Dr Azizan Osman


"Artikel di bawah merupakan karangan Dr Azizan mengenai pengalamannya ketika mengharungi dunia perniagaan. Ikuti cerita dan luahan hati Dr Azizan, menjadi inspirasi kepada kita untuk lebih ingin berjaya. Insha Allah..."

Salam Ramadhan,
(Apa yang dikongsikan ini adalah kisah saya yang agak panjang tetapi saya percaya ia akan memberi inspirasi kepada yang benar-benar mahu mengubah hidup anda Insya-Allah. Jika anda mampu baca ini sehingga habis, anda mempunyai sikap seorang yang berjaya iaitu mereka fokus mulakan sesuatu dan lakukannya sehingga habis)
Beberapa hari ini saya rasa agak “sentimental” dan “instrumental” kerana Alhamdulillah tahun ini merupakan tahun ke-18 saya run business selepas saya berhenti kerja pertama makan gaji saya pada tahun 1997 sebagai Eksekutif Analisis Pelaburan di bawah sebuah syarikat broker saham KLSE di Melaka satu ketika dahulu. Masih jelas “drama” yang berlaku apabila saya buat keputusan berhenti kerja dan mahu berniaga, tetapi tidak dipersetujui oleh orang tua saya ketika itu. Tetapi saya teruskan juga walaupun tidak ada modal dan setiap perniagaan yang diceburi beberapa tahun ketika itu samada rugi atau gagal sehinggalah saya “terjebak” dengan meminjam dari Along pada tahun 2000 selepas kerugian “pelaburan” (skim cepat kaya) yang diajak oleh seorang kawan saya yang kemudiannya hilang ditelan bumi (Tak tahu ke mana).
Dan bagi yang sudah selalu baca atau dengar perkongsian jatuh bangun saya, anda pasti tahu betapa pedihnya hati saya pada waktu itu dan bertambah kecewa bila saya cuba untuk membuat temujanji dengan 3 jutawan Melayu yang saya tahu mereka juga dahulu bukan dari keluarga yang senang tetapi akhirnya berjaya membina perniagaan mereka dan berjaya. Tetapi permohonan temujanji saya ditolak atas pelbagai alasan. Dan pada waktu itu saya mahu berjumpa mereka bukanlah untuk meminta wang tetapi sekadar mahu bertanya kenapa dan bagaimana mereka boleh berjaya di dalam perniagaan mereka tetapi saya kecundang.
Saya almost give-up waktu itu tetapi Allah SWT yang Maha Memakbulkan doa saya ketika itu telah melorongkan saya berjumpa semula dengan seorang jutawan Cina yang saya kenali ketika saya cuba menjual tanah waktu saya jadi broker tanah (salah satu benda yang saya pernah buat tetapi tidak pernah dapat jual walau seinci tanah pun). Jutawan Cina ini tidak pernah bersekolah dan tidak pandai cakap Melayu tetapi disebabkan saya pandai cakap Cina dan bersekolah Cina selama 12 tahun, dia suka saya. Saya meminta untuk berjumpa dengan beliau dan dia mengajak saya ke rumah beliau (Tanpa perlu temujanji). Dan to make a long story short, dia tanya saya berapa tahun saya telah berniaga? Saya beritahu saya telah berniaga lebih 3 tahun.
Anda tahu apa dia cakap? Jika lu sudah berniaga lebih 3 tahun, lu mesti sudah jutawan? Sebab dia cakap, jika seseorang itu berniaga dengan strategi yang betul, tidak sampai 3 tahun boleh touch 1st Million. Saya jawab, saya bukan sahaja tidak buat satu juta ringgit tetapi saya berhutang dengan Along dan bank.
Dia menunjukkan kesilapan saya selama saya berniaga dan kerugian yang saya hadapi semua adalah berpunca daripada keegoan saya dan kebodohan saya. Pendeknya “BodSom” Bodoh Sombong! Tidak ada ilmu berniaga yang praktikal, tidak ada mentor jutawan yang saya follow atau belajar dari mereka serta saya ingat CGPA 3.72 saya belajar tentang business adalah cukup bagus untuk bina business dari kosong hingga jadi jutawan. Dia cakap, jika CGPA tinggi menjadikan seseorang itu jutawan, then dah ramailah yang belajar sampai Master atau PHD atau lecturer yang mengajar business pun dah jadi usahawan atau jutawan yang berjaya.
Tapi dia sekolah pun tidak, membaca pun tidak reti tetapi boleh berpendapatan lebih RM500,000 sebulan, ketika itu  dengan hanya berniaga barang-barang mentah eksport ke Singapura secara kecil-kecilan. Pada saat itu, saya rasa kena tampar 3,000 kali kanan dan kiri tanpa henti. Dia akhirnya suruh saya pergi cari mentor business dan pemasaran yang bagus yang bukan sahaja dah berjaya tetapi mahu mengajar saya dan pandai mengajar saya kerana dia tidak pandai mengajar dan tidak ada masa untuk ajar.
Ketika itu bulan Oktober tahun 2000, mana saya nak cari mentor? Mana nak cari jutawan yang nak ajar orang lain berjaya macam dia? Gila apa? Dan saya tidak mahu berniaga MLM. Saya dah cuba banyak kali sebelum itu buat macam-macam dan tidak jadi. Masa itu tidak ada seminar-seminar atau Klinik Usahawan Dr Azizan, kalau ada Insya-Allah saya akan commit belajar sebab ketika itu saya tahu, the only way untuk saya keluar dari seluruh masalah hutang saya, masalah kewangan saya dan masalah perniagaan saya adalah dengan mempunyai mentor usahawan dan jutawan yang telah terbukti berjaya dan follow sahaja exactly apa yang dia ajar sebab dia dah terbukti berjaya.
Selepas pertemuan dengan jutawan Cina tersebut, masalah dengan Along saya tidak selesai serta merta tetapi saya lebih berani menghadapi mereka untuk mengatur pembayaran semula walaupun perit. Saya buat keputusan untuk bekerja semula. Tapi saya berfikir kali ini saya mahu bekerja di tempat yang saya boleh belajar berniaga dan pemasaran kerana jutawan Cina tersebut seperti saya selalu sebut, Allah SWT Maha Menunjukkan jalan dan saya dilorongkan untuk memohon bekerja sebagai pelatih pengurusan di sebuah syarikat pengiklanan dan pemasaran di Melaka tetapi merupakan sebuah syarikat di bawah syarikat utamanya di London.
Pendekkan cerita, di sini saya dilatih membina business dan menjalankan kempen pemasaran untuk kontrak-kontrak projek di bawah syarikat-syarikat perbankan seperti HSBC, Standard Chartered, syarikat telekomunisasi seperti Telekom dan banyak lagi. Dan Alhamdulillah selepas menjalani latihan dan hit semua kriteria yang diperlukan, saya ditawarkan untuk mendaftarkan syarikat saya sendiri serta menjalankan projek-projek pengurusan pengiklanan dan pemasaran di bawah syarikat utama yang melatih saya. Alhamdulillah, pada umur saya 32 tahun iaitu pada tahun 2006, saya berjaya mencapai 1st million saya. 7 tahun saya membina syarikat tersebut bekerja siang dan malam sehingga saya mempunyai lebih 1,500 orang kakitangan dan ketika itu kami menguruskan projek untuk banyak jenama-jenama besar seperti TM, Celcom, Digi, Maxis, Makna, WWF, Starhub dan banyak kali di Malaysia, Singapura, Indonesia, Hong Kong dan Australia di bawah kontrak syarikat induk prinsipal saya sehinggalah pada tahun 2008 saya membuat keputusan untuk tamatkan kontrak syarikat saya di situ.
Panjang cerita kenapa saya buat keputusan tersebut dan ia banyak berkaitan dengan kebebasan masa saya dan masalah peribadi saya (Lain kali saya share). Pada tahun itu, tahun penuh dengan cabaran peribadi bagi saya. Dan saya sungguh bercelaru dengan langkah saya seterusnya. Selepas beberapa bulan memohon pimpinan dan petunjukNya, saya mula didatangi rakan-rakan yang berniaga yang meminta nasihat saya untuk mereka pasarkan produk atau perkhidmatan mereka which Insya-Allah tidak susah bagi saya kerana memang itulah kepakaran saya selama beberapa tahun run business advertising dan marketing serta sebagai marketing strategist. Business mereka start growing dan semakin ramai yang datang minta advise dan masa itulah saya buat keputusan untuk membina semula agensi pengiklanan dan pemasaran saya semula serta pada masa yang sama,  mula berkongsi ilmu dan pengalaman saya melalui seminar-seminar.
Tidak pernah saya bermimpi untuk run seminar sehingga beribu-ribu orang untuk berkongsi ilmu bisnes dan formula bagaimana merubah hidup serta tahap kewangan dalam masa yang singkat sebagaimana saya dibimbing oleh mentor-mentor saya dahulu.
Dari hanya 9 orang yang hadir ke seminar saya yang pertama pada penghujung bulan Jun 2008, hanya dalam masa setahun sahaja selepas itu seminar saya dihadiri lebih 4,500 orang di Mines Convention Seri Kembangan. Dan disebabkan bukti kejayaan dan perniagaan mereka-mereka yang follow exactly apa yang saya ajar di dalam seminar-seminar saya, ada yang berjaya membina pendapatan beratus ribu sebulan di dalam perniagaan yang mereka pilih. Ada yang surirumah, ada yang pelajar, ada yang engineer dan akhirnya berhenti kerja dan run full time business dan berjaya buat pendapatan sehingga berjuta setahun. Alhamdulillah. Ada doktor yang mempunyai klinik dan akhirnya dapat membuka beberapa cawangan klinik serta meningkatkan pendapatan setiap bulan.
Pendek kata, terlalu banyak saya saksikan di hadapan mata saya sehingga ke saat ini bagaimana ilmu dan formula yang saya kongsikan based on pengalaman business saya sendiri telah membantu ramai memperbaiki hidup, tahap kewangan mereka serta ramai yang akhirnya mempunyai lebih banyak masa dengan keluarga mereka. Ada yang hargai ilmu yang pernah diberikan dan ada yang dah lupa diri.
Sehingga hari ini, lebih 600,000 yang telah hadir dan belajar di seminar-seminar saya serta terlalu ramai yang telah menjadi bukan sahaja usahawan tetapi jutawan dan lebih ramai yang sedang pantas berkembang membina perniagaan mereka. Pada masa yang sama, portfolio clients untuk business advertising dan marketing kami juga growing sehingga kami telah berjaya consult dan bantu syarikat-syarikat SME serta beberapa syarikat yang saya uruskan dahulu pun mendapatkan khidmat nasihat syarikat agensi kami.
Dan Insya-Allah esok genaplah ulangtahun ke-7 Richworks Group of Companies bermula dari kosong sehingga sekarang mempunyai beberapa perniagaan utama iaitu sebagai Accredited Advertising Agency, Event Management Company, Leading Seminar & Training Company, Coaching Business, Syarikat Penerbitan Buku, Syarikat Corporate Advisory Services, E-Learning Education Platform, Integrated Marketing Consultant Firm, Property Investment Firm dan Insya-Allah akan melancarkan Kolej Keusahawanan saya sendiri yang sedang menunggu proses-proses kelulusan Insya-Allah akan dilancarkan hujung tahun ini.
Ada sesuatu yang saya “dapat” ketika saya jatuh semula pada tahun 2008 selepas saya menamatkan kontrak dengan syarikat sebelum ini yang membuatkan saya mahu berkongsi ilmu dan pengalaman bisnes serta kepakaran pemasaran saya. Saya membuat keputusan untuk menjadikan hidup saya lebih bermanfaat. Saya percaya pasti Allah SWT tidak jadikan jatuh bangun hidup saya dan perniagaan saya sebelum ini dengan sia-sia dan hanya sekadar untuk kejayaan diri saya. Waktu itu, saya mendapat “mesej” melalui hadis Nabi SAW ini yang bermaksud “Sebaik-baik manusia adalah mereka yang bermanfaat kepada ramai orang lain”.
Waktu itu saya terfikir, saya pernah gagal dalam business ketika saya mula-mula start business, saya pernah minta tolong dengan ramai jutawan tetapi tidak ada yang ada masa untuk bantu saya. Syukur,  Allah SWT lorongkan saya untuk jumpa dengan jutawan Cina tersebut yang hanya memberikan satu nasihat penting, cari mentor.
Jadi saya berfikir, jika saya dari tidak ada apa-apa dan kemudian saya ada mentor yang akhirnya telah memudahkan saya untuk membina perniagaan saya, saya fikir, pasti ramai di luar sana yang celaru dan tercari-cari halatuju bagaimana untuk mereka keluar dari masalah hutang mereka, bagaimana mahu perbaiki hidup mereka dan tahap kewangan mereka, pasti ramai terutamanya anak bangsa yang mahu dibimbing atau komited dibimbing. Cuma saya juga belajar sesuatu over these years ini selepas saya belanja berjuta ringgit setahun untuk buat seminar percuma saya sebelum ini sehingga tahun lepas hampir 140,000 hadir seminar saya secara percuma, saya dapati, bukan semua yang percuma itu bagus. Bila mereka bayar untuk dapatkan sesuatu, mereka lebih komited dan tindakan mereka lebih luar biasa. Dan bukan semua orang komited nak ubah hidup dia. “Udara hanya penting dan akan dihargai jika ia diberikan kepada mereka yang hampir lemas di dalam air”.
Akhir kata dari saya, hidup ini pilihan kita. Mereka yang mahukan dunia, mestilah ada ilmu dan orang yang mahukan akhirat, mestilah dengan ilmu dan orang yang mahukan kedua-duanya juga mestilah dengan ilmu. Ilmu yang terbaik bagi saya adalah ilmu dari mereka yang terbukti berjaya di dalam bidang mereka. Dan anda boleh dapatkan ilmu dengan buat kesilapan yang pastinya jika kesilapan membuat keputusan di dalam perniagaan, ia bukan sahaja akan merugikan banyak duit tetapi buang masa dan ia memberikan kesan kepada emosi kita.
Jika anda komplen perkongsian saya ini panjang, saya nak beritahu anda yang saya tidak pernah paksa anda baca. Saya mengambil masa menulis ini pagi ini kerana saya mahu coretkan sesuatu dan saya mahu kongsikan kisah saya ini buat inspirasi mereka yang memerlukannya. Saya juga ingin memberikan pesanan, tidak ada gunanya kerja atau bisnes kita jika akhinya ia membuatkan kita lalai kepada Allah SWT. Ia hanya akan bermanfaat jika ia mendekatkan diri kita kepadaNya dan ia bermanfaat untuk ramai orang lain.
Gaji saya dahulu RM1,500 sahaja sebulan. Keluarga saya bukan orang senang, arwah ayah saya kerja kerajaan sahaja dan mak saya surirumah sepenuh masa. Tetapi ia tidak menghalang seseorang untuk memperbaiki hidup keluarganya dan berikan kehidupan yang lebih baik kepada orang yang mereka sayangi.
Semua orang buang masa buat benda yang sama tetapi mengharapkan hidupnya berubah. Saya tahu ramai yang mahu ubah hidup tetapi ramai yang tidak mahu berguru atau belajar sebab egonya lebih tinggi dari Gunung Everest tetapi pokai. Macam saya dulu!
Ada banyak cara anda boleh dapatkan ilmu dan belajar dari pengalaman saya jika anda komited belajar. Saya cadangkan anda masukkan nama dan emel anda segera di blog saya azizanosman.com/blog sekarang kerana sebagai hadiah dari saya sempena 7 tahun Richworks ini, saya bakal berikan 5 modul siri dari seminar saya yang terbaru diajar secara online, anda hanya perlu tonton video saya tersebut dari komputer atau mobile phone anda nanti. Saya akan emelkan pelancarannya nanti dalam masa beberapa hari akan datang. Pastikan masukkan emel anda di blog saya seperti tertera di atas.
Untuk ubah hidup, kita perlukan ilmu dan bila kita ada ilmu next yang kita perlukan adalah KUASA TINDAKAN. Tidak ada kejayaan bagi orang yang MALAS, BERTANGGUH dan SUKA BERI ALASAN.
Jika apa yang saya kongsikan ini bermanfaat, pastikan anda sebarkan ia. “Sebaik-baik manusia adalah mereka yang memberi manfaat kepada RAMAI ORANG LAIN”. (Maksud Hadis)
Insya-Allah perjuangan saya belum selesai dan Richworks sedang berkembang ke Indonesia, India dan beberapa buah negara lain ke peringkat lebih tinggi lagi agar kami dapat bantu lebih ramai lagi.
Doakan kami.
Salam sayang.
Dr Hj Azizan Osman
Jurulatih Kejayaan & Pakar Pemasaran No.1 Asia

"Artikel ini diperolehi dari http://azizanosman.com/beberapa-hari-ini-saya-rasa-agak-sentimental/?inf_contact_key=bcf5af24a8fa3be8d79549cc8974b08a57c11e924076e2385527f28ca841d9e7"

Comments

  1. NJ Sports Betting - JT Hub
    Sports betting is a breeze at JTG in New Jersey, and it's time to find 정읍 출장안마 your favorite sports bet in 밀양 출장안마 New 대전광역 출장샵 Jersey! We have everything 전라북도 출장마사지 you 하남 출장안마 need in a

    ReplyDelete

Post a Comment