Sabar...

Kita sering kali mendengar kata-kata Sabar dikeluarkan kepada orang yang tengah marah, sedih, kelam-kabut, tension dan macam-maca lagi perbuatan yang diluar pertimbangan akal.
Namun tidak ramai yang benar-benar dapat menunjukkan sifat sabar itu secara praktikal dan juga bersungguh. Ada yang cuma tahu mengucapkannya di mulut dan bila keadaan yang sama berlaku pada mereka, hilang kesabaran dalam diri. Di bawah ini saya ingin kongsikan beberapa perkara mengenai sabar yang kita tidak pernah terfikirkan, dan kita lebih suka mengikut nafsu untuk untuk melakukan sesuatu perkara yang berdosa dan hina di sisi Ugama Islam.


>> Alangkah bodohnya dan zalimnya manusia, dia tak sabar menghadapi kesukaran dalam kehidupan, akhirnya terjerumus dengan perbuatan yang merugian orang ramai, mencuri, menipu di mana-mana sahaja.


>>Alangkah bodoh dan zalimnya manusia, dia tak sabar hadapi krisis yang melanda, akhirnya dia melakukan perbuatan yang buatkan Negara tercoreng dan terhina di hadapan dunia antarabangsa.


>>Alangkah bodoh dan zalimnya manusia, dia tak sabar hadapi mahalnya harga makanan akhirnya dia berhutang sana, berhutang sini. Tak mampu berjimat.


>>Bodoh dan zalimnya manusia, dia tak sabar hadapi dugaan hidup yang menimpa, akhirnya mati bunuh diri.


>>Alangkah bodoh dan zalimnya manusia, dia tak sabar hadapi kritikan orang hingga marah-marah di depan orang ramai, hancur harga diri dan rosak kehormatannya.


>>Bodoh dan zalim sekali manusia yang tak pandai mensyukuri nikmat yang Allah berikan padahal nikmatnya melimpah ruah dan kasih sayang yang tiada tandingan.



Ambillah ikhtibar daripada kisah di bawah:

Teguran Rasulullah Pada Abu Bakar r.a


Dikeluarkan oleh Ahmad dan At-Tabarani dari Abu Hurairah r.a. bahawa seorang lelaki telah mencerca Abu Bakar r.a. Ketika itu, Rasulullah SAW juga sedang duduk di sana. Baginda SAW tersenyum dan kehairanan melihatkan keadaan lelaki tersebut. ketika lelaki itu mula bersikap kurang ajar terhadap dirinya, Abu Bakar r.a. pun membalas beberapa kata lelaki tersebut.


Dengan yang demikian, Rasulullah SAW menjadi marah lalu bangun dan diikuti oleh Abu Bakar r.a.Abu Bakar berkata kepada Rasulullah SAW: “Lelaki itu bersikap kurang ajar terhadap diriku, oleh kerana itu aku membalasnya. Ketika aku mulai membalasnya, kamu meninggalkan kami di tempat itu”.


Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kamu tidak membalas kata-katanya, terdapat malaikat yang membalasnya untuk kamu. Walau bagaimanapun apabila kamu mulai membalas kata-kata kasarnya itu syaitan mula mengambil tempat dan duduk di antara kamu. Yang demikian itu aku tidak mau duduk bersama-sama dengan syaitan”.


Kemudian Rasulullah SAW bersabda lagi: “Ya Abu Bakar! Terdapat tiga perkara yang benar yaitu:


1) Apabila seorang hamba itu dizalimi dengan satu kezaliman, maka dia meninggalkan tempat itu semata-mata kerana Allah, Allah akan menguatkan dan membantunya.


2) Apabila seseorang itu membuka pintu kedermawanannya dan memberi hadiah, maka Allah akan menambahkan kekayaannya.


3) Apabila seseorang itu mula meminta-minta untuk menambahkan kekayaannya, maka Allah akan mengurangkan kekayaannya.



Comments