama sesuai @ seteguk barang itu berada di dalam perutnya. Jika dia mati dalam keadaan demikian, maka tempatnya di Neraka." (sabda nabi)

5. Pada kedua tangannya.
Dia tidak menggunakan untuk perkara yang haram tetapi menggunakannya untuk taat kepada Allah.

"Sesungguhnya Allah swt telah menciptakan bangunan daripada zabarjud hijau. Di dalamnya terdapat 70 ribu aula. Setiap aula terdapat 70 ribu pondok. Tidak boleh masuk ke situ, selain orang yang ditawarkan barang haram, namun dia menolaknya kerana takut kepada Allah." (sabda nabi)

6. Pada langkah (kakinya).
Dia tidak berjalan untuk maksiat, tetapi hanya melangkah untuk taat kepada Allah, mencari keredhaan-Nya serta untuk bergaul dengan para ulama, orang soleh" (sabda nabi)

7. Pada ketaatannya.
Dia menjadikan ketaatannya semata-mata untuk mencari keredhaan Allah. Takut kepada riak & munafik.

Barangsiapa melakukan 7 perkara tersebut, maka dia termasuk dalam kategori orang yang dikatakan oleh Allah swt.

" Sesungguhnya orang yang takwa dalam kebun-kebun dan air mata (Syurga)." (Q.S. Asy Syura:28)


Sumber:
Imam al-Ghazali (diterjemahkan oleh Mukashafah al-Qulub).

Sunday, August 8, 2010

Keberkatan Surah Al-Ikhlas

>>Dari Imam Bukhari, diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri; seseorang mendengar bacaan surah al-Ikhlas berulang-ulang di masjid. Pada keesokan paginya dia datang kepada Rasulullah s.a.w. dan sampaikan perkara itu kepadanya kerana dia menyangka bacaan itu tidak lengkap. Rasulullah s.a.w berkata, “Demi tangan yang memegang nyawaku, surah itu seperti sepertiga al Quran!

>>Dari Al-Muwatta’, diriwayatkan oleh Abu Hurairah; Saya sedang berjalan dengan Rasulullah s.a.w, lalu baginda mendengar seseorang membaca surah al-Ikhlas. Baginda berkata, “Wajiblah.” Saya bertanya kepadanya, “Apa ya Rasulullah?” Baginda menjawab, “Syurga” (Wajiblah syurga bagi si pembaca itu).

>>Sabda-Sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas, maka seakan-akan dia telah membaca satu pertiga Al-Qur’an” (Hadith Riwayat Ahmad dan An Nasai).

>>Dari Abu Hurairah r.a. - Rasulullah SAW bersabda : “Barangsiapa membaca ‘Qulhuallah (sehingga akhir ayat), maka seolah-olah dia telah membaca sepertiga Al-Qur’an”. “Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas tiga kali, maka seakan-akan dia telah membaca Al-quran seluruhnya”. (Hadith Riwayat Al’ugaili dan Rajaa Al Ghanawy) “Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebelas kali, Allah SWT membangunkan rumah untuknya di syurga..” (Hadith Riwayat Ahmad dan Muadz bin Aras).

>>Dari Ubay Ibn Ka’ab - Rasulullah SAW bersabda : “Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas satu kali, maka Allah SWT menganugerahkan kepadanya pahala seorang yang beriman kepada Allah SWT, MalaikatNya, Kitab-KitabNya dan Rasul-RasulNya, dan Dia menganugerahkan kepadanya - dari - pahala seperti pahala syuhada”. Ketika aku (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka aku telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang Sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur ke barat (masyrik ke maghrib) Pada setiap padang Sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut, maka berkata mereka “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini, kami berikan kepada orang yang membaca Surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan” (Riwayat Ibnu Abbas) “Demi Allah yang jiwaku di tanganNya, sesungguhnya ‘Qul Huwallahu Ahad’ itu tertulis di sayap malaikat Jibrail A.S., ‘Allahus Somad’ itu tertulis di sayap Mikail A.S., ‘Lam Yalid Walam Yuulad’ tertulis pada sayap Malaikat Izrail A.S. ‘Walam Yakullahu Kufwan Ahad’ tertulis pada sayap Israfil a.s.”


Beberapa Kaifiat Surah Al-Ikhlas adalah:

-Ketika Memulakan Kerja-
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

-Sebelum Masuk Ke Rumah-
Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali).. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

-Ketika Sakit-
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby.


Terdapat banyak lagi kaifiat-kaifiat yang tidak dapat saya sertakan di sini. Insyaallah jika ada kesempatan, saya akan sertakan dalam posting yang akan datang.

Ikhlas
-Asfandi-

Saturday, August 7, 2010

Sabar...

Kita sering kali mendengar kata-kata Sabar dikeluarkan kepada orang yang tengah marah, sedih, kelam-kabut, tension dan macam-maca lagi perbuatan yang diluar pertimbangan akal.
Namun tidak ramai yang benar-benar dapat menunjukkan sifat sabar itu secara praktikal dan juga bersungguh. Ada yang cuma tahu mengucapkannya di mulut dan bila keadaan yang sama berlaku pada mereka, hilang kesabaran dalam diri. Di bawah ini saya ingin kongsikan beberapa perkara mengenai sabar yang kita tidak pernah terfikirkan, dan kita lebih suka mengikut nafsu untuk untuk melakukan sesuatu perkara yang berdosa dan hina di sisi Ugama Islam.


>> Alangkah bodohnya dan zalimnya manusia, dia tak sabar menghadapi kesukaran dalam kehidupan, akhirnya terjerumus dengan perbuatan yang merugian orang ramai, mencuri, menipu di mana-mana sahaja.


>>Alangkah bodoh dan zalimnya manusia, dia tak sabar hadapi krisis yang melanda, akhirnya dia melakukan perbuatan yang buatkan Negara tercoreng dan terhina di hadapan dunia antarabangsa.


>>Alangkah bodoh dan zalimnya manusia, dia tak sabar hadapi mahalnya harga makanan akhirnya dia berhutang sana, berhutang sini. Tak mampu berjimat.


>>Bodoh dan zalimnya manusia, dia tak sabar hadapi dugaan hidup yang menimpa, akhirnya mati bunuh diri.


>>Alangkah bodoh dan zalimnya manusia, dia tak sabar hadapi kritikan orang hingga marah-marah di depan orang ramai, hancur harga diri dan rosak kehormatannya.


>>Bodoh dan zalim sekali manusia yang tak pandai mensyukuri nikmat yang Allah berikan padahal nikmatnya melimpah ruah dan kasih sayang yang tiada tandingan.



Ambillah ikhtibar daripada kisah di bawah:

Teguran Rasulullah Pada Abu Bakar r.a


Dikeluarkan oleh Ahmad dan At-Tabarani dari Abu Hurairah r.a. bahawa seorang lelaki telah mencerca Abu Bakar r.a. Ketika itu, Rasulullah SAW juga sedang duduk di sana. Baginda SAW tersenyum dan kehairanan melihatkan keadaan lelaki tersebut. ketika lelaki itu mula bersikap kurang ajar terhadap dirinya, Abu Bakar r.a. pun membalas beberapa kata lelaki tersebut.


Dengan yang demikian, Rasulullah SAW menjadi marah lalu bangun dan diikuti oleh Abu Bakar r.a.Abu Bakar berkata kepada Rasulullah SAW: “Lelaki itu bersikap kurang ajar terhadap diriku, oleh kerana itu aku membalasnya. Ketika aku mulai membalasnya, kamu meninggalkan kami di tempat itu”.


Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kamu tidak membalas kata-katanya, terdapat malaikat yang membalasnya untuk kamu. Walau bagaimanapun apabila kamu mulai membalas kata-kata kasarnya itu syaitan mula mengambil tempat dan duduk di antara kamu. Yang demikian itu aku tidak mau duduk bersama-sama dengan syaitan”.


Kemudian Rasulullah SAW bersabda lagi: “Ya Abu Bakar! Terdapat tiga perkara yang benar yaitu:


1) Apabila seorang hamba itu dizalimi dengan satu kezaliman, maka dia meninggalkan tempat itu semata-mata kerana Allah, Allah akan menguatkan dan membantunya.


2) Apabila seseorang itu membuka pintu kedermawanannya dan memberi hadiah, maka Allah akan menambahkan kekayaannya.


3) Apabila seseorang itu mula meminta-minta untuk menambahkan kekayaannya, maka Allah akan mengurangkan kekayaannya.



Graf Bilangan Pengunjung Yang Melawat Blog Ini

Terima Kasih Kepada Semua yang mengunjungi Blog Saya

Ads Google

Design by : Asfandi