Madah Hari Ini (2011-03-13)

"Ilmu dari Buku dan Gurunya..."
"Kemahiran dari Pengalamannya..."
"Kejayaan daripada Usahanya..."




Setiap ilmu yang kita dapat itu adalah daripada pembelajaran melalui guru atau pun buku-buku ilmiah yang banyak terdapat di pasaran ketika ini. Kaedah penyampaian guru-guru berlainan diantara guru-guru yang lain. Oleh itu, penyerapan ilmu oleh murid-murid yang menuntut pun berbeza untuk setiap guru yang menyampaikan ilmu tersebut. Begitu juga, kaedah penyampai penulisan di dalam buku akan memberi kesan terhadap penyerapan ilmu kepada pembaca tersebut.


Ilmu bukan sahaja boleh di dapati dengan pembelajaran secara formal, tetapi juga setiap hari dalam kehidupan kita, kita akan mempelajari sesuatu benda yang baru. Melainkan kita duduk sahaja kat rumah dan tidur... Setiap perjalanan kita, setiap langkah yang kita ambil akan akan dapat perhatikan sesuatu... Perkara di sekeliling kita akan sentiasa berubah. Begitulah juga dengan ilmu yang kita ada, akan sentiasa bertambah.


Dalam pekerjaan yang kita lakukan, pengalaman akan memahirkan kita terhadap sesuatu perkara tersebut. Semakin kerap kita melakukan sesuatu kerja itu, semakin bertambah kemahiran kita dalam sesuatu perkara tersebut. Seperti kata pepatah orang putih "Practise make Perfect".



Kejayaan yang digapai bukan lah secara nasib. Ia di usahakan dengan ilmu dan titik peluh serta ketekunan agar dapat direalisasikan. Jika kita kata setiap orang yang berjaya itu kerana dia bernasib baik apa akan jadi dengan sesebuah syarikat yang hendak ditubuhkan dengan nasib. Tulis nama di atas sekeping kertas dan cabut undi(nasib) siapa jadi Presiden Syarikat, pastu Naib Presiden Syarikat, CEO, cabut lagi untuk Esekutif, jangan lupa kerani dan pekerja am pun perlu ada... Nah, kan ke kerja gila tu?

Nasib bukanlah penentu kejayaan seseorang itu, tapi usaha yang gigih dan diiringi dengan ketekunan bersertakan Ilmu dan Kemahiran yang akan melahirkan individu yang berjaya. (Saya akan kupaskan mengenai hal ini ,"Berfikiran Positif dan Berfikiran Besar" dalam post akan datang)

Oleh yang demikian, jangan la kita menggunakan alasan yang si "Dia tu bernasib baik sebab tu dapat Markah tinggi dalam pelajaran". "Dia tu bernasib baik sebab tu dapat Kontrak bernilai Jutaan ringgit". Dan macam-macam lagi alasan mengenai kejayaan seseorang itu. Ingatlah, Usaha akan melakar kejayaan seseorang itu. Mungkin bukan dalam masa yang singkat, tetapi Kejayaan itu pasti takan dapat dicapai dengan Usaha yang tekun.





Wassalam...

Ikhlas,
-Asfandi-

Comments