Setiap Hari adalah hari yang Baik

Hari ni merupakan hari yang baik sekali...
Hari esok akan menjadi lebih baik dari hari ini...
Hari-hari saya merupakan hari-hari yang baik...

Setiap hari pelbagai peristiwa akan berlaku. Mungkin peristiwa sedih; dimarahi majikan atau guru, bergaduh, kemalangan. Mungkin juga peristiwa gembira; dipuji majikan atau guru, berjumpa dengan kawan lama, memenangi hadiah cabutan bertuah dan macam-macam lagi... Setiap apa yang berlaku, akan mempengaruhi emosi kita. Tapi bagaimana kita dapat mengawal agar kita tidak dikawal oleh emosi yang melampau?

"Kita Adalah Apa Yang Kita Fikirkan"

Minda kita memainkan peranan yang amat besar dalam hidup kita. Kekuatan minda akan mencorak perilaku kita dan tindakan kita.

Lihat contoh ini:

Jika seseorang dimarahi oleh majikan;

Pemuda A : Dia menjadi hilang 'mood'. Dia akan mudah marah-marah dan buat kerja lebih kurang je. Hubungan dengan rakan sejawat menjadi tegang(walaupun hal dia dimarahi tiada kena-mengena dengan rakan sejawat). Dan macam-macam lagi perkara negatif yang akan dilakukannya.

Pemuda B : Dia menjadi hilang 'mood'... Tapi dengan segera berfikiran baik. Bos marah kerana dia tersilap melakukan kerja(berfikiran akan menjadikan kerjanya lebih sempurna dan "zero defect"). Teruskan dengan senyuman untuk menjadikan orang disekitarnya merasa selesa(walaupun mereka tahu dia baru je dimarah dan mungkin "bad mood"). Hubungan dengan rakan sejawat tetap macam biasa dan boleh bekerjasama untuk menyelesaikan tugas yang diberi.

GUNAKAN KUASA SENYUMAN





Jadi macamana pendapat pembaca semua? Pemuda yang manakah akan berjaya dalam hidupnya? Sudah tentulah Pemuda B kan? Pemuda B berjaya mengawal mindanya untuk berfikiran positif dan mengawal keadaannya menjadi seperti biasa. Dia tidak mudah dipengaruhi oleh anasir-anasir negatif yang mampu mengugat emosi dan juga persekitarannya.

"Kita Adalah Apa Yang Kita Fikirkan"

Oleh itu janganlah kita mudah melatah atau "bad mood" dengan perkara-perkara sekitar kita. Tiada perkara yang baik akan datang kalau kita berfikiran negatif dan mengambil tindakan negatif. Setiap tindakan kita adalah tanggungjawab kita sendiri. Tiada siapa yang harus dipersalahkan diatas segala tindakan buruk kita.
Mulakan hari ini, sematkan perkara-perkara baik dalam minda fikiran kita agar kita sentiasa hidup ceria dan tenang selalu.
Wassalam...















Ikhlas,
-Asfandi-

Comments