SPECIAL OFFER!!!

Dapatkan Kata-Kata Hikmah Setiap Hari





Untuk mendapatkan Kata-Kata Hikmah dan info menarik ke email anda setiap hari, sila daftarkan email anda di bawah.


(Jangan lupa selepas masukkan email, buka email untuk mengesahkan pendaftaran)

Sila masukkan email anda:

Delivered by FeedBurner

Ads Google

Sunday, May 26, 2013

Lebuhraya Padang Pasir Terpanjang Di Dunia

Lebuhraya merupakan salah satu laluan alternatif yang sering digunakan oleh pengguna jalan raya. Kalau dahulu jika kita mahu ke sesebuah tempat, sudah tentu ia akan memasuki jalan-jalan kecil menyusuri beberapa tempat, namun dengan adanya lebuhraya, masa akan menjadi singkat sahaja. Jadi tidak hairanlah jika kita dikenakan caj tol bagi setiap destinasi yang ingin ditujui. Di bawah ini Melayukini.net akan kongsikan bersama anda tentang lebuhraya padang pasir yang dikatakan terpanjang didunia.
highway8
Lebuhraya merupakan laluan jaringan pengangkutan yang paling utama di seluruh dunia..Namun, di China, terdapat sebuah lebuhraya yang terletak di padang pasir telah menjadi lebuh raya terpanjang di dunia..Nak tahu sebab apa, meh usha kat bawah ni..
Lebuhraya padang pasir Tarim merupakan laluan yang terletak di Taklamakan, China dan menghubungkan bandar-bandar Lantau Minfen. Panjang penuh lebuhraya ini ialah 552km dengan kira-kira 446km dibina merentasi kawasan yang tidak didiami manusia dengan bukit-bukit sehingga 20 meter tinggi melindungi lebuhraya berkenaan.
Dalam usaha untuk menangani masalah pencerobohan pasir bukit, barisan tumbuh-tumbuhan telah ditanam di kedua-dua belah jalan. Sistem pengairan secara besar-besaran telah dibina untuk membekalkan sumber air dari tangki simpanan bawah tanah untuk tumbuhan ekosistem tiruan tersebut. Beratus-ratus orang pekerja telah diupah dan mereka diletakkan setiap empat kilometer di sepanjang jalan untuk menjaga tumbuh-tumbuhan agar berada dalam keadaan baik. Sumber air di padang pasir itu datang dari sebuah telaga, iaitu akuifer pada kedalaman 100 meter. Walaupun terdapat kandungan garam yang tinggi di dalam air itu, tumbuhan di sepanjang jalan raya itu masih dapat terus hidup.
highway9
highway1
highway2
Dalam tempoh lima tahun, kerajaan telah melakukan eksperimen dengan pelbagai jenis tumbuhan yang boleh hidup dalam keadaan ekstrem padang pasir. Pada tahun 1999, sebuah projek permulaan zon tumbuhan di sepanjang bahagian 6.3 kilometer lebuh raya telah selesai dilaksanakan. Pada tahun 2001, projek ini telah dilanjutkan sehingga 30.8 kilometer di sepanjang lebuh raya berkenaan. Projek ini akhirnya diluluskan oleh kerajaan pada tahun 2003. Hari ini, hampir empat per lima lebuh raya tersebut dikelilingi oleh penanaman tumbuhan pada keluasan 72 meter lebar, yang meliputi kawasan seluas lebih 3,000 hektar.
Di lebuhraya padang pasir Tarim turut mempunyai nilai ekonomi yang besar, di mana ia menjelaskan mengapa langkah-langkah yang mahal dan rumit perlu diambil untuk menjaganya. Lebuh raya ini dibina pada tahun 1995 sebagai perkhidmatan kepada saluran paip minyak, yang berada di bawah padang pasir Taklamakan itu. Di bawah pasir ini terdapat sumber minyak terbesar di China Gas. Lebuh raya bukan sahaja membolehkan akses secara langsung kepada sumber-sumber yang terletak di bawah Lembangan Tarim, tetapi juga boleh dijadikan jaringan pengangkutan bagi barang-barang dan sumber-sumber dari medan minyak tersebut. Oleh kerana kawasan ini tidak didiami manusia, stesen minyak dan beberapa restoran telah dibina pada titik perantaraan di sepanjang lebuh raya untuk perkhidmatan kepada pelancong.
highway3
highway4
highway5
highway6
highway7

No comments:

Post a Comment

Graf Bilangan Pengunjung Yang Melawat Blog Ini

Terima Kasih Kepada Semua yang mengunjungi Blog Saya

Ads Google

Design by : Asfandi