SPECIAL OFFER!!!

Dapatkan Kata-Kata Hikmah Setiap Hari





Untuk mendapatkan Kata-Kata Hikmah dan info menarik ke email anda setiap hari, sila daftarkan email anda di bawah.


(Jangan lupa selepas masukkan email, buka email untuk mengesahkan pendaftaran)

Sila masukkan email anda:

Delivered by FeedBurner

Ads Google

Monday, December 27, 2010

Madah Hari Ini (2010-12-27)

"If You are Feeling Happy, don't ever forget to be prepared and confront dissapointment"

'Best' sangat ke dengan madah 'omputih' ni? kali ni pun Madah 'omputih' juga.
Okeylah. Ni adalah madah 'omputih' yang terakhir untuk tahun ni. Tahun depan insyaallah ada lagi. Madah ni saya dapat dari Kakak tersayang di Facebook dia.
Saya mulakan dengan 'translation' untuk ayat di atas tersebut.

"Jika kita merasa Gembira dan Senang Hati, jangan lupa sediakan diri untuk menghadapi kekecewaan."

Hmm... 'Translation' ada sedikit yang tak kena. Tak sedap bunyinya. Tapi tak mengapa... Makna ayat lebih kurang begitulah.
Kita perlu sentiasa beringat, di kala kita dalam keadaan bergembira, akan ada masa kita diuji dengan kekecewaan dan kesedihan. Ini adalah lumrah kehidupan kita sebagai manusia di muka bumi ini, untuk melihat sejauh mana tahap keimanan kita kepada Allah. Ini ada dijelaskan di dalam Al-Quran:

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.?
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Begitulah apa yang berlaku, setiap ujian daripada Allah adalah untuk melihat sejauh mana tahap iman seseorang hambanya. Namun ada orang yang tak mengerti dan persoalkan kenapa perkara-perkara yang menyedihkan berlaku pada diri mereka. Maka jawapan untuk itu terdapat di dalam Al-Quran:

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216

Sesungguhnya, kita cumalah Insan yang lemah dihadapan-Nya. Tidak berkuasa satu pun tanpa izin dari-Nya. Oleh itu, kita kenalah sentiasa ingat pada Allah. Jika kita rasa tiada tempat untuk kita mengadu dan memohon pertolongan. Ingatlah, Allah sentiasa ada untuk kita:

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45

Allah sentiasa bersama hambanya yang bersabar dan beriman. Setiap kesedihan dan kesusahan ada kegembiraan dipenghujungnya. Seperti dalam firman Allah:

"Maka sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan"
-Surah Al-Insyirah ayat 5

kemudian ditegaskan lagi...

"Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan"
-Surah Al-Insyirah ayat 6

Dua kali Allah tegaskan perkara ini. Oleh itu, kita sebagai hambanya, jangan khuatir. Allah sentiasa ada bersama dengan kita. Tingkatkan tahap keimanan kita pada-Nya. Lakukan segala suruhan-Nya... Insyaallah segalanya akan selamat...

Akhir sekali..

Silalah hayati lagu dari Maher Zain - INSYAALLAH




Untuk download lagu ini klik sini

Wassalam...

Ikhlas,
-Asfandi-

Wednesday, December 22, 2010

7 Sunnah Rasulullah

7 Sunnah Rasulullah S.A.W

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: Jangan tinggalkan Masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah ke mana pun langkahkan kaki ke masjid dulu, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: Jaga Solat Dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat Dhuha.

Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh: Amalkan Istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani dan jiwa yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada kebendaan dan keduniaan.

Wallahualam...

Wednesday, December 15, 2010

Madah Hari ini (2010-12-15)

"Nobody Can Go Back And Start A New Beginning, But Anyone Can Start Today And Make A New Beautiful Ending"

Madah 'omputih'juga hari ini.
'Translation' ke bahasa melayu lebih kurang berbunyi begini.

"Tiada Seorang pun yang berupaya untuk kembali ke masa lalu untuk memulakan semula sesuatu perkara, Tetapi setiap daripada kita boleh mulakannya hari ini untuk suatu pengakhiran yang indah"

Begitulah lebih kurang alih bahasanya.

Rujuk semula kepada pertanyaan daripada Imam Al-Ghazali kepada murid-muridnya:
Soalan Kedua : "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"
Maka Jawab Imam Al-Ghazali, MASA LALU. Walaubagaimana pun kita mencuba, kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh itu kita perlu menjaga hari ini dan hari-hari yang mendatang.

Soalan Pertamanya pula : "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?"
Maka jawab Imam Al-Ghazali, MATI. Bila-bila masa sahaja mati boleh datang pada kita, kerana itu adalah janji Allah. Segala apa kebaikan yang ingin kita buat, mulakan sekarang. Semoga, pengakhiran hidup kita ini dalam kebahagian, keindahan dan mendapat keredhaan daripada Allah s.w.t.

Wassalam.

Ikhlas,
-Asfandi-

Monday, December 13, 2010

Penantian Menguji Tahap Kesabaran

Assalamualaikum Semua...

Selamat Pagi saya ucapkan kepada semua, dan tak lupa juga "Selamat Hari Isnin" bagi yang memerlukannya. Kenapa nak selamat pada hari Isnin. Mengikut kajian pakar, hari Isnin merupakan hari yang paling 'stress' kepada semua pekerja, terutama sekali pekerja pejabat. Hari Isnin merupakan hari yang paling 'stress' kerana hari ini la operasi syarikat banyak menggunakan perkataan 'URGENT'. Hehehe... Semua nak urgent. Dokumen itu URGENT, surat ini URGENT, duit sales perlu bank in URGENT, cek perlu bank in URGENT. Dan banyak lagi proses-proses yang perlu URGENT.
Begitulah juga yang berlaku pada jadual hidup saya... Saya meng'URGENT'kan kerja saya pagi ini dengan datang awal ke kedai seawal 8.43am supaya dapat pergi ke bank awal. Bila semua dah selesai boleh la rehat sekejap sementara menunggu waktu bekerja tengahari nanti. Di kesempatan ini, saya ingin kongsikan cara untuk redakan 'stress';

Berzikir:
Berzikirlah 'Lailahaillallah', atau apa-apa saja zikir mengingati Allah supaya dapat menenangkan hati dan diri kita. Insyaallah...

Lagi satu cara nak redakan 'stress' adalah dengan terapi aroma menggunakan wangian bunga-bungaan seperti Lavender atau Waterlily.
Wangian ini mampu bertindak sebagai penenang dalam diri kita dengan menjadikan kita 'relax' dan 'cool', sesuai sekali digunakan sebelum tidur atau ketika ingin mendapatkan rehat yang berkualiti. Pastikan diri anda bebas dari 'stress'. Kerana dengan 'stress' banyak penyakit yang berbahaya boleh timbul seperti Darah tinggi, Hypertension.

Penantian berakhir juga, staf saya dah datang, waktu sekarang pun menunjukkan 9.16am. Pintu kedai sedang dibuka. Oleh itu sampai di sini dulu coretan saya hari ni.

Wassalam...

Ikhlas,
-Asfandi-

Madah Hari ini (2010-12-13)

Do more than exist, LIVE.
Do more than touch, FEEL.
Do more than look, OBSERVE.
Do more than read, ABSORB.
Do more than think, PONDER.
Do more than hear, LISTEN.
Do more than talk, "Say Something Positive".

Kali ini madah berbentuk bahasa 'omputih' pula.
Rasanya, semua faham kot makna yang terdapat pada ayat-ayat di atas. Ada satu perkataan yang pada mulanya saya tak tau maknanya, 'PONDER'. Tapi lepas bertanya kepada kakak tersayang, akhirnya saya tau makna perkataan tersebut. Ponder tu maksudnya merenung atau mendalami. Jadi daripada berfikir sahaja, baik kita mendalami apa yang kita fikirkan...
Selamat berfikir dan mendalami...




Wassalam...

Ikhlas,
-Asfandi-

Friday, December 10, 2010

Blog Pilihan Malaysia 2010



Assalamualaikum Semua,

Pagi ni seperti biasa sentiasa bangun awal. Lepas sarapan, buka internet. Jalan-jalan tengok blog orang lain. Semakin jauh berjalan banyak info yang dapat. Tengah blogwalking ni terserempak pula dengan satu blog; Blog Pilihan Malaysia. Skrg ni tengah kempen mencari pemenang Blog Baru Pilihan Malaysia 2010. Syabas Bro Azman kerana menganjurkan aktiviti sihat ni. Teruskan usaha murni ini. Di samping dapat mengeratkan ukhuwah sesama blogger, boleh juga memperkenalkan blog masing-masing di persada Malaysia dan Antarabangsa.

Coretan,
-Asfandi-

Thursday, December 9, 2010

Madah Hari ini (2010-12-09)

"andaiNya KiTa TidAk DpT MeNgAsiHi...JGNlaH PuLa KitA mEnYaKitI HatInYa...SeSunGguHnyA ALLAH ItU MAHA ADIL"

Apa yang dapat dikupaskan di sini adalah. Konsep redha tu perlu ada. "Andai dia tidak ku miliki, mungkin Allah telah tetapkan aku dengan pilihan yang lebih baik..." Kan elok jika kita berbaik sangka? Sentiasa redha dengan ketentuan Allah. Tapi ingin, usaha tu perlu ada. Selepas habis berusaha tapi keputusannya tetap bertentangan dengan apa yang kita inginkan. Terima dengan hati yang ikhlas. Belajar ikhlaskan diri tu untuk menerima takdir Allah. Insyaallah hidup Berkat hati Tenang. Sentiasa la berdoa agar kita sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah. Amin...

Ikhlas,
-Asfandi-

Wednesday, December 8, 2010

Sehari 3 Kata (2010-12-8)

1 >Kita jangan selalu mengharap, kerana mengharap tidak pasti tertunai. Tetapi kita boleh bersabar, kerana kesabaran itu mengajar kita erti kehidupan.)

2 >Setiap kita di dunia ini tidak mahu memilih jalan yg derita, hakikatnya tanpa usaha keajaiban tidak akan berlaku.

3 >Jangan menangis kerana gagal dalam cinta, sebab manusia akan meninggalkan apa yg di cinta.

Tuesday, December 7, 2010

Kasih Opah

Assalamualaikum Semua...

Sekarang ni atas Feri, dalam perjalanan nak balik ke tempat kerja. Tadi ada meeting kat Seberang Perai. Sementara nak tunggu Feri ni nak berlabuh, saya nak coretkan sedikit peristiwa yang berlaku baru sebentar tadi.

Sebelum saya naik Feri ni, saya singgah sekejap kat gerai seorang makcik ni. Dia menjual pisang goreng. Boleh kata hampir setiap minggu, jika balik dari meeting saya akan singgah untuk beli pisang goreng makcik ni. Setiap kali saya singgah kat gerai makcik ni, tak pernah sekali pun saya nampak dia tersenyum. Tapi hari ni lain sikit. Dia senyum memanjang... Kenapa ek??? Rupa-rupanya, cucu dia yang berumur 7 tahun ada membantu dia membungkus pisang goreng yang dipesan pelanggan. Patut la dia seronok...
Perbualan antara kami:

Saya : Pisang Goreng seringgit Makcik.
Makcik : Baik.

Saya : Yang ni apa makcik? Sambil menuding ke arah cucur kodok di depan saya.(Time tu mana saya tahu cucur apa tu)
Makcik : Cucur Kodok.

Saya : bagi saya seringgit.
Makcik : Baik.
Cucu Makcik : Nak masukkan berapa ketul ni Opah?(Sambil memegang plastik dan bersedia untuk memasukkan pisang goreng dan cucur kodok saya kedalam plastik)
Makcik : 5 ketul. Pandai cucu Opah... Bantu Opahkan? (Sambil tersenyum lebar memandang cucunya membungkus pisang goreng untuk saya)

Saya : Nugget tu kira macam mana Makcik?
Makcik : 3 seringgit.

Saya : Ok, yang tu pun bagi seringgit. (banyaknya makan, yelah dari pagi tadi tak makan apa)
Makcik : Tiga ringgit dik.

Saya : Ini duitnya Makcik...

Sepanjang 2 minit saya di sana, Makcik tu asyik tersenyum saja. Tak macam sebelum-sebelum ni. Masam je muka...
Apa yang dapat kita ambil sebagai pengajaran di sini adalah, Jangan lupa bawa anak-anak kita menjenguk datuk atau nenek mereka. Kerana datuk dan nenek amat merindui dan menyayangi mereka. Begitu juga kepada cucu-cucu yang dah dewasa, jangan lupa jenguk datuk dan nenek korang ye. Mereka menantikan kedatangan cucu-cucu kesayangan mereka.

Feri pun dan nak sampai kat jeti. Sampai sini saja coretan saya. Jumpa di lain hari.

Wassalam...

Ikhlas,
-Asfandi-




Sunday, December 5, 2010

Perkongisan Pengalaman Bercuti 1



Assalamualaikum Semua...

Tergerak hati saya untuk kongsikan pengalaman ketika saya bercuti di Sabah pada Hari Raya Aidilfitri yang lalu. Salah satu tempat yang kunjungi adalah 'Tagal' Sungai Moroli, Kampung Luanti, Ranau, Sabah. Tempat 'Fish Massage'. Di sini ikan-ikannya sangat jinak. Jika kita masuk ke dalam sungai, ikan akan berduyun-duyun datang ke arah kita untuk memberikan urutan.

Info:
Dalam dialek bahasa tempatan Bangsa Kadazandusun, 'Tagal' bermaksud tidak mengail/menangkap/memancing ikan atau apa-apa sahaja aktiviti yang boleh menyebabkan ikan dikeluarkan dari sungai. Tujuan 'tagal' ini dilakukan adalah untuk memelihara ekosistem alam bagi generasi masa hadapan. Dengan adanya 'tagal' ini, aktiviti menangkap ikan terkawal, dan ikan-ikan dapat membiak dengan banyak di sekitar sungai tersebut(sebab tu ikan-ikan semua jinak kat sungai ni).


Lihat gambar saya kat bawah ni:


Baru sampai ke Sungai Moroli, Kampung Luanti.


Papan Tanda


Antara Peraturan-peraturan yang terdapat di sini.
Diharap kita dapat mematuhi peraturan yang telah ditetapkan agar segala aktiviti bejalan lancar, dan tidak merosakkan alam-sekitar.


Lihatlah bagaimana jinaknya ikan-ikan tersebut datang 'mengurut' kaki.


Ini pula saya. Saya ambil pakej rendam satu badan. Kena bayar RM10(15minit) je.


Macamana ada berani nak masuk ke dalam sungai sambil ditemani beratus ekor ikan kelah? Dan beberapa jenis ikan lain. Jangan risau, ikan-ikan ni takde gigi. Sebab tu dia tak dapat makan orang...



Di atas Jambatan Gantung Sungai Moroli.


Bagaimana? Teruja untuk melawat Sabah? Terdapat pelbagai lagi tempat-tempat menarik dan aktiviti-aktiviti menarik yang boleh kita lakukan di Sabah. Di samping kita berseronok, kita dapat melihat keindahan alam ciptaan Allah, dan kita juga dapat menghayati keunikan sesebuah tempat tersebut.

Bayaran Masuk

Bayaran Masuk

Umur

Bayaran

Penduduk Ranau (Malaysia)

Dewasa >18 yrs

RM 3.00

Kanak-kanak <18>

RM 1.00

Penduduk Luar (Malaysia)

Dewasa >18 yrs

RM 5.00

Kanak-kanak <18>

RM 2.00

Antarabangsa

Dewasa/Kanak-kanak

RM 10.00




Saturday, December 4, 2010

Pertanyaan Imam al-Ghazali

Enam Pertanyaan Imam al-Ghazali

Suatu hari, Imam al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam beliau bertanya bebeapa hal.

Pertama, “Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?. “ Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam al-Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah “Mati”. Sebab itu sudah janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (QS. Ali Imran 185)

Lalu Imam al-Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. “Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?”. Murid-muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam al-Ghazali menjelaskan bahwa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar, ujarnya, adalah “MASA LALU.” Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, kita tetap tidak mampu kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Lalu Imam al-Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. “Apa yang paling besar di dunia ini?”. Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah “Nafsu” (QS. Al- a’araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Pertanyaan keempat adalah, “Apa yang paling berat di dunia ini?”.
Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah. Semua jawapan kalian benar, kata Imam Ghozali, tapi yang paling berat adalah “memegang AMANAH” (QS. Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak bisa memegang amanahnya.

Pertanyaan yang kelima adalah, “Apa yang paling ringan di dunia ini?”.
Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam al-Ghazali. Namun menurut beliau yang paling ringan di dunia ini adalah ‘meninggalkan SOLAT’. Gara-gara pekerjaan kita tinggalkan solat, gara-gara mesyuarat kita juga tinggalkan solat.

Lantas pertanyaan keenam adalah, “Apakah yang paling tajam di dunia ini?”. Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang. Benar kata Imam al-Ghazali. Tapi yang paling tajam adalah “lidah MANUSIA”. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri

Demikianlah 6 pertanyaan Imam al-Ghazali kepada murid-muridnya. Banyak yang dapat dipelajari dan diambil ikbira. Semoga kita semua akan dapat memperbaiki diri dan meningkatkan lagi taqwa kita kepada Allah. Insyaallah.

Ikhlas,

-Asfandi-

Thursday, December 2, 2010

Nasihat Luqmanul Hakim

"Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)”. Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji."
(Petikan ayat al-Quran; Surah 31 - Luqman, ayat 12)

Di sini terdapat beberapa nasihat daripada Luqmanul Hakim:

01 – Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

02 – Orang – orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.

03 – Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

04 – Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

05 – Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 – Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

07 – Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

08 – Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

09 – Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10 – Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

11 – Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 – Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

13 – Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 – Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15 – Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16 – Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

17 – Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

18 – Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

19 – Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20 – Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 – Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22 – Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.

23 – Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

24 – Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

25 – Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Semoga kita mendapat iktibar dan juga manfaat daripada nasihat-nasihatnya untuk kegunaan dunia dan akhirat. Insyaallah...

Ikhlas,

-Asfandi-


Graf Bilangan Pengunjung Yang Melawat Blog Ini

Terima Kasih Kepada Semua yang mengunjungi Blog Saya

Ads Google

Design by : Asfandi