SPECIAL OFFER!!!

Dapatkan Kata-Kata Hikmah Setiap Hari





Untuk mendapatkan Kata-Kata Hikmah dan info menarik ke email anda setiap hari, sila daftarkan email anda di bawah.


(Jangan lupa selepas masukkan email, buka email untuk mengesahkan pendaftaran)

Sila masukkan email anda:

Delivered by FeedBurner

Ads Google

Wednesday, January 5, 2011

Lagu: Hati Kama - Siti Nurhaliza & Noraniza Idris

Lagu Hati Kama ini telah lama dalam perancangan untuk di postkan. Sepatutnya posting entry ini dilakukan selepas beberapa hari entry bertajuk "Lagu Yang Bermakna" di keluarkan. Tetapi atas sebab-sebab tertentu, tertunda dan terus terlupa sehinggalah pada beberapa hari yang lepas terlihat semula entry "Lagu Yang Bermakna". Oleh itu saya memberi laluan kepada lagu ini untuk menjadi Pembuka Lembaran Tahun 2011. Hayatilah lirik dan maknanya...

Sila baca entry sebelum ini yang Bertajuk "Lagu Yang Bermakna".
antara sedutan entry tersebut:

"Terdapat juga lirik lagu yang mencerminkan ketinggian nilai-nilai budaya, Hati Kama yang ditulis Hairul Anwar Harun, nyanyian Noraniza Idris dan Siti Nurhaliza.

Mengindang-ngindang padi huma
Mengindang dalam tampaian
Memandang-mandang Hati Kama
Memandang-mandang dalam renungan

Mendengar lagu ini kita terbayang dua orang gadis yang sedang mengindang atau menampi padi. Ketika menampi itu lalu seorang yang menarik perhatian kerana pekerti dan tingkah lakunya. Mengindang-ngindang padi bererti menampi-nampi untuk mengasingkan yang bernas dari yang hampa, yang beras dan yang antah. Perbuatan mengindang adalah simbolis dari memilih antara baik dan yang buruk. Malangnya generasi muda tidak lagi mengenal indang atau nyiru, malah tidak dapat menghayat ketinggian falsafah yang terdapat padanya."



LAGU HATI KAMA - SITI NURHALIZA & NORANIZA IDRIS




Siti Nurhaliza & Noraniza Idris

Mengindang-ngindang Padi Huma
Mengindang Dalam Tampian
Memandang-mandang Hati Kama
Memandang Dalam Renungan
Bisik-berbisik Pada Pekerti Mulia
Risik-merisik Mana Lahir Asal Usulnya

Mendengar Suara Lela Lebur
Bertentangan Mata Panah Arjuna
Terbayang Senyuman Bunga Gugur
Siapa Gerangan Bagaikan Betara

Adakah Dia Hamba Sahaya
Ataupun Bijak Mentafsir Mimpi
Mungkinkah Jua Benar Diduga
Hingga Terusik Hati Nurani

Tawanlah Jiwa Ku
Bebaskan Sayap Juwita
Turutlah Janji Ku
Tinggalkan Segenap Lara

Burung Yang Terbang
Salam Utuskan Salam
Pada Renungan Pandang
Selayang Pandang

Bukan Betara 2 X
Atau Pesona 2 X
Insan Biasa 2 X
Aaaah...

No comments:

Post a Comment

Graf Bilangan Pengunjung Yang Melawat Blog Ini

Terima Kasih Kepada Semua yang mengunjungi Blog Saya

Ads Google

Design by : Asfandi