E-PLUS Faucet Water Purifier


Penapis dan pembersih air E-Plus merupakan suatu penapis air yang menjamin kebersihan air dan kualiti air.




Terdapat 3 peringkat penapisan dalam Penapis Air ini:

Peringkat pertama - Penapis Seramik
Rawatan yang berkesan dalam mencegah bakteria berbahaya seperti typhoid, bilharzias dan ameba dan pencemaran kimia. Menghalang karat, menapiskan rasa klorin, menapis bau yang tidak menyenangkan. Penapisan oleh seramik 0.3 micron ini boleh dicuci semula.

Peringkat kedua - Nano KDF
Air yang dirawat menggunakan bio-ceramik adalah kaya dengan ion-ion minerals seperti kalsium, magnesium, potassium dan sodium. Di mana akan memecahkan air kepada molekul-molekul kecil yang mampu untuk meningkatkan kadar metabolisma badan serta meningkatkan daya tahan badan. Dalam masa yang sama, ia meningkatkan penyerapan kandungan oksigen dalam air untuk keperluan badan kita. Akhir sekali KDF 55 di cipta untuk menghapus dan mengurangkan kandungan klorin dan logam berat yang merbahaya di dalam air.
Peringkat ketiga - Karbon Aktif berkualiti tinggi
Berkesan dalam menghilangkan bahan cemar seperti klorin, bau yang tidak menyenangkan, bahan organik, warna, logam berat (spt tembaga, raksa, merkuri dan sebagainya), Trihalomethanes(THMS), Methyl tert-butyl ether(MTBES) dan lain-lain bahan kimia dengan cara penyerapan. Ia di hasilkan menggunakan bahan yang berkualiti untuk memastikan air yang ditapis dalam keadaan suci dan lebih bersih.

Kajian makmal telah mengenal pasti bahawa, air yang keluar daripada paip rumah secara terus, mengandungi kandungan logam berat seperti raksa dan merkuri dalam kuantiti yang banyak atau sedikit. Walaupun penapis air digunakan untuk menapis air menggunakan sistem perpaipan dari luar ke sistem perpaipan dalam rumah, kandungan bahan cemar ini masih lagi ada. Hal ini kerana sistem perpaipan dalam rumah telah pun lama tercemar dengan paip yang berkarat, yang boleh menjadi sebab pembiakan bakteria yang merbahaya.
Dengan menggunakan E-Plus Faucet Water Purifier ini, boleh memberikan anda air bertapis yang bersih dan bebas dari bahan cemar.

Diantara bahan cemar yang terdapat pada air di rumah:

1. Bakteria

Bakteria
% pembasmian Penyakit Simtom
Salmonella typhus >99.9% Demam Typhoid Demam, sakit kepala, tubuh merasa lemah, bahagian bawah abdomen merasa sakit, dan tanda-tanda ruam merah pada kulit.
Shigella >99.9% Shigellosis atau Bacterial Dysentery Sakit bahagian abdomen, demam, cirit-birit, terdapat pendarahan dan lendir ketika buang air besar.
Vibrio cholera >99.9% Kolera Mual-mual, muntah-muntah, sakit bahagian abdomen, cirit-birit, nyahidrat diikuti dengan pitam atau pengsan, kejutan dan dalam beberapa kes, kematian.
Klebsiella Tarragona >99.9% Gastroenterocolitis Cirit-birit dan kejang bahagian abdomen
E-coli >99.9% Gastroenterocolitis Cirit-birit dan kejang bahagian abdomen

2. Klorin (Bau dan Rasa)

Di sebahagian besar kawasan seluruh negara, klorin ditambah kedalam punca air utama ketika rawatan untuk membunuh dan meminimakan pembiakan bakteria di dalam saliran air. Klorin memang berkesan dalam membunuh bakteria tetapi terdapat kesan sampingan lain yang tidak disukai dan merbahaya kepada manusia.

a - Bakteria yang mati tidak dikeluarkan dari dalam air. Bermakna, kita memakan bakteria mati. Jika orang tahu bahawa banyak bakteria yang mati terdapat di dalam air, tentu mereka teragak-agak untuk meminumnya, walaupun ia tidak merbahayakan kesihatan.
b - Klorin boleh bertindak-balas dengan bahan organik di dalam air untuk menghasilkan trihalomethanes(THMS). Ini dikenali sebagai Carcinogens (boleh mengakibatkan kanser)
c - Rasa dan bau yang tidak menyenangkan.


Karbon aktif adalah cara yang terbaik untuk mengeluarkan klorin dari dalam air.

3. Karat dan bendasing lain

Sumber bahan karat di dalam air adalah dari paip besi yang dah lama yang telah pun dipasang sejak dulu lagi.
Selalunya terdapat bendasing yang melalui saluran paip dari punca air ke paip rumah kita. Saiz dan jumlah bendasing yang melalui saluran paip bergantung kepada berapa banyak cemaran yang dibawa sepanjang perjalan air ke rumah kita. Walaupun pihak berkenaan telah sedaya upaya untuk merawat dan memberikan air yang bersih kepada pengguna, pencemaran air dalam saluran paip tetap akan berlaku walaupun tidak dapat di lihat dengan mata kasar.

Penyelidik bebas telah mengesahkan bahawa Penapis Air E-Plus berkesan dalam menghalang sehingga lebih daripada 99.99% bendasing berada dalam air.
4. Raksa
Kesan buruk raksa yang diketahui umum yag berlaku terutama sekali kepada kanak-kanak atau wanita yang hamil adalah kecacatan akal dan tubuh badan, kesukaran untuk belajar pada kanak-kanak dan tingkah laku yang bermasalah. Raksa tidak secara tiba-tiba hadir di dalam saliran air, ia hadir melaluipaip lama di dalam saliran paip rumah dan juga bahan daripada alat pateri yang digunakan dalam menyambungkan paip baru dengan paip lama di dalam rumah. Walaupun dalam kuantiti yang terlalu kecil, amat merbahaya untuk kesihatan kita.
Beginilah keadaan paip saluran air dan juga tangki di dalam rumah kita:


(klik pada gambar untuk besarkan)



Adakah anda ingin terus menikmati air daripada sumber yang tercemar seperti di dalam gambar di atas? Sudah tentu tidak bukan? Oleh itu gunalah Penapis Air E-Plus bagi menjamin kebersihan air yang anda gunakan dalam kehidupan sehari-hari.
Murah, Mudah dan Berkesan

E-PLUS Faucet Water Purifier

Cuma RM50
(Harga Promosi untuk 50 unit pertama sahaja-Termasuk harga pos)


Set Lengkap untuk di pasang pada paip rumah. Pelbagai jenis paip sesuai untuk dimuatkan dengan Penapis ini.




Refill untuk cartrige penapis air ini perlu di tukar mengikut kekerapan pengunaan. Jika pengunaan untuk mencuci, memasak minuman. Kekerapan 3 bulan sekali tukar yang baru. Jika kegunaan untuk berus gigi dan mandi, bolehlah di tukar 6 bulan sekali. Di bawah adalah refill untuk Penapis air ini:



Satu refill cuma
RM25

(tidak termasuk harga pos)


PROMOSI PENGENALAN!!!

Satu set "E-PLUS FAUCET Water Purifier" + "Refill Cartridge"
Berharga RM70
(Harga Promosi untuk 50 unit pertama sahaja-Termasuk harga pos)



Pesan dan gunalah sekarang sebelum terlambat. Kesihatan kita adalah tanggungjawab kita sendiri. Pastikan Keluarga kita sihat, Diri kita sihat agar kita hidup bahagia sentiasa.



AIR YANG BERSIH MENJAMIN KESIHATAN BAIK YANG BERTERUSAN

Servis penghantaran bergantung kepada berat barang yang di tempah. Selalunya dalam lingkungan sekitar RM5 - RM10 sahaja.
Penghantaran akan menggunakan Pos Laju atau Pos Malaysia.
Boleh semak status barangan yang di pesan melalui pautan berikut:

Sebarang pertanyaan boleh terus emailkan kepada saya di asfandi.azlyme@gmail.com.
atau smskan ke no. 019-4309555 (sms sahaja)

Comments