SPECIAL OFFER!!!

Dapatkan Kata-Kata Hikmah Setiap Hari





Untuk mendapatkan Kata-Kata Hikmah dan info menarik ke email anda setiap hari, sila daftarkan email anda di bawah.


(Jangan lupa selepas masukkan email, buka email untuk mengesahkan pendaftaran)

Sila masukkan email anda:

Delivered by FeedBurner

Ads Google

Saturday, March 19, 2011

Mengurangkan Berat Badan, Bagaimana Memulakannya?

Memang mengecewakan apabila segala usaha yang telah kita ambil untuk mengurangkan berat badan menemui kegagalan. Bukan kita tidak pernah cuba untuk mengurangkan berat badan, malah pelbagai cara telah kita lakukan untuk mencapai berat badan yang kita impikan. Akhirnya, impian hanya tinggal impian apabila setiap kali kita menjejakkan kaki ke atas penimbang, jarum itu tidak terhenti di tempat yang kita harapkan. Sedikit demi sedikit semangat kita mula luntur dan kita mula berputus asa. Dan akibatnya, kita dulu yang memakai saiz S, mungkin kini selesa dengan saiz XL atau XXL. Lama kelamaan kita mula selesa dengan keadaan itu dan kita tidak mempedulikan lagi dengan keadaan sekeliling.

Pernahkah kita renungkan secara mendalam kenapa usaha kita dalam menurunkan berat badan mencapai kegagalan ? Paling penting, adakah kita benar-benar serius dalam mengurangkan berat badan ? Mungkin anda tidak bersetuju dengan saya, tetapi kebanyakkan daripada kita tidak serius dalam mengurangkan berat badan. Kita mungkin hanya bersungguh-sungguh pada mulanya, tetapi lama-kelamaan semangat kita mula berkurangan. Ini ditambah lagi dengan godaan-godaan makanan yang enak di depan mata. Kita tidak berdaya untuk menahan nafsu makan. Kita tidak berdaya menolak makanan-makanan enak yang biasanya tinggi lemak serta tinggi kalori setiap kali perut meminta makanan. Malah, kadang-kadang kita makan bukan kerana kita lapar. Anehnya, walaupun kita sudah termengah-mengah kekenyangan, tapi bila melihat makanan di depan mata, kita masih lagi mampu mengunyah dan menelan makanan tersebut tanpa belas kasihan pada perut kita. Semuanya kerana kita tidak dapat menahan nafsu makan.

Ada juga yang mengambil pendekatan ”tak pe”. Tak pe lah badan macam ni pun suami sayang jugak. Tak pe badan macam ni pun isteri tak komplen. Inilah salahnya bila kita mula membuat sesuatu kerana orang lain, bukan kerana diri kita sendiri. Cuba tanamkan keazaman untuk mengurangkan berat badan kerana diri sendiri. Cuba fikirkan faedah dan kebaikan kepada kesihatan kita apabila kita berjaya mengurangkan berat badan. Pernah tak kita sedar bahawa berat badan yang berlebihan dan obesiti sebenarnya merupakan salah satu faktor risiko penyakit-penyakit kronik yang semakin menular di kalangan masyarakat kita. Kita seringkali mendengar saudara mara, sahabat handai serta jiran satu taman atau satu kampung yang meninggal kerana kencing manis, darah tinggi atau sakit jantung. Tapi, pernahkah kita sedar dengan berat badan yang berlebihan kita juga mungkin boleh menyumbang kepada statistik tersebut.

Bagi mereka yang serius untuk mengurangkan berat badan, di sini ada beberapa panduan mudah yang anda boleh jadikan asas permulaan untuk mengurangkan berat badan. Namun anda harus ingat, mengurangkan berat badan bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan semalaman. Anda harus banyak bersabar dan konsisten dengan apa yang anda lakukan. Perlu di ingat, dengan mengambil jalan pintas anda mungkin tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi.


Bagaimana bermula ?

1. Perhatikan saiz hidangan anda. Mungkin selama ini kita tidak sedar bahawa kita mengambil makanan secara berlebihan. Oleh itu, kurangkan sedikit kuantiti makanan yang anda makan daripada biasa.
2. Makan secara teratur dalam kuantiti yang kecil. Kunci untuk mengurangkan berat badan bukan berlapar sepanjang hari tetapi mengambil makanan secara teratur. Ini penting untuk meningkatkan kadar metabolisme asas badan anda.
3. Mulakan hari anda dengan sarapan yang berkhasiat. Sarapan yang seimbang bukan sahaja penting untuk tenaga sepanjang hari, tetapi juga untuk mengelakkan anda makan berlebihan di waktu malam.
4. Hadkan pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak. Makanan ini biasanya tinggi kandungan kalori dan lemak walaupun dalam kuantiti yang sedikit.
5. Berhati-hati dengan karbohidrat ringkas. Makanan ini biasanya tinggi kandungan gula seperti gula-gula, kek, biskut berkrim, donut serta minuman manis seperti air bergas atau air kordial.
6. Minum banyak air kosong. Kurangkan pengambilan air manis terutama semasa waktu makan utama.
7. Elakkan makan lewat malam. Anda tidak memerlukan banyak tenaga untuk tidur.
8. Makan sayur dan buah pada setiap kali waktu makan utama. Elak pengambilan sayur-sayuran yang dimasak menggunakan santan.
9. Fikir dulu sebelum makan. Tanya diri anda ”Adakah makanan ini memberi faedah kebaikan atau memudaratkan saya ?”.
10. Bulatkan tekad, kuatkan azam. Cabar diri anda agar tidak mudah kalah dengan godaan nafsu makan.



Selamat Mencuba.

No comments:

Post a Comment

Graf Bilangan Pengunjung Yang Melawat Blog Ini

Terima Kasih Kepada Semua yang mengunjungi Blog Saya

Ads Google

Design by : Asfandi