SPECIAL OFFER!!!

Dapatkan Kata-Kata Hikmah Setiap Hari





Untuk mendapatkan Kata-Kata Hikmah dan info menarik ke email anda setiap hari, sila daftarkan email anda di bawah.


(Jangan lupa selepas masukkan email, buka email untuk mengesahkan pendaftaran)

Sila masukkan email anda:

Delivered by FeedBurner

Ads Google

Wednesday, March 31, 2010

Kebenaran Orang Melayu Yang Diselindungkan



Beribu-ribu tahun dahulu... Di Lembah Bujang, terdapat satu peradaban yang makmur. Kota-kota yang besar dan istana-istana yang mengagumkan. Di satu kawasan, terdapat kilang-kilang membuat peralatan logam;kilang melebur besi.


Mengapa Kita Hilang

Zaman berganti zaman,
Tahun berganti tahun,
Bulan berganti bulan.
Peperangan demi peperangan berlaku,
Hasad dengki, khianat,
kekejaman dan penipuan,
menghancurkan mereka.
Setelah punah, dibangunkan semula.
Peradaban yang musnah dibina pemerintah.
Perperangan berlaku lagi...
Hancur semuanya...
Bangkit semula membina empayar...
Perang Saudara pemula bencana...
Kedatangan bangsa Eropah yang haloba....
Menyebabkan kita dijajah...

Sekian lama terperuk dijajah,
Sedar bangun untuk membela bangsa,
Tegak berdiri untuk menegakkan ugama,
Bangkit kembali, Tentang penjajah...
Akhirnya Merdeka...
Negara dibina...
Peradaban wujud kembali.
Perlahan... Tapi pasti...

Nukilan: Asfandi


Zaman kini, apabila anak-anak Melayu membuka buku sejarah. Yang dilihat mereka adalah Hulubalang Melayu memegang tombak, Panglima Melayu menghunus keris, Gambar lukisan raja Melayu di atas gajah, dengan askar-askar Melayu menentang penjajah Portugis menggunakan tombak dan keris. Bertembokkan pancang-pancang kayu dan batang pisang. Gambar askar Melayu mati ditembak senjata musuh. Gambar rumah beratap rumbia musnah dibedil meriam. Gambar gabenor British bercekak pinggang dengan orang-orang Melayu berpakaian selekeh di satu sudut.

Dan pelbagai gambar orang-orang Melayu pasca-penjajahan yang berimejkan selekeh, miskin dan nampak kurang berpendidikan. Sejauh mana kah semua ini adalah benar?

Tidak ramai yang mengetahui realiti sebenar peperangan yang disertai orang-orang di Semenanjung mahupun di pulau-pulau Nusantara (Indonesia). Di dalam artikel ini akan didedahkan betapa antara orang-orang Melayu pada masa dahulu pandai mencipta meriam dan menggunakan senjata api.


'Musketeers' dan 'Gunners' Melayu



Terdapat satu filem lama tahun 80-an berlatar belakangkan zaman dahulu, mungkin sekitar abad ke 17. Keistimewaan filem ini ialah, ia memaparkan orang-orang Melayu dahulukala berperang menggunakan meriam-meriam kecil, dalam istilah Melayunya 'Lela Rentaka'.

Meriam-meriam ini boleh dikendong menggunakan tenaga dua orang, di bawa ke sana sini. Terdapat satu adegan di mana tentera-tentera bergegas membawa meriam-meriam ini ke medan perang melintasi sawah-sawah padi. Ada adegan tentera yang tumpas terkena bedilan. Aksi letupan yang begitu 'real' dan suasana selepas perang di mana mayat-mayat bergelimpangan di sawah padi dihurung lalat dengan darah bersemburan di sana sini. Filem ini begitu istimewa, berbanding filem-filem tipikal lain yang juga berlatarbelakangkan sejarah namun imej peperangan yang membosankan dan kurang tepat;asyik-asyik berperang menggunakan keris dan lembing. Penggunaan meriam yang meluas di dalam filem ini amat menarik dan sehingga kini saya masih teringatkan filem itu yang unik dan menimbulkan misteri kepada saya.

Semakin dewasa dan kelebihan menggunakan maklumat yang banyak di perpustakaan semasa melanjutkan pengajian ke luar negara membuatkan saya semakin tertanya-tanya;apakah peranan meriam di dalam budaya orang-orang Melayu dahulukala? Mengapa apabila saya membaca catatan-catatan para conquistador, pengembara Eropah, pedagang dan duta-duta asing, menyebutkan saiz kapal, penggunaan meriam dan kemewahan orang-orang Melayu sebelum era penjajahan? Mengapa apabila membaca buku-buku sejarah di sini, nadanya berlainan? Mengapa catatan pengembara Perancis berlainan sekali dengan catatan Stamford Raffles dan Leyden? Mengapa pandangan para cendekiawan Portugis seperti Eredia dan Pires berlainan dengan pandangan para gabenor dan imperialis Inggeris?

Apa yang ingin mereka sembunyikan dari kita??

Apabila orang Thai mengeluarkan filem-filem menceritakan sejarah Patani, mereka menggambarkan orang-orang Melayu Patani biasa menggunakan pistol dan senapang, apatah lagi meriam. Ini tidak kalah dengan filem-filem mereka yang menceritakan peperangan menentang tentera Burma. Mereka betul dari segi sejarah.

Mengapa saya kata begitu? Kerana apabila teknologi meriam semakin maju pada abad ke-14, seluruh dunia berlumba-lumba mendapatkan teknologi ini. Kerajaan-kerajaan Eropah, wilayah-wilayah bekas Empayar Abbasiah dan Turki uthmaniyyah, Emperium China dan kerajaan Ayutthia berusaha tidak ketinggalan dalam soal mengambil tahu atau memiliki meriam malah merekrut rakyat mereka mempelajari cara membuat meriam.

Jadi ADAKAH SULTAN-SULTAN MELAKA YANG MEMILIKI PELABUHAN PALING KAYA DI TIMUR MENJADI PEKAK, TULI, BUTA DAN BISU DENGAN PERKEMBANGAN INI?

Padahal raja-raja Melayu Brunei dan Sulu ketika itu sudah biasa bermain dengan pistol dan menjadi pengeluar meriam kecil terbaik dunia? Sebab itu Sepanyol gerun dan tidak mampu mencabut 'kemelayuan' mereka.

Adakah para pedagang yang tiba di pelabuhan Melaka semuanya berpakat untuk menyorokkan berita-berita tentang meriam, istinggar (musket) dan ubat bedil? Adalah amat tidak logik jika Sultan Melaka yang pernah menakluk sebahagian Sumatera dan tanah semenanjung malah mengalahkan tentera Siam menggunakan keris dan lembing sahaja. Tiada satu pun kerajaan yang boleh mengalahkan Melaka ketika itu KECUALI GABUNGAN TENTERA PORTUGIS, KERAJAAN-KERAJAAN KECIL DI SUMATERA DAN JAWA, ASKAR-ASKAR UPAHAN DARI GOA, JAWA DAN SIAM DITAMBAH DENGAN PEMBELOT DAN PENGKHIANAT DALAMAN DARI PARA PEDAGANG ASING DAN ORANG-ORANG MELAYU SENDIRI.

Hanya filem-filem dan drama pendekar di Malaysia sahaja menggambarkan pendekar Melayu berperang menggunakan keris dan lembing selepas bergaduh di warung berdinding buluh dan beratapkan rumbia. Sungguh memalukan.

Apabila orang luar membuat filem tentang Melayu, mereka menggambarkan pendekar Melayu menggunakan pistol, meriam dan senapang. Malah pendekar Melayu memakai baju kulit dan sesetengahnya memakai baju zirah;baju besi untuk mengelakkan serpihan peluru meriam melukai daging kulit. Dari mana mereka mengorek rahsia ini? Dari catatan-catatan sejarah mereka yang diluar kawalan Raffles, Winsted, Swettenham dan Leyden.

Malah semua senjata ini, yang diwar-warkan asing bagi bangsa Melayu, mempunyai istilah Melayunya sendiri:

*Cannon=Meriam,Lela
*Portable Cannon/swivel gun=Lela Rentaka
*Flintlock Musket=Istinggar
*Blunderbuss=Pemuras
*Pistol=Terakol

Mari kita lihat antara senjata-senjata 'terahsia' Melayu ini:


Pemuras



Pemuras adalah antara senjata yang gemar digunakan oleh orang-orang Melayu dahulukala. Dalam Perang Naning, catatan askar Inggeris menyatakan orang-orang Melayu amat pandai menggunakan Pemuras ini sehingga Inggeris terpaksa menghantar beberapa kali pasukan tenteranya menentang Dol Said dan Perang Naning juga berlaku dalam beberapa siri. Orang-orang Melayu Borneo khususnya orang Brunei dan Sulu adalah mereka yang selalu menggunakan Pemuras. Pemuras atau dalam bahasa Inggeris, blunderbuss adalah sejenis alat bedil muat hadapan dengan laras berkaliber pendek, besar,yang mempunyai muncung peledak hadapan yang berbentuk kembang (funnel-shaped muzzle ). Pemuras ini menggunakan peluru timah hitam (lead).

Ia digunakan untuk menembak dalam jarak dekat dan selalu digunakan oleh pasukan berkuda (Dragoons). Perkataan Dragoon ini berasal dari penggunaan Pemuras yang telah dimajukan bentuknya, menjadi lebih kecil, seperti pistol.



Orang-orang Melayu memanggilnya sebagai Terakol atau Tarkul. Dragoon atau Terakol inilah asal-usul pistol pada hari ini. Pemuras juga adalah senapang atau bedil yang pertama sekali dicipta untuk tujuan pertahanan. Dalam masyarakat Melayu, senjata Pemuras dan Tarkul adalah agak popular berbanding di dunia barat. Penggunaan Pemuras adalah lebih kerap digambarkan di dalam peristiwa perang Melayu berbanding istinggar atau Flintlock Musket. Mengapa?



Ini kerana pada masa dahulu orang Melayu adalah pelaut dan pengembara yang gigih. Penggunaan blunderbuss ini adalah amat popular dikalangan pelaut, lanun dan pedagang. Ini kerana ia sesuai untu pertempuran secara pantas dan berdepan kerana ia mampu mencederakan beberapa orang musuh dengan hanya satu tembakan dari jarak dekat.

Pemuras biasanya amat pendek, dengan laras kurang dari 60 cm (dua kaki), pada ketika laras senapang lantak biasanya melebihi 90 cm (tiga kaki) panjang. Satu sumber menggambarkan senjata dari awal hingga pertengahan abad ke-17, menyenaraikan panjang laras Terakul kancing roda (wheel lock) sekitar 28 cm (sebelas inci), berbanding 41 cm (enam belas inci) panjang bagi Pemuras.



*Betapa segaknya panglima Melayu menyandang Pemuras berkilat seperti ini.


Dalam budaya masyarakat Melayu, Kesultanan Brunei adalah diantara salah sebuah Kerajaan Melayu yang menggunakan Pemuras sebagai salah sebuah alat kebesaran kerajaan atau regalia. Ia menjadi lambang kebesaran Brunei dengan panggilannya yang tersohor 'Pemuras dan Karga'. Karga ialah bekas menyimpan peluru pemuras yang dibuat cantik dan berseni.

Pemuras sering dihiasi dengan ukiran yang amat halus dan cantik. Ada juga Pemuras yang dibuat daripada logam berharga seperti Emas dan Perak serta ditatahkan dengan intan permata. Di dunia barat penggunaan Pemuras adalah lebih kerap digunakan oleh pasukan berkuda kerana ia mudah digunakan terutama ketika mengisi peluru.

Jika Soviet meletakkan lambang Avtomat Kalashnikova (AK-47) di duit syililing mereka, Mozambique meletakkannya di bendera mereka, bayangkan, kerajaan Melayu seperti Brunei ini meletakkan blunderbuss atau Pemuras ini sebagai lambang kerajaan.


Terakol




Terakol atau Tarkul adalah antara senjata popular dikalangan pelaut, pedagang dan lanun-lanun Melayu. Tarkul pada awalnya menggunakan teknologi 'wheel lock' (kancing roda) di mana kemajuan teknologi ini membolehkan ia membakar serbuk bedil secara automatik tanpa memerlukan 'fius'. Terakol berbentuk seperti pistol dan ia adalah perubahan bentuk dari Pemuras yang dikecilkan. Terakol digunakan di dalam peperangan Rajah, Datu dan Sultan-sultan di Filipina melawan Sepanyol, juga askar Brunei menentang Rajah Brooke.

Terakol juga digunakan di Patani dan Melaka. Dalam Perang Naning juga senjata ini digunakan. Sekitar tahun 1530, Terakol telah menjadi maju dengan penggunaan teknologi flintlock (kancing batu api) dan sejak itu ia lebih dikenali sebagai pistol di Barat.



*Dalam filem Pirates of Caribbean,Jack Sparrow menggunakan Terakol jenis kancing batu api (flintlock)


Ketua Lanun, Laksamana dan Syahbandar Melayu sering bergaya menyelitkan Terakol ini di pinggang bersama-sama keris mereka.


Istinggar




Istinggar (Bahasa Inggeris:musket) pada awalnya ialah sejenis senjata api jenis berat dengan penggunaan fius atau wheel lock. Kemudian ia menjadi sejenis senapang yang menggunakan teknologi flintlock (kancing batu api).Penggunaan flintlock ini meningkatkan kadar tembakan dan mengurangkan kos pembuatan senjata api. Mula diperkenalkan pada 1630 sebagai flintlock musket,istinggar dengan pantas menggantikan teknologi picu senjata api lebih awal, seperti mekanisme kancing sumbu (matchlock) dan kancing roda (wheel lock).

Istinggar juga kerap disebut di dalam hikayat-hikayat lama seperti Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan juga Hikayat Megat Terawis. Dalam Hikayat Megat Terawis, dikatakan bahawa Megat telah berjaya membunuh seorang hulubalang yang kebal dan hebat bernama Tun Saban. Tun Saban dikatakan sebagai seorang yang tidak lut kepada segala jenis senjata kecuali istinggar yang dibuat khas pelurunya. Istinggar yang digunakan untuk membunuh Tun Saban dikatakan adalah hadiah daripada ulama dari Hadra-maut kepada raja Pagar Ruyung.

Istinggar inilah yang dikumpulkan terlalu banyak di dalam kota Melaka oleh tentera-tentera Portugis. Istinggar juga digunakan oleh tentera Johor-Riau terutama ketika membantu Belanda menyerang Portugis. Istinggar juga digunakan oleh penduduk di Perak ketika menyerang Belanda yang membina loji-loji di Sungai Perak.


Lela Rentaka



Rentaka, adalah sejenis meriam mudah alih, ringan dan kecil dari meriam biasa. Dalam Bahasa Inggeris, ia disebut Lantakas (gabungan Lela dan Rentaka). Rentaka adalah senjata khas orang Melayu, kerana mereka sendiri yang menciptanya, sebab itu orang Inggeris menyebutnya dengan Lantakas. Ini adalah sesuatu yang menarik kerana Rentaka adalah setanding dengan keris dan ia adalah senjata Melayu yang terkenal di dunia Barat. Rentaka inilah yang terdapat di dalam filem tahun 80-an itu.

Kebiasaannya rentaka dibuat menggunakan tembaga atau besi dan berukuran diantara 50cm hinggalah 2 meter. Bagi yang berukuran lebih daripada 1 meter kebiasaannya ia di panggil Lela dan ada yang dipanggil sebagai ekor Lotong kerana mempunyai pelaras yang panjang dan lentik seperti ekor Lotong. Bangsa penjajah pertama yang merasa penangan rentaka ialah Sepanyol. Mereka menggelarnya sebagai arquebuses, portable cannons or swivel gun yakni meriam mudah alih. Berbanding dengan meriam biasa, rentaka kebiasaanya mempunyai hiasan yang lebih terperinci dan cantik seperti ukiran awan larat, naga, buaya, cicak, ikan lelumba malahan turut diukirkan corak pucuk rebung.



Apa yang unik mengenai senjata ini ialah ianya adalah sebuah meriam mudah alih yang pertama didunia. Rentaka mempunyai mekanisme yang membolehkan ianya dipusing-pusingkan ke atas dan ke bawah serta boleh dipikul dan dipacakkan di kota, tanah atau belebas kapal dan perahu. Hal ini amat berbeza dengan meriam barat yang sedia di ketahui adalah amat berat dan tidak mudah dialihkan. Ciri mudah alih Rentaka juga menyebabkan bidikannya lebih mudah untuk kena pada sasaran.

Pahlawan Moro adalah diantara pahlawan rumpun Melayu yang dikatakan sebagai pembuat rentaka yang terbaik . Orang Moro telah menggunakan rentaka sebagai senjata api utama ketika diserang oleh Sepanyol dan ketika mereka menyerang kapal-kapal Sepanyol. Tentera Sepanyol dikatakan amat takut dengan senjata tersebut kerana diantara banyak-banyak senjata, rentaka adalah salah satu senjata yang menyebabkan kematian dan kerugian terbesar bagi pihak mereka. Selain daripada orang Moro, Kerajaan Brunei juga dikenali umum di kalangan para pedagang dan penjajah sebagai pengeluar rentaka terbanyak dan terbaik di Alam Melayu. kebanyakan daripada rentaka yang ada di Muzium di seluruh dunia sekarang ini adalah berasal dari Brunei kalau tidak Filipina. Di Semenanjung, Jawa dan Sumatera, penggunaan rentaka adalah kurang terutama setelah kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka.

Kehebatan senjata api buatan bangsa Melayu ini menjadi buah mulut dan kekaguman para penjajah barat seperti Portugis, Sepanyol dan Belanda sehinggakan mereka telah meniru teknologi pembuatan rentaka bagi melengkapkan persenjataan mereka. Sehingga abad ke 18 dikatakan penghasilan rentaka di Alam Melayu semakin berkurangan malahan negara yang mengeluarkan rentaka terbaik dan terbanyak adalah negara Belanda.


Meriam/Lela


*Meriam Seri Patani yang diletakkan dihadapan bangunan Kementerian Pertahanan Thailand

Meriam mempunyai sejarah yang panjang, terahsia dan digelapkan dalam sejarah Melayu. Meriam digunakan di tembok-tembok kota Melaka. Meriam digunakan di semasa peperangan melawan penjajah di Selangor. Meriam digunakan di Pasir Salak. Meriam digunakan di Singgora melawan Thai dan Inggeris dan Belanda. Meriam adalah cukup sinonim dengan seni peperangan Melayu. Jika Brunei dan Sulu terkenal mengeluarkan Rentaka (meriam mudah alih) terbaik, maka Patani pula adalah pengeluar meriam paling terbaik di Asia Tenggara suatu ketika dahulu.

Sebelum kemunculan meriam, pada awalnya teknologi artileri atau bedilan ini diperkenalkan oleh orang-orang Cina. Kemudian meriam diperkenalkan oleh Empayar Turki Uthmaniyyah, yang juga merupakan pembuat meriam yang menggerunkan seluruh Eropah ketika itu. Kemudian pedagang Belanda pula memperkenalkannya.

Meriam yang paling terkenal dalam masyarakat Melayu ialah Seri Nagara, Seri Patani dan Mahalela. Dan meriam Seri Nagara dan Seri Patani ini adalah meriam yang terbesar di Asia Tenggara! Menariknya bukan orang lain yang membuat dan memilikinya, tetapi orang Melayu juga!

Meriam-meriam ini adalah milik Kerajaan Patani. Sebagai tindak balas berikutan khabar angin akan serangan Siam ke atas Patani, Raja Kerajaan Melayu Pattani pada waktu itu iaitu Raja Biru (1616-1624) telah menugaskan seorang lelaki Cina-Islam yang bernama Tok Kayan (Lim To Khiam) untuk mengetuai pembinaan meriam-meriam kerajaan. Tiga buah meriam telah dibina iaitu Sri Patani, Sri Nagara dan Mahalela. Sri Patani dan Sri Nagara mempunyai saiz yang sama manakala Mahalela pula lebih kecil iaitu hanya sepanjang 5 hasta 1 jengkal. Meriam-meriam ini telah berjaya menyekat empat kali serangan Siam ke atas Patani iaitu pada tahun 1603, 1632, 1634 dan 1638.

Selepas kejatuhan Ayutthaya pada 1767, kerajaan Patani di bawah pemerintahan Sultan Muhammad (1776-1786) telah cuba untuk membebaskan diri daripada ancaman Thai (yang telah mengalahkan kerajaan Ayutthaya). Bagaimanapun, pada 1785 pasukan tentera Thai di bawah kepimpinanan Panglima Phraya Kalahum telah berjaya menewaskan Patani. Dua buah meriam besar iaitu Sri Patani dan Sri Nagara telah diambil sebagai rampasan perang, bagaimanapun Sri Nagara telah jatuh ke dalam laut di Kuala Patani semasa hendak dipindahkan ke dalam kapal. Meriam Mahalela pula telah hilang tanpa dapat dikesan.

Pada 1787, Raja Rama I telah mengarahkan pembinaan meriam yang sama saiz dengan Sri Patani yang dinamakan sebagai Narai Sanghan untuk diletakkan bergandingan dengan Seri Patani yang telah di tawan. Jika anda melihat kepada gambar meriam seri Patani di atas, bolehkah anda bayangkan kekuatan meriam tersebut ketika ia membedil kapal-kapal perang Thai. Menurut Hikayat Patani tiga buah meriam kerajaan Pattani ini telah berjaya mengaramkan banyak kapal Thai ketika Kerajaan Thai menyerang Pattani. Anda boleh membayangkan suasana meriam-meriam ini digunakan dan peperangan tersebut dengan menonton filem Queen of Langkasuka.



Meriam-meriam Melayu boleh dilihat juga di Kota Melawati dan Pasir Salak pada hari ini.

Setelah mengetahui fakta sejarah yang digelapkan dari pengetahuan kita ini, adakah kita masih berfikir nenek moyang kita berperang menggunakan sumpit, lembing dan keris? Jika nenek moyang kita berperang dengan senjata-senjata itu sahaja, alamat kita sekarang bukanlah duduk di Malaysia, tetapi di sebuah negeri Inggeris lain, seperti Australia. Sebab orang-orang Melayu mempunyai senjata-senjata beginilah mereka mampu mempertahankan takhta raja-raja mereka dan sedikit sebanyak mengawal tindak tanduk penjajah yang ganas dan tamak. Bayangkan betapa gigih nenek moyang kita dahulu memikul rentaka, membawa Pemuras di samping parang dan keris, menentang ketamakan dan kebuasan penjajah. Jika nenek moyang kita dahulu lembik tidak berjuang mempertahankan tanah air, mungkin hari ini kita akan menjadi seperti Red Indian atau aborigine Australia. Inggeris walaupun buas dan kejam, namun masih menjaga 'standard' mereka cuba menghormati perjuangan orang-orang Melayu mempertahankan warisan. Mereka cuba mengawal alter amuk para musketeers (ahli senjata api) dan gunners (ahli meriam) Melayu dengan cuba meletakkan para residen mereka terlebih dahulu di setiap negeri Melayu. Apa salahnya Inggeris membawa balatenteranya meranapkan takhta-takhta raja-raja Melayu ini terus atau menghalau mereka sepertimana mereka menumbangkan raja-raja Tamil, Hindi dan Maharaja Moghul di India. Sultan Abdullah memang dibuang ke Pulau Seychelles, namun yang peliknya Inggeris berusaha mengadakan raja baru di Perak dengan membiarkan institusi beraja Perak menabalkan pengganti Sultan Abdullah. Pelikkan? Apa salahnya Inggeris melantik sahaja Hugh Low menjadi 'Rajah Perak' sebagaimana James Brooke menjadi Rajah Sarawak. Biar warisan raja-raja Perak hancur sebagaimana mereka berjaya menghancurkan dinasti raja China dan India. Tetapi ini tidak berlaku. Bukan sahaja orang Melayu, malah 'Mat Salleh' pun berdegil 'mempertahankan' takhta raja-raja Melayu. Lucu dan aneh. Sebenarnya jika kita bersemangat mempertahankan warisan budaya kita sendiri, orang lain pun akan segan dan hormat pada kita. Seperti juga hari ini, jika kita acuh tak acuh dengan warisan kita sendiri, sebagai contoh Tulisan Jawi, Cina Komunis pun tidak segan silu mahu membuang tulisan Jawi dari papan-papan tanda jalan. Jika kita sendiri tidak berusaha mengambil berat diri kita sendiri, siapa lagi hendak diharapkan menjaga segala warisan dan identiti bahkan pegangan agama kita sendiri? Orang asing?

Sebagai kesimpulannya, dengan pendedahan ini yakinlah kita bahawa orang Melayu adalah bukanlah bangsa yang lemah dan hanya mengenal keris dan tombak sahaja malah pandai menggunakan meriam dan membuatnya juga! Orang Melayu juga biasa menggunakan musket (Istinggar) dan pistol (Terakol).

Jadi fikirkan, adakah Inggeris dan Belanda takutkan orang-orang Nusantara yang menentang mereka menggunakan sumpit, lembing dan keris (kesampingkan ilmu mistik, kita bercakap soal realiti)? Tidak sama sekali. Para musketeers dan gunners Melayu inilah antara 'penggerun' mereka dan membuatkan Inggeris berfikir 10 kali untuk menghapuskan raja-raja Melayu, mengkristiankan seluruh orang Melayu dengan paksaan dan menjadikan Tanah Melayu seperti Amerika dan Australia.

Alangkah bagusnya kalau dalam buku-buku sejarah terdapat gambar ini. Betapa megahnya hulubalang Melayu menyangkutkan blunderbassnya (Pemuras) di bahu.





Dalam legenda Melayu, berkaitan ilmu mistik dalam kategori ilmu kebal, antara pantang orang yang mengamalkan ilmu kebal ialah peluru emas. Dan ini adalah benar, dan askar Belanda menggunakan peluru emas untuk menundukkan pahlawan-pahlawan Melayu di Sumatera dan Jawa. Malah Mat Kilau juga dikatakan dikhianati orangnya sendiri berkenaan rahsia ini. Jadi fikirkan, dalam amalan mistik Melayu itu sendiri menyebutkan perihal peluru emas, masakan orang Melayu ketika itu masih terkebil-kebil memegang lembing berhadapan dengan askar Portugis yang bersenjatakan matchlock musket, blunderbuss dan cannon?

Tuesday, March 30, 2010

Muat Turun

Sila pilih file yang ingin di muat turun:

Khasiat Alam
1> Tumbuhan Sebagai Ubat-Ubatan (File Pdf - size 163kb) (05.01.2010)


Petua Kesihatan
1> Petua Orang Kampung (File Pdf - size 179kb) (12.02.2010)


Ebook Islam
1> Kumpulan Doa Dalam Al-Quran dan Sunnah (File Pdf - size 1.31Mb) (30.03.2010 Baru!!!)
1> Hadis 40 (File Pdf - size 375kb) (30.03.2010 Baru!!!)


Anda perlu mempunyai software Adobe Reader untuk membolehkan anda membuka file ini.

Monday, March 29, 2010

Sehari 3 Kata (2010-03-29)

1 >Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman...

2 >Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu.

3 >Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan engkau akan mencapai yang tertinggi.

Sunday, March 28, 2010

Sehari 3 Kata (2010-03-28)

1 >Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa.

2 >Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup.

3 >Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa);
Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.

Saturday, March 27, 2010

Sehari 3 Kata (2010-03-27)

1 >Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.

2 >Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

3 >Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi.

Friday, March 26, 2010

Sehari 3 Kata (2010-03-26)

1 >Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

2 >Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.

3 >Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.

Thursday, March 25, 2010

Sehari 3 Kata (2010-03-25)

1 >Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

2 >Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

3 >Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.

Wednesday, March 24, 2010

Sehari 3 kata (2010-03-24)

1 >Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

2 >Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

3 >Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

Sunday, March 21, 2010

Sehari 3 kata (2010-03-21)

1 >Orang yang bertanya kerana tidak tahu adalah orang yang bodoh buat sementara waktu, tetapi orang yang enggan bertanya setelah ia sedar yang ia tidak tahu adalah orang yang bodoh buat selama-lamanya.

2 >Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu, tapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak bagai sutera.

3 >Penyesalan seseorang yang berdiam diri kerana tidak mengeluarkan sepatah perkataan pun, mungkin tidak sehebat penyesalan seorang yang telah terlanjur perkataan.

Saturday, March 20, 2010

Sehari 3 kata (2010-03-20)

1 >Apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah.

2 >Kasihanilah musuhmu, Berbuat baiklah pada orang yang membenci kamu, Mintaklah berkat bagi orang yang mengutuk kamu, Berdoalah untuk orang yang mencaci kamu.

3 >belajar tanpa berfikir tidak ada gunanya, berfikir tanpa belajar adalah berbahaya.

Friday, March 19, 2010

Sehari 3 Kata (2010-03-19)

1 >Perbezaan antara mereka yang berjaya dengan yang lain bukanlah kerana kekurangan kekuatan atau ilmu, tetapi lebih kepada kekurangan kesungguhan dan kemahuan.

2 >Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain,janganlah hidup seperti duri dan menyakiti orang lain.

3 >Carilah kesempatan dalam apa jua perkara demi keharmonian dan kesejahteraan hidup kita, yang entah bila berakhirnya. Tiada siapa tahu...... .

Sentiasalah Bersyukur...

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

Thursday, March 18, 2010

Sehari 3 Kata (2010-03-18)

1 >Ingatlah, kita tidak akan menjadi miskin atau susah hanya kerana kita berkongsi sedikit daripada harta kita dengan orang lain.

2 >Tidak kira betapa kecil atau besar sumbangan yang boleh kita berikan, yang penting kita berusaha sebaik mungkin dengan keupayaan yang ada pada diri kita.

3 >Janganlah kita mudah lupa diri apabila mendengar puji-pujian sebab tidak semua puji-pujian itu dapat memberi kebaikan kepada kita.

Wednesday, March 17, 2010

Filem : Ayat-Ayat Cinta



Sinopsis Cerita:

Filem ini adalah adaptasi daripada Novel "Ayat-Ayat Cinta" Karangan Habiburrahman El-Shirazy.

Ayat-Ayat Cinta adalah sebuah kisah cinta berteraskan Islam yang amat indah sekali. Filem ini mengisahkan tentang seorang pemuda Islam Indonesia yang mengalami pelbagai kesusahan dan ujian-ujian dalam menegakkan kebenaran Islam.

Fahri bin Abdillah adalah seorang pemuda yang miskin, tetapi dia berjaya amat bijak dan pandai sehingga berjaya mendapat tajaan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat Ijazah di Universiti Al-Azhar, Mesir. Fahri merupakan seorang yang amat berdisiplin dalam tugasan harian dan pelajarannya. Setiap yang dilakukan mempunyai matlamat yang nyata dan dia akan berusaha dalam mencapai tujuan tersebut dengan bersungguh-sungguh.

Cuma satu sahaja matlamat yang belum lagi dilaksanakan oleh Fahri; Bernikah.

Fahri amat berpegang teguh dengan ugamanya dan tidak percaya akan hubungan bercinta/berpasangan sebelum berkahwin. Dia seorang pemalu ketika berada dalam kalangan gadis-gadis. Seumur hidupnya, hanya ada dua orang wanita sahaja yang rapat dengannya. Ibunya dan Neneknya.

Kehidupannya di Mesir berubah selepas dia mengenali 4 orang gadis di Mesir, yang mana setiap mereka mempunyai keperibadian yang berbeza.

Di dalam cerita ini, anda akan saksikan keteguhan hati Fahri, demi cintanya kepada Allah, Isteri dan Keluarganya.


Untuk muat turun Filem :

File dari Rapidshare:

bahagian 1.
http://rapidshare.com/files/93604478/aac01.avi.001
http://rapidshare.com/files/93606484/aac01.avi.002
http://rapidshare.com/files/93609386/aac01.avi.003
http://rapidshare.com/files/93616685/aac01.avi.004
http://rapidshare.com/files/93621963/aac01.avi.005

bahagian 2.
http://rapidshare.com/files/93626397/aac02.avi.001
http://rapidshare.com/files/93629973/aac02.avi.002
http://rapidshare.com/files/93633351/aac02.avi.003
http://rapidshare.com/files/93636031/aac02.avi.004
http://rapidshare.com/files/93640990/aac02.avi.005

bahagian 3.
http://rapidshare.com/files/93647390/aac03.avi.001
http://rapidshare.com/files/93650738/aac03.avi.002


Perisian HJSplit diperlukan untuk menggabungkan semua File pada setiap bahagian.
Sila click sini untuk dapatkan perisian yang diperlukan.

Untuk muat turun Novel(bahasa Indonesia), click pada Novel di bawah:


Ebook Novel Ayat-Ayat Cinta

Sehari 3 Kata (2010-03-17)

1 >Barang siapa yang menjadikan dirinya pemimpin maka hendaklah ia mulai memimpin dirinya sebelum ia memimpin orang lain.

2 >Kalau kamu melihat seseorang berbudi luhur, berusahalah menyamai kebaikannya dan kalau kamu bertemu dengan seorang berbudi rendah, periksalah dirimu sendiri.

3 >Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus.

Muat Turun Perisian

Sila pilih Perisian yang ingin di muat turun:

Perisian Percuma
1> Winrar 3.0 (File size 883kb) (17.03.2010)

2> HJSplit 2.4 (File size 337kb) (17.03.2010)

Tuesday, March 16, 2010

Sehari 3 Kata (2010-03-16)

1 >Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak.

2 >Perancangan yang teliti memainkan peranan yang penting dalam hidup manusia, jika anda mempunyai matlamat atau tujuan hidup jelas, anda harus merancangnya dengan teliti agar dapat menuju kearah sasaran dengan tepat.

3 >Angan-angan, harapan, keinginan, kehendak dan cita-cita dapat diubah sehingga menjadi kenyataan, setelah melalui pengalaman pahit dan kegagalan dan tetap bertekad untuk berjalan terus maju terus tanpa mengenal lelah dan putus asa sekalipun orang lain sudah menghalangnya.

Monday, March 15, 2010

Sehari 3 Kata (2010-03-15)

1 >Fikirkanlah dosa dan pahala...lalu laksanakanlah yang berpahala dan tinggalkan yang berdosa.

2 >Janganlah mudah kita melemparkan kata-kata nista kepada orang lain sebab mungkin orang yang dinista itu lebih baik daripada kita. Orang yang baik juga sentiasa menjaga lidahnya daripada menyakiti hati orang lain.

3 >Janganlah kita bersikap sombong dan bermegah-megah dengan kelebihan yang ada pada diri kita. Orang yang sombong selalunya akan dibenci.

Orang Melayu Pun Boleh Jadi Billionaire

Melayu Boleh Jadi Billionaire Syed Mokhtar Al-Bukhary

Melayu Boleh Jadi Billionaire Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Pada tahun 2009 seorang Anak Melayu telah di anugerahkan dengan gelaran Tokoh Melayu Terbilang 2009, satu anugerah yang tinggi diberikan kepada individu yang memberi khidmat bakti kepada agama, bangsa dan negara.

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary adalah penerimanya pada tahun ini. Beliau merupakan usahawan koporat yang berjaya meletakkan nama bangsa Melayu sebaris dengan pelopor ekonomi bangsa lain.

Namun dengan kekayaan dan kemewahan yang dimiliki sedikit pun beliau tidak merasa tinggi diri malah mudah untuk di ajak bicara dengan apa topik sekali pun tidak mengira pangkat dan darjat.

Anak Melayu kelahiran Negeri Jelapang padi ini bermula dengan tiada apa-apa. Datang dari keluarga yang serba sederhana, namun berkat semangat dan usaha tidak mengenal erti kegagalan beliau setapak demi setapak berjaya mematangkan diri dan melangkah terus kehadapan menuju puncak kegemilangan.

Anak kepada pasangan Syed Nor Albukhary dan Sharifah Rokiah Syed Mohamed Rahmat dilahirkan pada 1951.
Beliau hanya berbekalkan SPM dan tidak pernah masuk ke Universiti. Tetapi sedikit sebanyak, pengalamannya menolong keluarga dengan berniaga di kampung akhirnya menjadikan beliau seorang usahawan koperat yang disegani.




Nama beliau bukan sahaja terpahat di Malaysia namun turut tersenarai dalam ratusan individu terkaya di dunia.

Beliau sememangnya seorang yang pemurah dan amat perihatin terhadap masyarakat sekeliling. Beliau menubuhkan Yayasan Albukhary yang membantu golongan miskin. Menyediakan Biasiswa Albukhary kepada pelajar pintar yang tidak berkemampuan dalam dan luar negara. Mewujudkan Muzium Kesenian Islam, membaik pulih serta membina berpuluh masjid di seluruh negara.

Sedikit Profil Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhairy :

A. PENGENALAN

Nama : Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary
Tarikh Lahir : 1951
Tempat Lahir : Alor Setar, Kedah
Nama Isteri : Puan Sri Sharifah Zarah Albukhary
Bil. Anak : 4 orang (dua lelaki, dua perempuan)
Pendidikan : Sekolah Saint Michael, Alor Setar
Nama bapa : Syed Nor Albukhary
Nama ibu : Sharifah Rokiah Syed Mohamed Rahmat

B. PENGLIBATAN AWAL PERNIAGAAN

1971 : Perniagaan daging di Alor Setar
1972 : Perniagaan Pengangkutan Lori (Syarikat Pengangkutan Sentosa)
1974 : Membeli rumah kedai pertamanya, di Jalan Telok Wan Jah, Alor Setar
1975 : Menubuhkan Syarikat Shah
1976 : Syarikat usahasama, Bukhary Sdn. Bhd, Jalan Telok Wan Jah, Alor Setar
1977 : Bukhary (KL) Sdn. Bhd., Jalan Pahang, Kuala Lumpur
1978 : Menyertai delegasi Pernas ke Pesta Perdagangan Canton, China
1979 : Syarikat Susu Mas Sdn. Bhd.
: Amtek Holdings
: Amtek Shoes
: Amteks Garment Sdn.Bhd.
: Oriental Garments Uniform Division
: Bukhari Shipping
: Bukhary Development

C. SYARIKAT BERKEPENTINGAN

1. Malaysia Mining Corporation (MMC)

1. Pelabuhan Tanjung Pelepas
2. Johor Port
3. SMART (Stormwater Management and Road Tunnel)
4. Lapangan Terbang Senai
5. Malakoff Corporation
6. Gas Malaysia
7. MMC Oil & Gas Sdn Bhd
8. Tepat Teknik
9. Recycle Energy
10. Aliran Ihsan Resources
11. Zelan Construction
12. IJM
13. MMC-Gamuda (JV)
14. Intergrated Rubber Corporation
15. Kramat Tin Dredging
16. MMC – Saudi Binladin Group – Jazan Economic City
17. 1,030,000 m3/day Shuaibah independent water and power plant – Arab Saudi
18. 200,000 m3/day water desalination plant – Algeria
19. Central Electricity Generation Company – Jordan
20. Dhofar Power Company - Oman

2. DRB-Hicom Berhad

1. Alam Flora Sdn. Bhd.
2. Automotive Corporation (Malaysia) Sdn. Bhd.
3. Continental Automotive Instruments Malaysia Sdn. Bhd.
4. DRB-HICOM Information Technologies Sdn. Bhd.
5. EON Bank Berhad
6. Edaran Modenas Sdn. Bhd.
7. Edaran Otomobil Nasional Berhad
8. Glenmarie Cove Development Sdn. Bhd
9. Glenmarie Golf & Country Club
10. HICOM Communications Sdn. Bhd.
11. HICOM Diecastings Sdn. Bhd.
12. HICOM Engineering Sdn. Bhd.
13. HICOM Network Services Sdn. Bhd.
14. HICOM Properties Sdn Bhd
15. HICOM Teleservices Sdn. Bhd.
16. HICOM United Leasing Sdn Bhd
17. HICOM-Chevrolet Sdn. Bhd.
18. HICOM-Gamuda Development Sdn. Bhd.
19. HICOM-Teck See Manufacturing Malaysia Sdn. Bhd.
20. Holiday Inn Glenmarie Kuala Lumpur
21. Honda Malaysia Sdn. Bhd.
22. Horsedale Development Berhad
23. Imatex Sdn Bhd
24. Isuzu Malaysia Sdn Bhd
25. KL Airport Services Sdn. Bhd.
26. Kenyir Lakeview Resort
27. Kenyir Splendour Berhad
28. Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd.
29. Proton City Development Corporation Sdn. Bhd.
30. Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer Sdn. Bhd.
31. Rebak Island Marina Berhad
32. Rebak Marina Resort
33. Scott & English (Malaysia) Sdn. Bhd.
34. Scott & English (Malaysia) Sdn. Bhd.
35. Scott & English Electronics Sdn. Bhd.
36. Suzuki Malaysia Automobile Sdn. Bhd.
37. Suzuki Motorcycle Malaysia Sdn. Bhd.
38. USF-HICOM (Malaysia) Sdn. Bhd.
39. Uni.Asia General Insurance Berhad
40. Uni.Asia Life Assurance Berhad

Sunday, March 14, 2010

Sehari 3 Kata (2010-03-14)

1 >Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.

2 >Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan & kegagalan sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain.

3 >Setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan satu matlamat di dalam minda & menguatkannya dari hari ke hari.

Saturday, March 13, 2010

Sehari 3 Kata (2010-03-13)

1 >Anak lelaki tetap menjadi anak lelaki sehinggalah beliau beristeri. Anak perempuan kekal menjadi anak perempuan seumur hidupnya.

2 >Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yang mempunyai peluang untuk menjadi pandai.

3 >Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya.

Friday, March 12, 2010

Sehari 3 Kata (2010-03-12)

1 >Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.

2 >Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka anda sebenarnya tidak pernah membuat kebaikan.

3 >Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar.

Thursday, March 11, 2010

Lagu: Seroja - Mawi

LAGU SEROJA - MAWI


Sila Click Play untuk mendengar lagu ini.
SEROJA - MAWI





Click sini untuk Download


Mawi - Seroja

Mari menyusun seroja bunga seroja
Hiasan sanggul remaja puteri remaja
Rupa yang elok dimanja jangan dimanja
Pujalah ia oh saja sekadar saja

Mengapa kau bermenung oh adik berhati bingung
Mengapa kau bermenung oh adik berhati bingung
Janganlah engkau percaya dengan asmara
Janganlah engkau percaya dengan asmara

Sekarang bukan bermenung zaman termenung
Sekarang bukan bermenung zaman termenung
Mari bersama oh adik memetik bunga
Mari bersama oh adik memetik bunga

Mari menyusun seroja bunga seroja
Hiasan sanggul remaja putri remaja
Rupa yang elok dimanja jangan dimanja
Pujalah ia oh saja sekadar saja

Mengapa kau bermenung oh adik berhati bingung
Mengapa kau bermenung oh adik berhati bingung
Janganlah engkau percaya dengan asmara
Janganlah engkau percaya dengan asmara

Sekarang bukan bermenung zaman termenung
Sekarang bukan bermenung zaman termenung
Mari bersama oh adik memetik bunga
Mari bersama oh adik memetik bunga

Mari menyusun seroja bunga seroja
Pujalah ia oh saja sekadar saja

Lagu Yang Bermakna

Assalamualaikum...

Selepas posting Lagu Warisan-Anak Kecil Bermain Api, hati saya terdetik, betapa lagu boleh memainkan peranan dalam menaikkan motivasi dan semangat seseorang. Daripada penelitian saya, Irama dan Lirik itu jika disatukan dengan indah akan dapat meresap ke sanubari setiap insan.

Saya ingin mengambil satu contoh iaitu Lagu Seroja.
Mesej yang disampaikan melalui lagu Seroja , nyanyian asal S.Effendi dan kini dipopularkan kembali oleh Jamal Abdillah dan semakin popular bila Mawi menyampaikannya pada konsert akhir Akademi Fantasia 3, mengandungi makna yang mendalam dan nasihat yang amat bernilai. Dalam lirik yang dihasilkan oleh Hussein Bawafie ini terdapat beberapa baris yang amat bermakna:

1-Rupa yang elok di manja, jangan dimanja,
Pujalah ia oh saja, sekadar saja...

2- Sekarang bukan, bermenung,
Zaman bermenung
...

Petikan yang pertama dapat membawa kesedaran agar tidak berkhayal dan yang kedua berperanan untuk membina semangat untuk bekerja kuat, tidak bermenung tetapi terus maju mengikut peredaran zaman.


Terdapat juga lirik lagu yang mencerminkan ketinggian nilai-nilai budaya, Hati Kama yang ditulis Hairul Anwar Harun, nyanyian Noraniza Idris dan Siti Nurhaliza.

Mengindang-ngindang padi huma
Mengindang dalam tampaian
Memandang-mandang Hati Kama
Memandang-mandang dalam renungan


Mendengar lagu ini kita terbayang dua orang gadis yang sedang mengindang atau menampi padi. Ketika menampi itu lalu seorang yang menarik perhatian kerana pekerti dan tingkah lakunya. Mengindang-ngindang padi bererti menampi-nampi untuk mengasingkan yang bernas dari yang hampa, yang beras dan yang antah. Perbuatan mengindang adalah simbolis dari memilih antara baik dan yang buruk. Malangnya generasi muda tidak lagi mengenal indang atau nyiru, malah tidak dapat menghayat ketinggian falsafah yang terdapat padanya.Peribahasa Melayu berkata, “Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan” Ini bermaksud setiap pemberitan hendaklah ditampi, ditapis dan dinilai kalau-kalau ia mengandungi sesuatu muslihat. Jangan terus menerima tanpa diselidiki.

Nantikan 'posting' saya akan datang yang mana saya akan sertakan lirik penuh dan mp3 Lagu Seroja dan Lagu Hati Kama. Semoga kita mendapat manafaat daripadanya...

Bakat dikurnia jangan disalahguna. Jangan kufur nikmat yg diberi percuma. Guna kelebihan untuk khidmat bersama. Jagalah Ugama, Bangsa dan Negara

Ikhlas,
-Asfandi-

Sehari 3 Kata (2010-03-11)

1 >Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur.

2 >Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir.

3 >Seorang guru yang jujur harus berniat agar muridnya lebih pintar daripadanya, manakala seorang murid yang jujur harus pula mengakui kepintaran gurunya.

Wednesday, March 10, 2010

Sehari 3 Kata (2010-03-10)

1 >Kejayaan adalah tangga yang tidak dapat anda panjat dengan tangan di dalam poket.

2 >Hidup yang berguna adalah hidup yang ketika petang membawa suluh untuk menghadapi malam yang akan sampai.

3 >Yang menentukan masa depan anda bukan kekayaan, kedudukan dan kebahagiaan yang anda capai, tetapi ke arah mana akan anda bawa semua itu.

Wednesday, March 3, 2010

Sehari 3 Kata (2010-03-03)

1 >Cinta datang kepada mereka yang masih berharap sekalipun pernah dikecewakan, kepada mereka yang masih percaya sekalipun pernah dikhianati, kepada mereka yang masih mencintai sekalipun pernah disakiti hatinya.

2 >Jangan pernah mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba, jangan pernah menyerah jika kamu masih merasa sanggup jangan pernah mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

3 >Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu! Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah karena cinta tumbuh di hatimu.

Tuesday, March 2, 2010

Lagu: Warisan-Anak Kecil Main Api

Assalamualaikum...

Terlalu banyak peristiwa-peristiwa yang berlaku di Malaysia kebelakangan ini. Isu Politik, Rasuah, Penyelewengan, Isu-isu sensitif keugamaan dan pelbagai lagi. Apa yang penting adalah, bagaimana kita sebagai masyarakat yang bertamadun menghadapinya dengan kebijaksanaan dan ilmu, jika berlaku sesuatu perkara, yang mampu mewujudkan pertelingkahan dan mengugat ketenteraman masyarakat.

Perjuangan Kita Belum Berakhir...


Kita perlu sedar, bahawa kita harus meneruskan langkah dan perjuangan Ketua-ketua Negara kita dan pejuang-pejuang kemerdekaan kita yang telah bersusah payah serta sanggup berkorban untuk memastikan anak cucu mereka hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni. Untuk itu amatlah perlu bagi kita untuk sentiasa mengingati Sejarah Perjalanan Negara kita, agar kita tidak lagi dipergunakan dan melalui kesukaran pada masa Nenek Moyang kita.

Di sini saya ada sertakan lagu "Warisan-Anak Kecil Main Api" yang mampu menyuntik jiwa perjuangan dan Sayangkan Negara kita.

Semoga kita Sedar dan Bangkit semula serta jangan terus dihanyutkan dengan kepura-puraan.


Ikhlas,
-Asfandi-



Sila Click Play untuk mendengar lagu ini.
Warisan-Anak Kecil Main Api





Click sini untuk Download


Lirik Lagu:

Warisan - Anak Kecil Main Api


Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap diarus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ketangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah dinusantara 3x


"Janganlah kita bermegah dengan apa yang kita dapat sekarang, kerana bermegah-megah(riak) adalah dilarang. Ikutlah resmi Padi, semakin berisi semakin tunduk"
Graf Bilangan Pengunjung Yang Melawat Blog Ini

Terima Kasih Kepada Semua yang mengunjungi Blog Saya

Ads Google

Design by : Asfandi