SPECIAL OFFER!!!

Dapatkan Kata-Kata Hikmah Setiap Hari





Untuk mendapatkan Kata-Kata Hikmah dan info menarik ke email anda setiap hari, sila daftarkan email anda di bawah.


(Jangan lupa selepas masukkan email, buka email untuk mengesahkan pendaftaran)

Sila masukkan email anda:

Delivered by FeedBurner

Ads Google

Saturday, February 26, 2011

Madah Hari Ini (2011-02-26)

"IMPOSSIBLE"

"I'M POSSIBLE"


Sedikit motivasi untuk diri saya dan anda semua, para pembaca yang dikasihi...
Dua frasa yang mempunyai huruf yang sama, susunan yang sama, cuma satu kelainan. Tanda ( ' ) antara huruf 'I' dan 'M'. Sedikit perubahan telah mengubah keseluruhan maksud perkataan. Inilah topik yang ingin saya huraikan dalam posting kali ini.

Impossible dalam maksud bahasa melayunya adalah Mustahil.
I'm Possible pula dalam maksud bahasa melayunya adalah Tiada Yang Mustahil Bagi Saya.

Lihat la betapa dengan sedikit perubahan pada perkataan sahaja telah mengubah maksud keseluruhan perkataan tersebut. Begitulah juga dengan kita semua. Cara kita berfikir akan mengubah kehidupan kita dengan sedikit keberanian dan fikiran positif kita mampu untuk mencapai apa yang kita inginkan dalam hidup. Jangan selalu berfikiran sempit, semua perkara kita katakan mustahil. Di dalam membuat sesuatu keputusan atau perkara, tiada siapa yang tahu keputusannya selagi tidak mencuba. Orang yang takut gagal itu, telah pun gagal sebelum membuat sesuatu.

Saya mengambil contoh; Seorang pelajar selalu menganggap dirinya mustahil untuk berjaya dan mendapat keputusan yang cemerlang. Pelajar jenis ini telah pun gagal sebelum mengambil ujian. Jika pelajar ini sentiasa berfikiran positif dan terbuka, beliau mungkin dapat mengubah keputusannya daripada gagal kepada lulus, walaupun tidak mendapat keputusan yang cemerlang. Tetapi tidak mustahil untuk beliau mendapat keputusan yang cemerlang selagi beliau sanggup belajar dan menggunakan segala macam bentuk pembelajaran untuk menjadi seorang pelajar yang berjaya dan cemerlang.

Sama juga halnya dalam perniagaan; Seorang Peniaga yang takut kerugian dan tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh memajukan perniagaannya, telah pun gagal dalam perniagaan yang beliau lakukan. Jangan ada fikiran Mustahil dalam hidup ini, jika kita ingin berjaya dalam hidup. Setiap perkara pasti ada jalan untuk melakukannya. Yang penting Ilmu dan kesungguhan itu perlu ada. Pendek kata tiada perkara yang IMPOSSIBLE dalam mencapai kejayaan. Yakinlah I'M POSSIBLE dan berusahalah kearah itu. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin supaya kita dapat memajukan diri kita, keluarga dan bangsa serta agama kita.

Dengan sedikit perubahan cara berfikir akan dapat mengubah hidup kita selamanya.
Semoga dengan sedikit perkongsian ini dapat membuka minda pembaca blog sekalian.

Wassalam...


Ikhlas,
-Asfandi-

Thursday, February 17, 2011

Madah Hari Ini (2011-02-17)


"Kadangkala Allah hilangkan sekejap matahari, kemudian Dia datangkan pula guruh & kilat. Puas kita mencari di mana matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi..."

Teringat semula satu catatan madah dari seorang sahabat... Madah di atas ini kita sentiasa sematkan di dalam fikiran dan hati kita, supaya kita sentiasa berfikiran positif dalam kehidupan.
Adakalanya sesuatu perkara yang berlaku itu kita rasa terlalu buruk dam terlalu berat bagi kita, tapi sematkan dalam fikiran bahawa setiap apa yang Allah berikan, adalah suatu ujian kepada umat manusia. Terdapat hikmah pada setiap apa yang berlaku.

Saya ambil satu contoh. Mungkin ada terdapat diantara kita atau kenalan kita yang sentiasa bertukar-tukar pekerjaan, tidak sesuai dengan persekitaran sesuatu pekerjaan tersebut, lalu, tak sampai 3 bulan bekerja, berhenti dan kerja di syarikat lain. Perkara ini berlaku berulang-kali. Ada yang muncul dengan pelbagai alasan. Bos pilih kasih, rakan sekerja tidak bekerjasama, keadaan pejabat atau tempat kerja yang amat teruk, dan macam-macam lagi.


Lalu kita berfikir, dan tiba-tiba Allah berikan hidayah kepada kita untuk membuat 'bisnes' sendiri. Dan itulah yang perkara yang paling berjaya kita lakukan. Pengalaman dari tempat kerja sebelum-sebelum ini yang teruk dapat kita ambil dan kaji untuk perbetulkannya. Aplikasikan segala pengetahuan kita yang terdahulu ke dalam syarikat kita, segala perkara yang baik, dan jadikan sempadan bagi perkara-perkara yang tidak baik.



Oleh itu sentiasa lah kita berbaik sangka dan bersabar jika berlaku sesuatu yang buruk kepada kita. Kerana setiap perkara yang buruk itu akan berakhir dan perkara yang baik akan muncul.

Wassalam...

Ikhlas
-Asfandi-
Graf Bilangan Pengunjung Yang Melawat Blog Ini

Terima Kasih Kepada Semua yang mengunjungi Blog Saya

Ads Google

Design by : Asfandi