Tips Mudah Penjagaan Laptop anda



1. Bateri
> Kurangkan penggunaan bateri.
> Laptop lebih sejuk tanpa haba dari bateri.
> Jika bateri sudah habis dicas, digalakkan menggunakan kuasa dari adapter. Keluarkan bateri dan gunakan kuasa dari adapter sahaja.
> Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula.
> Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.

2. Papan Kekunci.
> Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk.
> Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak.
> Kalau boleh gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.

3. Skrin LCD
> Lapkan ia selalu kerana mudah dimasuki habuk.
> Gunakan screen saver.
> Power management setkan pada ‘Turn Off monitor in … minutes’.
> Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan jari yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan.
> Jangan letakkan jari di skrin kerana boleh menyebabkan ‘Dead pixel’.

4. Haba Panas
> Pasikan komputer riba anda ada ruang untuk mengeluarkan haba panas.
> Perlu diingat komputer riba mempunyai ruang simpanan yang kecil.

5. Surge Protector
> Fungsinya sebagai menjaga perisian dan perkakasan daripada rosak.
> Disyorkan jenama APC, BELKIN atau TARGUS.
> Kelebihan APC - mempunyai bateri simpanan, line protection (tiada elektrik tapi masih boleh dihidupkan lagi) dan mempunyai amaran kehabisan bateri.
> Kelebihan lain Surge Protector ialah menjaga HDD dan Power Supply.

6. Port

> Sentiasa dibersihkan kerana mudah dimasuki habuk.
> Gunakan berus atau berus gigi lama.
> Pastikan suis dimatikan ketika membuat pembersihan.