SPECIAL OFFER!!!

Dapatkan Kata-Kata Hikmah Setiap Hari





Untuk mendapatkan Kata-Kata Hikmah dan info menarik ke email anda setiap hari, sila daftarkan email anda di bawah.


(Jangan lupa selepas masukkan email, buka email untuk mengesahkan pendaftaran)

Sila masukkan email anda:

Delivered by FeedBurner

Ads Google

Saturday, June 1, 2013

Aromatherapy Plus (Ubat Batuk Alternatif)

BUKAN UBAT BATUK MINUM...
TETAPI UBAT BATUK SAPU....





Bayi berumur 2 bulan dan ke atas boleh menggunakannya.


>Mampu melegakan Batuk dan Selsema.
>Juga alternatif kepada Asma dan menghilankan Kahak akibat merokok.
>Melegakan Sakit Kepala, Migrain & Pening.
>Menghilangkan rasa Loya & ingin muntah.
>Mengantuk, Lesu & Keletihan
>Menurunkan kadar Stress, Tension Resah & Murung
>Melegakan Lenguh Sendi & Gigitan Serangga
>Menghilangkan Sakit Gigi
>Merawat Resdung, Jerawat, Jeragat dan untuk Seri Wajah
>Memberi Kesegaran dan Masalah Bau Badan

Aroma yang unik dan menyegarkan.
Tidak panas dan tidak melekit.



Harga:


Sem Malaysia : RM15.00 + RM3.00(Kos Penghantaran)
Sabah/Sarawak: RM15.00 + RM6.00(Kos Penghantaran)

Untuk mengetahui lebih lanjut sila ke:

Wednesday, May 29, 2013

Misteri! Tragedi ‘Double Six’ 1976 Di Sabah

Mungkin tidak ramai yang mengetahui tentang satu tragedi yang dikenali dengan nama Double Six. Tragedi ini cukup menggemparkan kerana ia melibatkan menteri-menteri di sabah maut dalam satu nahas kapal terbang. Alang-alang 6 Jun akan tiba tidak lama lagi, adalah kiranya disini ingin berkongsi tentang sejarah Double Six ini. Ia bermula ada 6 Jun 1976 di Sembulan, Sabah, di mana penduduk di sekitarnya dikejutkan dengan satu bunyi dentuman yang kuat. Dentuman pada pukul 3.50 petang itu adalah bunyi letupan sebuah kapal terbang yang terhempas.
Pesawat dari Labuan itu sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.

Pesawat jenis GAF Nomad buatan Australia itu membawa hampir keseluruhan anggota Kabinet Sabah termasuk Ketua Menterinya, Tun Mohd Fuad Stephens bersama 11 anggota rombongannya.


Senarai mereka yang terkorban dalam Peristiwa Double Six:
1.Ketua Menteri Sabah,Tun Mohd Fuad Stephens
2.Menteri Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Peter Mojuntin
3.Menteri Perhubungan dan Kerja Raya, Datuk Chong Tahin Vun
4.Menteri Kewangan Negeri, Datuk Salleh Sulong
5.Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri, Darius Binion
6.Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Wahid Peter Andau
7.Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah , Dr Syed Hussein Wafa
8.Setiausaha Sulit kepada Menteri Kewangan Malaysia Tengku Razaleigh Hamzah, Ishak Atan
9.Pengawal peribadi kepada Tun Fuad, Koperal Said Mohammad
10.Juruterbang, Gandhi J Nathan
11.Johari Tun Fuad Stephens
Tun Fuad Stephens atau nama asalnya Donald Aloysius Marmaduke Stephens kemudian menukar namanya selepas memeluk agama Islam.
Tuan Fuad adalah tulang belakang dan penggerak kepada penyatuan Sabah didalam Malaysia. Pada tahun 1963, beliau terpilih sebagai Ketua Menteri sehingga tahun 1964 kemudian terpilih sekali lagi pada tahun 1976 sebagai Ketua Menteri sehingga berlakunya tragedi Double Six.









YM Tengku Razaleigh Hamzah sepatutnya menaiki kapal terbang yang sama tetapi pada saat-saat akhir telah di ajak turun daripada pesawat oleh Timbalan Ketua Menteri pada masa itu iaitu Datuk Harris Mohd. Salleh untuk merasmikan projek ladang lembu di Pulau Banggi, Kudat. Tengku Razaleigh yang juga menaiki jenis pesawat yang sama telah diarahkan untuk menjauhi pesawat sebaik sahaja mendarat di Kudat kerana dikhuatiri pesawat mengalami masalah yang sama. Sebaik sahaja mereka mendapat berita buruk ini, mereka telah di terbangkan oleh helikopter tentera ke Kota Kinabalu.
Sejurus pesawat tersebut menjunam di kawasan air cetek, lokasi berkenaan menjadi tumpuan orang ramai kerana ketika terhempas, ia dikatakan menggegarkan kawasan itu.
Malapetaka tersebut kemudiannya dikenali sebagai peristiwa Double Six sempena tarikh kejadian itu iaitu 6/6/1976.
Setahun selepas kejadian tersebut, sebuah tugu peringatan didirikan di lokasi berkenaan bagi memperingati tragedi itu yang merupakan salah satu peristiwa penting negara.
Persoalan?
  • Rombongan ini sdg menuju ke Kota Kinabalu bg menandatangani perjanjian 10% hasil minyak akan diberikan kepada kerajaan Sabah dan Sarawak.. sebelum menaiki pesawat tersebut, Alahyarham Tun Fuad ada menyatakan bahawa jumlah 10% itu adalah terlalu kecil dan ada yg mengatakan berkemungkinan Tun tidak bersetuju akan jumlah tersebut
  • YM Tengku Razaleigh Hamzah telah pun duduk dalam pesawat tersebut bersama-sama rombongan lain, tetapi di saat2 akhir Datuk Harris (ketua menteri Sabah selepas kematian Tun Fuad) mengajak Tengku Razaleigh turun dari pesawat tersebut denganalasan ingin menjemput Tengu Razaleigh merasmikan Kandang Lembu miliknya di Kudat..sedangkan ketika itu Tengku Razaleigh dlm perjalanan untuk melihat sejarah besar negara ketika itu iaitu sesuatu yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia Perkara-20. Tetapi beliau memilih untuk melawat kandang lembu? di saat akhir?
  • Punca kemalangan ialah kerana pesawat Nomad itu lebih muatan. Sepatutnya 6 penumpang sahaja tetapi diisi 11 orang. Juruterbang gagal menaikkan sayap pesawat untuk diselaraskan dengan tekanan minyak dan akhirnya menyebabkan kemalangan.Sejak itu, kerajaan tidak menggalakkan VIP menaiki pesawat sama pada waktu serentak terutama membabitkan jumlah yang ramai..Logik ke golongan2 VIP sanggup bersesak macam sardin dalam satu pesawat? takde bajet ke nk bagi pesawat yg lebih besar?
  • Negeri Sabah ketika itu adalah negeri terkaya di Malaysia..selepas perjanjian itu ditandatangani, negeri Sabah Jatuh antara negeri termiskin di Malaysia..dan sekarang, dengan bangganya, negeri Sabah adalah negeri termiskin di Malaysia.








Sunday, May 26, 2013

Lebuhraya Padang Pasir Terpanjang Di Dunia

Lebuhraya merupakan salah satu laluan alternatif yang sering digunakan oleh pengguna jalan raya. Kalau dahulu jika kita mahu ke sesebuah tempat, sudah tentu ia akan memasuki jalan-jalan kecil menyusuri beberapa tempat, namun dengan adanya lebuhraya, masa akan menjadi singkat sahaja. Jadi tidak hairanlah jika kita dikenakan caj tol bagi setiap destinasi yang ingin ditujui. Di bawah ini Melayukini.net akan kongsikan bersama anda tentang lebuhraya padang pasir yang dikatakan terpanjang didunia.
highway8
Lebuhraya merupakan laluan jaringan pengangkutan yang paling utama di seluruh dunia..Namun, di China, terdapat sebuah lebuhraya yang terletak di padang pasir telah menjadi lebuh raya terpanjang di dunia..Nak tahu sebab apa, meh usha kat bawah ni..
Lebuhraya padang pasir Tarim merupakan laluan yang terletak di Taklamakan, China dan menghubungkan bandar-bandar Lantau Minfen. Panjang penuh lebuhraya ini ialah 552km dengan kira-kira 446km dibina merentasi kawasan yang tidak didiami manusia dengan bukit-bukit sehingga 20 meter tinggi melindungi lebuhraya berkenaan.
Dalam usaha untuk menangani masalah pencerobohan pasir bukit, barisan tumbuh-tumbuhan telah ditanam di kedua-dua belah jalan. Sistem pengairan secara besar-besaran telah dibina untuk membekalkan sumber air dari tangki simpanan bawah tanah untuk tumbuhan ekosistem tiruan tersebut. Beratus-ratus orang pekerja telah diupah dan mereka diletakkan setiap empat kilometer di sepanjang jalan untuk menjaga tumbuh-tumbuhan agar berada dalam keadaan baik. Sumber air di padang pasir itu datang dari sebuah telaga, iaitu akuifer pada kedalaman 100 meter. Walaupun terdapat kandungan garam yang tinggi di dalam air itu, tumbuhan di sepanjang jalan raya itu masih dapat terus hidup.
highway9
highway1
highway2
Dalam tempoh lima tahun, kerajaan telah melakukan eksperimen dengan pelbagai jenis tumbuhan yang boleh hidup dalam keadaan ekstrem padang pasir. Pada tahun 1999, sebuah projek permulaan zon tumbuhan di sepanjang bahagian 6.3 kilometer lebuh raya telah selesai dilaksanakan. Pada tahun 2001, projek ini telah dilanjutkan sehingga 30.8 kilometer di sepanjang lebuh raya berkenaan. Projek ini akhirnya diluluskan oleh kerajaan pada tahun 2003. Hari ini, hampir empat per lima lebuh raya tersebut dikelilingi oleh penanaman tumbuhan pada keluasan 72 meter lebar, yang meliputi kawasan seluas lebih 3,000 hektar.
Di lebuhraya padang pasir Tarim turut mempunyai nilai ekonomi yang besar, di mana ia menjelaskan mengapa langkah-langkah yang mahal dan rumit perlu diambil untuk menjaganya. Lebuh raya ini dibina pada tahun 1995 sebagai perkhidmatan kepada saluran paip minyak, yang berada di bawah padang pasir Taklamakan itu. Di bawah pasir ini terdapat sumber minyak terbesar di China Gas. Lebuh raya bukan sahaja membolehkan akses secara langsung kepada sumber-sumber yang terletak di bawah Lembangan Tarim, tetapi juga boleh dijadikan jaringan pengangkutan bagi barang-barang dan sumber-sumber dari medan minyak tersebut. Oleh kerana kawasan ini tidak didiami manusia, stesen minyak dan beberapa restoran telah dibina pada titik perantaraan di sepanjang lebuh raya untuk perkhidmatan kepada pelancong.
highway3
highway4
highway5
highway6
highway7

Sunday, April 21, 2013

Ajoi di Night Club


Ajoi di Night Club

Masa Ajoi di zaman jahilnya, dia rajin gak pergi clubbing…

Satu hari dia masuk ke kelab.

Dia duduk sorang-sorang di bar..

Tidak lama kemudian dia nampak Sumardi bersama 5 orang awek-awek cantik di sekeliling dia.

Mereka duduk2 di lounge dan Sumardi kelihatan seperti seorang Raja yang di manjakan oleh dayang-dayang yang cun melecun.

Ajoi yang duduk sorang dan berfikir, bila agaknya aku boleh jadi macam dia?

Awek pun aku takde…

Semasa Sumardi sedang ke tandas, Ajoi menahannya dan berkata :”Bro, macamana caranya lu boleh dapat awek-awek cun camtu”?

Sumardi membisik ke telinga Ajoi: “Joi, ni gua nak bagitau lu…”

Kalau kau besok masuk ke kelab, masa ko nak duduk di bar, lemparkan kunci kereta ko di atas meja bar, pasti awek-awek datang dengan sendirinya.

Ajoi menjawab: “tapi aku takde keta bro, aku ada kapcai jer…”

Sumardi: “Ko hanya perlukan kunci kereta jer.. tengok aku ada keychain kereta Jaguar..”

Ajoi: Ler…tu jer tektiknya.



Malam esoknya Ajoi dengan semangat membara masuk ke kelab, dia melihat Sumardi di sudut bar dengan 3 awek di sekelilingnya.

Ajoi berjalan menuju bar dengan muka confident giler dan mencampakkan kunci bersama key chain kereta Ferrari ke atas meja bar.

Tapi tidak ada respon sama sekali

Di saku seluar dia ada lagi kunci. Bila ada awek-awek cantik lalu, dia lempar lagi kunci tu ke bar.

Tetap tetap tidak ada respon, malah awek-awek cun melecun tu bantai gelak terbahak-bahak.

Ajoi tidak faham..

Korang nak tahu jawapannya ???

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

Sumardi akhirnya datang ke Ajoi dan berbisik: “Ajoi, lain kali masa kau campak kunci kereta ferrari di bar, helmet tu buka dulu bro……..!!!


Moral dari cerita di atas:
1-Jangan menipu kalau tak pandai menipu(dan sesungguhnya menipu tu berdosa)
2-Jangan berkunjung ke kelab malam, kerana di sana lebih banyak keburukan(maksiat) daripada kebaikan.

10 Surah dalam Al-Quran dapat mencegah 10 Perkara


Renung-renungkan dan beramal.
Insyaallah selamat dunia dan akhirat.

-Asfandi-

Wednesday, April 17, 2013

JomNiaga -Mulakan Perniagaan Internet Anda Hari Ini

Assalamualaikum Semua,

Kini anda dapat mulakan perniagaan internet dengan mudah.

Daftar secara percuma dgn "JomNiaga", dengan mudah setiap pendaftaran ahli baru anda akan dapat RM5.

Jom sama-sama meraih pendapatan di Internet dengan sistem yang mudah ini.



-Asfandi-

Monday, April 15, 2013

Mengapa Tapak Tangan Wanita Tua Itu Kasar?


Kasihan! Mengapa Tapak Tangan Wanita Tua Itu Kasar? | Pernahkah kita terfikir untul melihat tapak tangan kita? Tidak kiralah sama ada kita lelaki mahupun wanita. Tapak tangan yang lembut, mungkin tergolong dengan orang yang jarang melakukan kerja berat, manakala tapak tangan yang kerja adalah sebaliknya. Kisah ini merupakan seorang wanita yang telah ditemuduga oleh bakal majikannya. Namun bakal majikan tersebut meminta dirinya menunjukkan tapak tangan. Mengapa ya?

tapak

Pada suatu pagi, berlangsungnya satu temuduga di sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia.

Semasa menemuduga salah seorang calon, pengurus syarikat tersebut mendapati seorang calon temuduga perempuan mempunyai rekod akademik yang baik sejak dari sekolah menengah sehinggalah sepanjang pengajiannya di universiti. Setiap semester calon tersebut memperoleh keputusan yang cemerlang.

Pengurus itu bertanya, “Adakah awak mendapat apa-apa biasiswa di sekolah atau universiti?”
Gadis itu menjawab “Tidak.”

Pengurus itu bertanya lagi, “Jadi adakah ayah awak yang membayar semua yuran pengajian?”
Gadis itu menjawab,”Ayah saya telah meninggal ketika saya berusia satu tahun, ibu saya yang telah membayar semua yuran pengajian saya.”

Pengurus meneruskan soalannya, “Ibu awak bekerja di mana?” Gadis itu menjawab,”Ibu saya bekerja sebagai pencuci kain dari rumah ke rumah.”

Pengurus meminta gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya dan gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya yang halus seperti tidak pernah membuat kerja berat.

Pengurus berasa hairan lalu bertanya lagi, “Awak tidak pernah membantu ibu awak mencuci kain dahulu?”
Gadis itu menjawab, “Tidak pernah. Ibu selalu berpesan supaya saya belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam kehidupan. Tidak pernah dia meminta saya untuk menolongnya membasuh pakaian. Lagipun ibu membasuh lebih cepat daripada saya.”

Pengurus tersebut memberitahu dia mempunyai satu permintaan, dia menyuruh gadis tersebut membantu ibunya membersihkan tangan apabila gadis itu pulang ke rumah nanti dan berjumpa semula dengannya keesokan harinya.
Gadis itu merasakan peluang untuk memperoleh jawatan tersebut semakin tinggi. Dia pulang ke rumah dengan gembira untuk membersikan tangan ibunya.

Di rumah, ibunya berasa pelik tetapi tersentuh dengan keinginan anaknya membersihkan tangannya sambil menghulurkan kedua-dua belah tapak tangan kepada anaknya.

Gadis itu membersihkan tangan ibunya perlahan-lahan. Tanpa disedari air matanya mengalir ketika itu. Inilah kali pertama dia mendapati tangan ibunya begitu kasar dan terdapat banyak calar di tangan ibunya. Kadangkala ibunya mengaduh kesakitan apabila terkena air di tangannya.

Lama-kelamaan gadis itu mula menyedari bahawa tangan ini lah yang bersusah payah membasuh kain setiap hari untuk mendapatkan sedikit wang membiayai pengajiannya di sekolah dan universiti.

Calar-calar itulah harga yang perlu ibunya bayar demi kejayaannya yang cemerlang dan juga demi masa depan seorang anak. Setelah selesai membersihkan tangan ibunya, gadis itu secara senyap-senyap membasuh semua pakaian ibunya yang masih tertinggal.

Keesokkan harinya, gadis itu kembali semula ke pejabat.
Pengurus tersebut menyedari air mata bergenang di mata gadis tersebut lalu dia bertanya : “Apa yang telah awak buat dan pelajari semalam di rumah?”
Gadis itu menjawab : “Saya membersihkan tangan ibu saya dan membasuh semua baki pakaian yang masih tertinggal.”

Pengurus itu bertanya lagi, “Apa yang anda rasa?”
Gadis itu menjawab : “Pertama, saya sedar apa itu pengorbanan seorang ibu, tanpa ibu, tiada kejayaan saya pada hari ini. Kedua, dengan bekerja bersama dengan ibu saya sahaja saya dapat belajar dan mengerti betapa sukarnya mendapat sedikit wang untuk hidup. Ketiga, saya tahu betapa pentingnya hubungan kekeluargaan.”

Pengurus itu tersenyum lalu berkata, “Ini adalah apa yang saya mahukan, saya ingin mencari pekerja yang dapat menghargai bantuan orang lain, orang yang tahu penderitaan orang lain dan orang yang tidak akan meletakkan wang sebagai perkara utama dalam hidupnya. Awak diterima untuk bekerja di sini.”

Gadis itu bekerja dengan tekun dan menerima rasa hormat dari rakan-rakan sekerjanya. Prestasi syarikat juga semakin meningkat.

Pengajaran dari cerita ini adalah kita hendaklah menghargai jasa ibu bapa yang banyak bersusah payah demi masa depan kita sebagai anak-anak.

Ringan-ringankan diri untuk membantu ibu atau ayah melakukan kerja-kerja di rumah. Dari situ, kita akan belajar untuk menghargai kesusahan dan keperitan yang dialami oleh mereka.

p/s : Ada sumber menyatakan ini bukan kisah sebenar. Cerita ini asalnya adalah sebuah cerita dari luar negara dan ditukar skripnya ke Bahasa Malaysia. Walau apepun, semoga ianya sedikit sebanyak memberi manfaat kepada pembaca :-)

Wednesday, April 3, 2013

Pepper Spray




Pepper Spray Untuk Keselamatan Diri dan Keluarga.


Sesiapa berminat sila PM saya ok.

Harga :
Stream = RM39.90
Fog = RM38.90

Sebarang pertanyaan boleh msg saya.


Bagi sesiapa yang ingin menjadi retailer di kawasan Perak.

Sila hubungi saya untuk mendapatkan harga dealer.
Terima kasih.

Fendi : 016-2201662

Saturday, February 16, 2013

Beratus Cedera Akibat Lintasan Meteor Di Russia



Moscow: Meteor dari angkasa menimpa Rusia pagi tadi (waktu tempatan) menyebabkan bola api, yang mengejutkan ramai, dan mencederakan lebih 900 orang Di Chelyabinsk, wilayah Ural, timur Moscow, pagi tadi waktu tempatan. Jurucakap pihak berkuasa Chelyabinsk berkata, sembilan orang dimasukkan ke hospital. Kebanyakan cedera disebabkan terkena kaca yang pecah.

Agensi berita tempatan, RIA Novosti melaporkan, sekurang-kurangnya tiga lagi kritikal, juga akibat terkena kaca pecah dalam kejadian kira-kira jam 9.20 pagi. Menurut laporan agensi berita rasmi, Itar-Tass, satu cahaya terang berwarna putih muncul di langit untuk beberapa saat diikuti dengan bunyi "bang" yang sangat kuat seperti letupan. Itar-Tass melaporkan, letupan itu berpusat di 50 batu (80 kilometer) di bandar Satka, Chelyabinsk.

Sementara itu, pegawai kecemasan Rusia berkata, meteor telah musnah selepas sebahagiannya terbakar ketika berada di atmosfera lebih rendah berbanding daerah Ural. Pegawai Kementerian Kecemasan Gennady Onishcenko berkata, kebanyakan mangsa cedera akibat terkena serpihan kaca selepas hujan meteoroid tersebut jatuh ke kawasan perumahan dan sekitar bangunan. “Kebanyakan mangsa dikejarkan ke hospital akibat terkena serpihan kaca yang berterbangan selepas meteoroid itu terkena premis bangunan, kedai dan kediaman,” katanya. Presiden Vladimir Putin bersyukur kerana insiden yang mengejutkan ini tidak menyebabkan kehilangan nyawa.

Meteor ini disaksikan di Yekaterinburg, 200 kilometer ke utara dan di Kazkhstan di selatan. Jabatan Kesihatan Chelyabinsk mengesahkan 985 orang setakat ini mengalami kecederaan, termasuk 200 kanak-kanak. Dua orang di bandar Kopeysk berada dalam keadaan serius. Menurutnya, seramai 20,000 petugas kecemasan dikerah ke Chelyabinsk dengan tiga pesawat tentera udara. Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Vadim Kolesnikov berkata, kejadian itu turut menyebabkan sebuah kilang zink runtuh, sistem telekomunikasi terputus, penggera keselamatan bangunan, rumah dan kereta berbunyi. “Satu letupan kuat bersama gumpalan cahaya terang menyerupai api melintasi bandar ini hingga jatuh dan mengenai beberapa kawasan premis sekitar bandar ini,” katanya. Beliau berkata, beberapa penduduk mendakwa, letupan dapat didengar ketika asteroid itu memasuki atmosfera bumi.

Sementara itu, Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa), dalam satu kenyataan berkata, asteroid dikenali sebagai 2012 DA14 itu telah dijangka memasuki atmosfera bumi hari ini. “Pemantauan telah dilakukan sejak 15 tahun lalu. Namun lokasi tepat objek itu jatuh tidak dapat dipastikan,” katanya.

Pemerhati langit mendakwa kejadian yang berlaku mempunyai signifikasi dengan acara Tunguska yang terkenal tahun 1908 di kawasan terpencil Siberia apabila asteroid yang memasuki atmosfera dan meletup sehingga memusnahkan pokok di seluruh kawasan seluas 820km persegi - kira-kira dua pertiga saiz Rhode Island. Dalam kejadian itu, secara keseluruhan, kira-kira 80 juta pokok telah ditebang.

Sila lihat Video-video di bawah:

video


Graf Bilangan Pengunjung Yang Melawat Blog Ini

Terima Kasih Kepada Semua yang mengunjungi Blog Saya

Ads Google

Design by : Asfandi