Takut Kepada Allah

Allah berfirman:

"Wahai orang yang beriman, takutlah kepada Allah! Dan hendaklah (tiap-tiap) orang memperhatikan apa yang hendak diusahakan besok (hari kiamat). Takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan." (Q.S. Al-Hasyr:18)

"Tanda-tanda takut kepada Allah itu kelihatan dalam tujuh perkara" (Abul-Laits)

1. Pada Lisannya.
Dia menghindarkan daripada dusta, ghibah, menyebar fitnah, berbual kosong & bercakap banyak. Malah menyibukkan diri dengan zikir, membaca al-Qur'an & muzakarah ilmu.

2. Pada hatinya.
Dia membuang rasa permusuhan, kebodohan & kedengkian terhadap sahabatnya. Lantaran kedengkian dapat menghapuskan kebaikan.

"Hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu" (sabda nabi)

Ketahuilah bahawa hasad itu penyakit hati yang amat bahaya. Tidak ada ubat untuk penyakit hati selain daripada ilmu & amal.

3. Pada pandangannya.
Tidak suka memandang kepada makanan, minuman, pakaian atau hal-hal lain yang haram. Tidak pula terpikat pada dunia tetapi dia memandangnya dengan mengambil iktibar.

"Barangsiapa memenuhi matanya dengan perkara haram, maka Allah akan memenuhinya daripada api neraka pada hari kiamat" (sabda nabi)

4. Pada Perutnya.
Perutnya tidak diisi barang yang haram.

"Manakala sesuap daripada barang haram masuk ke perut seseorang, maka seluruh Malaikat di langit & di bumi melaknatinya selama sesuai @ seteguk barang itu berada di dalam perutnya. Jika dia mati dalam keadaan demikian, maka tempatnya di Neraka." (sabda nabi)

5. Pada kedua tangannya.
Dia tidak menggunakan untuk perkara yang haram tetapi menggunakannya untuk taat kepada Allah.

"Sesungguhnya Allah swt telah menciptakan bangunan daripada zabarjud hijau. Di dalamnya terdapat 70 ribu aula. Setiap aula terdapat 70 ribu pondok. Tidak boleh masuk ke situ, selain orang yang ditawarkan barang haram, namun dia menolaknya kerana takut kepada Allah." (sabda nabi)

6. Pada langkah (kakinya).
Dia tidak berjalan untuk maksiat, tetapi hanya melangkah untuk taat kepada Allah, mencari keredhaan-Nya serta untuk bergaul dengan para ulama, orang soleh" (sabda nabi)

7. Pada ketaatannya.
Dia menjadikan ketaatannya semata-mata untuk mencari keredhaan Allah. Takut kepada riak & munafik.

Barangsiapa melakukan 7 perkara tersebut, maka dia termasuk dalam kategori orang yang dikatakan oleh Allah swt.

" Sesungguhnya orang yang takwa dalam kebun-kebun dan air mata (Syurga)." (Q.S. Asy Syura:28)


Sumber:
Imam al-Ghazali (diterjemahkan oleh Mukashafah al-Qulub).

Comments