Kasih Opah

Assalamualaikum Semua...

Sekarang ni atas Feri, dalam perjalanan nak balik ke tempat kerja. Tadi ada meeting kat Seberang Perai. Sementara nak tunggu Feri ni nak berlabuh, saya nak coretkan sedikit peristiwa yang berlaku baru sebentar tadi.

Sebelum saya naik Feri ni, saya singgah sekejap kat gerai seorang makcik ni. Dia menjual pisang goreng. Boleh kata hampir setiap minggu, jika balik dari meeting saya akan singgah untuk beli pisang goreng makcik ni. Setiap kali saya singgah kat gerai makcik ni, tak pernah sekali pun saya nampak dia tersenyum. Tapi hari ni lain sikit. Dia senyum memanjang... Kenapa ek??? Rupa-rupanya, cucu dia yang berumur 7 tahun ada membantu dia membungkus pisang goreng yang dipesan pelanggan. Patut la dia seronok...
Perbualan antara kami:

Saya : Pisang Goreng seringgit Makcik.
Makcik : Baik.

Saya : Yang ni apa makcik? Sambil menuding ke arah cucur kodok di depan saya.(Time tu mana saya tahu cucur apa tu)
Makcik : Cucur Kodok.

Saya : bagi saya seringgit.
Makcik : Baik.
Cucu Makcik : Nak masukkan berapa ketul ni Opah?(Sambil memegang plastik dan bersedia untuk memasukkan pisang goreng dan cucur kodok saya kedalam plastik)
Makcik : 5 ketul. Pandai cucu Opah... Bantu Opahkan? (Sambil tersenyum lebar memandang cucunya membungkus pisang goreng untuk saya)

Saya : Nugget tu kira macam mana Makcik?
Makcik : 3 seringgit.

Saya : Ok, yang tu pun bagi seringgit. (banyaknya makan, yelah dari pagi tadi tak makan apa)
Makcik : Tiga ringgit dik.

Saya : Ini duitnya Makcik...

Sepanjang 2 minit saya di sana, Makcik tu asyik tersenyum saja. Tak macam sebelum-sebelum ni. Masam je muka...
Apa yang dapat kita ambil sebagai pengajaran di sini adalah, Jangan lupa bawa anak-anak kita menjenguk datuk atau nenek mereka. Kerana datuk dan nenek amat merindui dan menyayangi mereka. Begitu juga kepada cucu-cucu yang dah dewasa, jangan lupa jenguk datuk dan nenek korang ye. Mereka menantikan kedatangan cucu-cucu kesayangan mereka.

Feri pun dan nak sampai kat jeti. Sampai sini saja coretan saya. Jumpa di lain hari.

Wassalam...

Ikhlas,
-Asfandi-




Comments

  1. saya suka entri ini.bahagia sang opah =)

    ReplyDelete
  2. Amirah>> Ya. sebab tu lah kita kena sentiasa ingat pada keluarga kita. Bahagiakan mereka, insyaallah, berkat hidup kita.

    ReplyDelete

Post a Comment