SPECIAL OFFER!!!

Dapatkan Kata-Kata Hikmah Setiap Hari





Untuk mendapatkan Kata-Kata Hikmah dan info menarik ke email anda setiap hari, sila daftarkan email anda di bawah.


(Jangan lupa selepas masukkan email, buka email untuk mengesahkan pendaftaran)

Sila masukkan email anda:

Delivered by FeedBurner

Ads Google

Sunday, April 25, 2010

Sehari 3 Kata (2010-04-25)

1 >Masa yang diberi kepada kita dikurniakan sesaat demi sesaat, maka kita perlu menggunakannya sesaat demi sesaat.

2 >Orang yang kaya bukanlah orang yang mempunyai banyak harta, tetapi orang yang berasa cukup dengan apa yang dia ada dan tidak memerlukan lebih daripada itu.

3 >Orang yang miskin bukanlah orang yang tidak berharta tetapi adalah orang yang sentiasa merasa tidak cukup dengan apa yang dimiliki.

Saturday, April 24, 2010

Earth Day Every Day




BAGI MEMASTIKAN KITA DAN GENERASI KITA AKAN DATANG DAPAT MENIKMATI KEINDAHAN DAN KEDAMAIAN DI BUMI YANG KITA PIJAK INI. SAMA-SAMA KITA LAKUKAN SESUATU AGAR MASA DEPAN TIDAK AKAN MENJADI KELAM.
SILA CLICK PADA LINK INI ATAU CLICK PADA GAMBAR BUMI.

Friday, April 23, 2010

Sehari 3 Kata (2010-04-23)

1 >Orang yang boleh diyakini adalah mereka yang mempunyai keyakinan diri. Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain.

2 >Orang yang cemerlang bukanlah kerana dia tidak pernah mengalami kegagalan tetapi disebabkan dia dapat berdiri lebih teguh selepas kegagalan.

3 >Orang yang cantik tetapi tidak berakhlak bagaikan bunga yang berwarna tetapi berbau busuk.

Thursday, April 22, 2010

Sehari 3 Kata (2010-04-22)

1 >Hayatilah kehidupan anda, janganlah dibandingkan dengan orang lain.

2 >Kebencian tidak dapat di atasi dengan kebencian, tetapi hanya dapat di atasi dengan kasih sayang.

3 >Jangan berputus asa apabila menghadapi kesusahan kerana titisan hujan yang jernih juga berasal daripada awan yang gelap.

Wednesday, April 21, 2010

Sehari 3 Kata (2010-04-21)

1 >Bagi manusia yang tidak mengenali erti hidup, maka hidup adalah satu hukuman baginya.

2 >Kadangkalanya, sesuatu masalah yang rumit dapat diselesaikan dengan menggunakan kaedah yang paling mudah.

3 >Padi yang semakin berisi akan semakin menunduk, manusia yang berhemah tinggi ialah orang yang sentiasa merendahkan diri.

Tuesday, April 20, 2010

Sehari 3 Kata (2010-04-20)

1 >Dalam hidup ini, sebarang keadaan yang kita temui adalah kurang penting, yang paling penting ialah arah yang kita tujui.

2 >Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain kerana musuh biasanya akan memberitahu kesilapan yang anda buat tanpa disedari.

3 >Orang yang berfikiran positif akan melihat peluang dalam semua keadaan. Manakala orang yang berfikiran negatif akan berasa risau dalam segala keadaan yang baik.

Monday, April 19, 2010

Sehari 3 Kata (2010-04-19)

1 >Insan yang berilmu akan menganggap dirinya kurang ilmu, manakala orang bodoh akan menganggap dirinya orang yang sangat pandai.

2 >Hadiah yang paling berharga buat teman ialah bertimbang rasa dan sedia memaafkan kesilapannya.

3 >Bersikap baik terhadap insan yang jahat adalah cara yang lebih baik daripada bersikap buruk terhadap mereka.

Sunday, April 18, 2010

Sehari 3 Kata (2010-04-18)

1 >Orang yang paling bodoh ialah orang yang selalu risau atau marah kerana kesilapan orang lain.

2 >Masa yang kita gunakan untuk mecari kesilapan orang lain biasanya adalah lebih banyak daripada masa yang kita gunakan untuk memperbaiki kesilapan sendiri.

3 >Semua manusia mempunyai satu mulut dan sepasang telinga, maka kurangkan bercakap dan lebihkan mendengar.

Saturday, April 17, 2010

Sehari 3 Kata (2010-04-17)

1 >Manusia selalu mengharapkan kegembiraan daripada orang lain, tetapi jarang memberi kegembiraan kepada orang lain secara sukarela.

2 >Kesedihan dan kegembiran adalah di tangan sendiri dan bukannya di tangan orang lain.

3 >Musuh yang paling hebat di dunia ini ialah diri kita sendiri.

Friday, April 16, 2010

Sehari 3 kata (2010-04-16)

1 >Belajar daripada kesilapan yang orang lain lakukan akan mengurangkan kesilapan yang mungkin kita lakukan.

2 >Wang adalah alat yang kita gunakan dan bukan alat yang mempergunakan kita.

3 >Tiada orang yang boleh merisaukan kamu melainkan fikiran kamu sendiri.

Thursday, April 15, 2010

Sehari 3 Kata (2010-04-15)

1 >Melakukan kesilapan adalah suatu perkara yang biasa. Sedia memaafkan kesilapan adalah perkara yang luar biasa.

2 >Manusia biasanya hidup tidak melebihi 100 tahun, tetapi kerisauan yang dialami lebih daripada 1000 tahun.

3 >Sukailah dengan apa yang perlu anda buat, jangan buat apa sahaja yang anda suka.

Wednesday, April 14, 2010

Sehari 3 Kata (2010-04-14)

1 >Orang yang tidak dapat mengawal emosi sendiri adalah orang yang tidak dianggap merdeka.

2 >Tali gitar yang diikat terlalu ketat akan senang putus. Manakala tali yang diikat terlalu longgar tidak akan mengeluarkan bunyi yang merdu. Oleh itu, hiduplah dalam kesederhanaan.

3 >Kemarahan biasanya bermula daripada fikiran yang tidak bijak dan diakhiri dengan kekesalan.

Tuesday, April 13, 2010

Sehari 3 Kata (2010-04-13)

1 >Orang yang tidak menganggap dirinya bahagia adalah orang yang tidak akan hidup dengan bahagia.

2 >Apabila kamu bercakap, percakapan kamu adalah patut diluahkan jika ia difikirkan lebih bernilai daripada tidak bercakap langsung. Tiga orang pandang ke luar tingkap, seorang melihat tanah, seorang melihat pokok, seorang melihat awan. Ini kerana setiap manusia mempunyai persepsi yang berbeza. Lantaran itu, jangan berasa marah jika orang lain berbeza pendapat dengan kita.

3 >Cerek yang kecil adalah lebih mudah panas. Orang yang berhati kecil mudah berasa marah.

Monday, April 12, 2010

Data Survey

Berikut adalah Data survey yang dikumpul:



Survey

Pernahkah anda mendengar mengenai Rubik's Cube

Pernah

92.86%

Tidak Pernah

3.57%

Pernah, Tidak Pernah

3.57%


Survey

Pernahkah anda melihat Puzzle Cube di atas

Pernah

92.86%

Tidak Pernah

3.57%

Pernah, Tidak Pernah

3.57%


Survey

Pernahkah anda bermain dengan Puzzle Cube di atas

Pernah

85.71%

Tidak Pernah

14.29%


Survey

Pernahkah anda menyelesaikan Puzzle Cube di atas

Pernah

64.29%

Tidak Pernah

35.71%


Survey

Jika saya berikan panduan untuk menyelesaikan Puzzle Cube secara percuma adakah anda berminat

Tidak Berminat

7.14%

Berminat

71.43%

Amat Berminat

21.43%


Survey

Setahu anda, berapakah harga Puzzle Cube tersebut

RM1 - 5

28.57%

RM6 - 10

21.43%

RM11 - 15

21.43%

RM16 - 20

3.57%

RM21 - 25

3.57%

RM26 - 30

7.14%

Lebih daripada RM31

3.57%

Tak Tahu

10.72%



Lebih daripada separuh yang mengikuti survey ini pernah menyelesaikan Rubik's Cube. Syabas!!!
Bagi yang tak pernah selesaikannya dan ingin mencuba, saya akan emailkan panduan menyelesaikan Rubik's Cube ni kepada yang telah menyertai Survey ini.
Terdapat beberapa cara untuk menyelasaikan Rubik's Cube ini. Cara yang biasa digunakan mengambil masa 1 minit - 3 minit bergantung kepada kepantasan jari-jemari memusing cube.
Dan ada cara yang lebih cepat tapi perlukan tumpuan dan ingatan yang kuat. Cara ini boleh menyelesaikan Cube kurang daripada 45 saat.
harga Rubik's Cube ini memang bergantung kepada kualiti dan saiz. Semakin tinggi kualitinya semakin mudah untuk kita memusingkan cube ini. Dan harganya pun akan semakin tinggi.
Terdapat pelbagai variasi Rubik's Cube. Ada yang Berbentuk 3D, ada yang "Glow In Dark", ada yang mempunyai saiz petak berbeza, dan macam-macam lagi. Tapi asas untuk menyelesaikannya adalah sama.

Terdapat juga puzzle jenis lain seperti 2x2, 4x4, 5x5, Segitiga, Pentagon, Bulat yang mempunyai asas penyelesaian yang serupa. Saya akan post kan artikel mengenai lain-lain puzzle nanti pada hari lain.

Selamat mencuba!!!
Graf Bilangan Pengunjung Yang Melawat Blog Ini

Terima Kasih Kepada Semua yang mengunjungi Blog Saya

Ads Google

Design by : Asfandi