Madah Hari Ini (2011-02-26)

"IMPOSSIBLE"

"I'M POSSIBLE"


Sedikit motivasi untuk diri saya dan anda semua, para pembaca yang dikasihi...
Dua frasa yang mempunyai huruf yang sama, susunan yang sama, cuma satu kelainan. Tanda ( ' ) antara huruf 'I' dan 'M'. Sedikit perubahan telah mengubah keseluruhan maksud perkataan. Inilah topik yang ingin saya huraikan dalam posting kali ini.

Impossible dalam maksud bahasa melayunya adalah Mustahil.
I'm Possible pula dalam maksud bahasa melayunya adalah Tiada Yang Mustahil Bagi Saya.

Lihat la betapa dengan sedikit perubahan pada perkataan sahaja telah mengubah maksud keseluruhan perkataan tersebut. Begitulah juga dengan kita semua. Cara kita berfikir akan mengubah kehidupan kita dengan sedikit keberanian dan fikiran positif kita mampu untuk mencapai apa yang kita inginkan dalam hidup. Jangan selalu berfikiran sempit, semua perkara kita katakan mustahil. Di dalam membuat sesuatu keputusan atau perkara, tiada siapa yang tahu keputusannya selagi tidak mencuba. Orang yang takut gagal itu, telah pun gagal sebelum membuat sesuatu.

Saya mengambil contoh; Seorang pelajar selalu menganggap dirinya mustahil untuk berjaya dan mendapat keputusan yang cemerlang. Pelajar jenis ini telah pun gagal sebelum mengambil ujian. Jika pelajar ini sentiasa berfikiran positif dan terbuka, beliau mungkin dapat mengubah keputusannya daripada gagal kepada lulus, walaupun tidak mendapat keputusan yang cemerlang. Tetapi tidak mustahil untuk beliau mendapat keputusan yang cemerlang selagi beliau sanggup belajar dan menggunakan segala macam bentuk pembelajaran untuk menjadi seorang pelajar yang berjaya dan cemerlang.

Sama juga halnya dalam perniagaan; Seorang Peniaga yang takut kerugian dan tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh memajukan perniagaannya, telah pun gagal dalam perniagaan yang beliau lakukan. Jangan ada fikiran Mustahil dalam hidup ini, jika kita ingin berjaya dalam hidup. Setiap perkara pasti ada jalan untuk melakukannya. Yang penting Ilmu dan kesungguhan itu perlu ada. Pendek kata tiada perkara yang IMPOSSIBLE dalam mencapai kejayaan. Yakinlah I'M POSSIBLE dan berusahalah kearah itu. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin supaya kita dapat memajukan diri kita, keluarga dan bangsa serta agama kita.

Dengan sedikit perubahan cara berfikir akan dapat mengubah hidup kita selamanya.
Semoga dengan sedikit perkongsian ini dapat membuka minda pembaca blog sekalian.

Wassalam...


Ikhlas,
-Asfandi-

Comments