Selamat Tahun Baru

Assalamualaikum...

Di kesempatan ini, ingin saya ucapkankan Selamat Tahun Baru kepada semua...
Mungkin ramai yang berjaga sepanjang malam semalam untuk menyedut udara luar tahun baru pada Jam 12.00am 1hb Januari 2009. Semoga anda kuatkan azam yang dibina dan usahakan agar berjaya. Ingin saya sampaikan pendapat saya berkenaan sambutan Tahun Baru ini yang di adakan di tempat kita... Pelbagai jenis sambutan yang mungkin direncanakan tetapi, yang penting sekali kita janganlah menyambutnya melampaui batas, melakukan pembaziran, dan meluaskan maksiat. Lebih elok kalau sambutannya disambut secara sederhana dengan perjumpaan sanak saudara dan Doa. Lakukanlah, seperti mana kita lakukannya pada pada Awal Muharram. Bersyukur kepada Allah yang kita masih dipanjangkan usia sehingga Tahun 2010, dan lakukanlah amal ibadah dan amal soleh, agar kehidupan kita nanti tidak dipenuhi kekesalan dan tidak sia-sia. Jauhilah daripada Dosa-dosa besar dan juga dosa-dosa kecil, kerana daripada dosa-dosa kecil ini la, keinginan melakukan dosa-dosa besar akan menjadi.
Akhir kata, langkahlah ke Tahun yang baru ini dengan penuh kesyukuran dan jiwa yang kuat. Kerana Tahun ini mungkin lebih banyak dan tinggi cabaran yang mungkin kita akan hadapi.

Wassalam...

-Asfandi-

Comments