Madah Hari Ini (2011-03-06)

"Always remember to forget the things that made you sad, But never forget to remember the things that made you glad."

Salam semua...
Kali ini madah dalam bahasa Inggeris.
'Translation' kepada bahasa Melayu lebih kurang berbunyi begini:

"Sentiasa ingat untuk melupakan sesuatu perkara yang membuatkan kita sedih, Tetapi jangan lupa untuk sentiasa ingat perkara yang menggembirakan kita".
(translate bulat-bulat BI-BM)

Sedikit Huraian:
Dalam kehidupan kita sehari-hari tentu akan ada perkara-perkara yang menyedihkan dan menggembirakan hati kita. Suka dan duka kehidupan memang ada. Tidak kira Status, Ugama, Bangsa, Kedudukan atau Darjat. Apa yang penting, bagaimana kita menghadapinya ketika berada dalam situasi tersebut. Selepas melalui detik-detik itu, janganlah kita lupa, akan muncul situasi yang bertentangan pula. Jika dulu suka, akan datang duka. Jika kita dalam berduka, suka pasti akan menjelma. Ingatlah...



Ikhlas,
-Asfandi-

Comments