Perkongisan Pengalaman Bercuti 1



Assalamualaikum Semua...

Tergerak hati saya untuk kongsikan pengalaman ketika saya bercuti di Sabah pada Hari Raya Aidilfitri yang lalu. Salah satu tempat yang kunjungi adalah 'Tagal' Sungai Moroli, Kampung Luanti, Ranau, Sabah. Tempat 'Fish Massage'. Di sini ikan-ikannya sangat jinak. Jika kita masuk ke dalam sungai, ikan akan berduyun-duyun datang ke arah kita untuk memberikan urutan.

Info:
Dalam dialek bahasa tempatan Bangsa Kadazandusun, 'Tagal' bermaksud tidak mengail/menangkap/memancing ikan atau apa-apa sahaja aktiviti yang boleh menyebabkan ikan dikeluarkan dari sungai. Tujuan 'tagal' ini dilakukan adalah untuk memelihara ekosistem alam bagi generasi masa hadapan. Dengan adanya 'tagal' ini, aktiviti menangkap ikan terkawal, dan ikan-ikan dapat membiak dengan banyak di sekitar sungai tersebut(sebab tu ikan-ikan semua jinak kat sungai ni).


Lihat gambar saya kat bawah ni:


Baru sampai ke Sungai Moroli, Kampung Luanti.


Papan Tanda


Antara Peraturan-peraturan yang terdapat di sini.
Diharap kita dapat mematuhi peraturan yang telah ditetapkan agar segala aktiviti bejalan lancar, dan tidak merosakkan alam-sekitar.


Lihatlah bagaimana jinaknya ikan-ikan tersebut datang 'mengurut' kaki.


Ini pula saya. Saya ambil pakej rendam satu badan. Kena bayar RM10(15minit) je.


Macamana ada berani nak masuk ke dalam sungai sambil ditemani beratus ekor ikan kelah? Dan beberapa jenis ikan lain. Jangan risau, ikan-ikan ni takde gigi. Sebab tu dia tak dapat makan orang...



Di atas Jambatan Gantung Sungai Moroli.


Bagaimana? Teruja untuk melawat Sabah? Terdapat pelbagai lagi tempat-tempat menarik dan aktiviti-aktiviti menarik yang boleh kita lakukan di Sabah. Di samping kita berseronok, kita dapat melihat keindahan alam ciptaan Allah, dan kita juga dapat menghayati keunikan sesebuah tempat tersebut.

Bayaran Masuk

Bayaran Masuk

Umur

Bayaran

Penduduk Ranau (Malaysia)

Dewasa >18 yrs

RM 3.00

Kanak-kanak <18>

RM 1.00

Penduduk Luar (Malaysia)

Dewasa >18 yrs

RM 5.00

Kanak-kanak <18>

RM 2.00

Antarabangsa

Dewasa/Kanak-kanak

RM 10.00




Comments

  1. Ya. Sangat Jinak. Boleh pegang dan peluk ikan-ikan tu. Jomlah, cuti-cuti Malaysia.

    ReplyDelete

Post a Comment