Madah Hari Ini (2011-03-10)

"Knowledge Shared is Knowledge Gained
Once Knowledge is Gained, it is Always Yours"


Madah hari ini lebih kepada kepentingan berkongsi ilmu.
Saya umpamakan seperti ini:

Saya ada 1 epal kamu ada 1 epal,
Kita bertukar Epal, Saya ada 1 Epal, kamu ada 1 Epal...
Tapi jika...
Saya ada 1 Ilmu, Kamu ada 1 Ilmu,
Kita bertukar Ilmu, Saya ada 2 Ilmu, Kamu ada 2 Ilmu.


Lihatlah betapa baiknya skim bertukar ilmu ni. Semakin banyak kita bertukar-tukar ilmu dengan orang lain, Ilmu kita akan semakin bertambah dan tak akan berkurang. "Once Knowledge Gained, It is Always Yours".

Oleh itu, sentiasa kita berkongsi-kongsi Ilmu dengan orang lain. Jangan merasa dah terlalu pandai dan angkuh, sehingga semua yang orang katakan tidak betul. Orang yang pandai tidak akan mengaku pandai. Cuma orang yang bodoh sahaja akan mengaku pandai. Ilmu tidak akan habis dituntut, teruskan menuntut Ilmu kerana menuntut Ilmu itu adalah Wajib.



Wassalam...

Ikhlas,
-Asfandi-

Comments