Kejayaan Tidak Pernah Berakhir

"Kejayaan Tidak Pernah Berakhir,
Kegagalan Tidak Pernah Tamat..."

Madah kali ini lebih kepada memotivasikan diri kita. Dalam mengharungi Kejayaan, banyak sekali dugaan dan cabaran yang perlu diharungi. Kegagalan demi kegagalan akan selalunya ditemui. Namun, setiap kegagalan itu perlu menjadi pemangkin kepada kejayaan. Matlamat terakhir adalah kejayaan. Ramai orang yang terus mengalah setelah gagal buat kali pertama. Maka, orang tersebut tidak akan berjaya selama-lamanya.


Orang yang berjaya adalah orang yang bangkit selepas beberapa kali gagal untuk mencapai kejayaan. Bayangkan, jika Thomas Edison mengalah selepas lebih daripada 1000 eksperimen untuk mencipta mentol lampu gagal, adakah kita akan dapat menikmati lampu mentol pada hari ini? Dan yang lebih penting lagi, adakah diri beliau akan menjadi terkenal dan Kaya seperti yang kita ketahui sekarang jika beliau menghentikan usaha untuk mencipta lampu mentol? "Saya bukan Gagal 1000 kali, tetapi saya telah mendapati lebih daripada 1000 cara bagi lampu mentol tidak dapat menyala". Begitu la kata-kata dan keyakinan beliau. Minda beliau sentiasa berfikiran positif, dan beliau yakin akan berjaya.



Jika seseorang itu yakin dia akan berjaya, dia akan berusaha mencari jalan untuk merealisasikan impian tersebut. Begitulah kuatnya minda manusia. Sentiasa sematkan dalam fikiran kita, "Saya Boleh". Kita mesti akan dapat lakukan, dan Kejayaan Akan Pasti Menjadi Milik Kita.

Wassalam...

Ikhlas,
-Asfandi-

Comments